Tuesday, April 12

Fuh...Kalau pekena agar-agar nyiur muda yang baru keluar peti ais waktu panas-panas gini..


Ari ni kat opis ada makan-makan aka pot luk. Terfikir nak buat apa. Godek-godek tenet ni jumpalah agar-agar kelapa muda. Dulu suka sangat beli kalau orang jual kat opis. Dia letak dalam biji kelapa yang dibuang kulit. Rega dalam rm3 hinggit sebijik. Sanggup beli berbiji-biji sebab sedap punya pasal. Ni dah pandai buat kira tak payah jual lah.. Pas ni selalu lah buat..


Bahan-bahan


1 packet agar-agar yang 20ml
2 biji air Kelapa
6-8 gelas air
Gula
2-3 helai daun pandan


Cara-cara


Masukkan 4 gelas air ke dalam periuk bersama agar-agar paket dan simpulkan daun pandan dan kacau hingga sebati kemudian bila agar-agar dah hancur, masukkan gula, mengikut citarasa sendiri dan kacau hingga sebati. Tutup api dan masukkan air kelapa bersama kelapa muda yang di sagat ke dalam bekas. Sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais.





No comments:

 

Designed By Izza sakura