Thursday, April 28

Sardin Goreng


Dah lama tak hupdate blog resepi. Sibuk memanjang sejak balik dari Cuti-cuti mesia kat Sabah baru-baru ni. Nak masak, rasa sedikit keletihan dan ke 'm.a.l.a.s'an.. almaklum cuti panjang katakan sampai hilang idea nak masak apa. Singgah kat Giant lepas balik kerja tetiba terlalu kat tin-tin sardin. Terus ambik sardin cap adabi (comfident dari segi kehalalannyer skit, almaklum terlalu banyak makanan dalam tin yang bercampur dengan benda bukan-bukan zaman skarang ni ). So entry kali ni zue share about resepi sardin.

Resepi yang mudah, murah dan menjimatkan kan masa ni amat sesuai untuk golongan bujang dan ibu yang buzy macam zue ni.. 


Bahan-bahan:-
1 tin ikan sardin
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 batang lada merah
2 sudu sos cili
sedikit air asam jawa/ 1 keping asam gelugor
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Sedikit minyak untuk menggoreng


Caranya:-

Gorengkan sardin dengan sedikit minyak dengan agak garing. Hati-hati kerana minyak akan terpercik keluar. Keluarkan ikan bila sudah garing. Dengan menggunakan minyak yang sama gorengkan bawang putih yang diketuk dan sedikit bawang besar. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula dan air asam jawa. Biarkan seketika dan masukkan sos dalam sardin tadi. Masukkan sedikit air dan goncangkan tin sardin untuk ambik lebihan sos sardin tadi. Kacau dan tunggu sehingga menggelegak dan lastly masukkan ikan dan tutup api.

Untuk mencantekkan lagi adalah perlu dihiaskan dengan lebihan bawang besar dan lada merah. Sedia untuk dimakan bersama telur dadar dan nasi panas-panas..perhhh...menyelerakan...


Ikan Sardin yang digoreng adalah kurang hanyir berbanding yang masak terus.

No comments:

 

Designed By Izza sakura