Sunday, January 23

Puding susunan roti...


Kat opis ada jamuan so duk terfikir nak bawa apa.. Emmm.. try godek-godek dalam KR punya resepi so terjumpalah resepi Puding Susunan Roti. Rasanya agak-agak lemak masin dan juga sedap. Kosnya pun taklah mahal dan sangat sesuai untuk kenduri dan jamuan-jamuan ringan. Kalau dimasukkan dalam peti ais memang dua kali ganda sedapnyer so apa lagi trylah..

Bahan-bahannya:

1 buku roti gardenia yang dibuang kulitnya kemudian potong1 sekeping roti untuk dijadikan empat keping segi empat tepat
1 peket agar-agar cap burung
5 gelas air
2 biji telur
1tin susu cair (klu xde susu pekat pun okay...1/2 tin susu pekat..campurkan 1/2 air
3 senduk gula - ikut sendiri punya citarasa
1/2 ketul butter
pewarna (merah, biru dan hijau)
3 bekas air utk mewarna...(letak pewarna tadi)




cara-caranya:-

Mula-mula rebus agar-agar. Bila dah tiada ketul agar-agar masukkan gula ,telur susu dan butter kemudian kacau sehingga sebati dan tak berketul-ketul juga (Perlu diingatkan jangan terlalu cair). Seterusnya tuangkan sedikit agar tadi untuk dimasukkan ke dalam loyang untuk dijadikan 1 layer. Dan susunkan roti yg telah dicelupkan pewarna masing2 ke dalam loyang tadi. Susun secara berselang seli sehingga tertutup permukaan layer tadi. Kemudian tuangkan lagi agar-agar yang seterusnya untuk dijadikan layer yg kedua. Selepas itu, dan ulang proses tadi sehingga habis roti yang berwarna tersebut. Akhirnya selepas selesai, masukkan ke dalam peti ais. Dan sedia untuk di potong untuk dimakan.

No comments:

 

Designed By Izza sakura