Saturday, October 1

mmmm.....FRUIT COCTAIL??... sedap tu...!!!!



Banyak betul pic yang tertunda dan tak di upload untuk blog zue ni. Apa taknyer busy memanjang dengan tempahan dari member-member untuk buat kek dan apam. Tak nak ambik, tak sampai hati.. Actually zue ni keje, malam-malam kalau ambik tempahan terpaksalah tido lewat...esok nak bangun awal untuk keje. Keje lak bukannyer dekat.. KL ke PUCHONG...PUCHONG KE KL... Jauh tu.. kalau tak jem ambik masa 45 minit.. kalau jem dekat 2 jam tau.. boleh merah punch card tiap-tiap hari.. Sib baik keje gomen..leh excuse skit2... hihihi.. ^__^

Entry hari ni zue nak share pasal fruit coctail yang dibuat minggu lepas semperna saja makan-makan kat opis.. Fruit Coctail ni agak mewah dengan buah-buahan saja zue nak bagi lagi sedap. Kta Member opismate zue, bila buat open house dengan menu fruit coctail ni, ramai orang suka dan cepat habis pulak tu daripada makanan lain... Zue lak tak pernah buat.. tapi next jamuan leh jugak letak dalam list menu ni...

BAHAN-BAHAN:-
1 tin buah-buahan campuran 
1 tin buah laici
Buah strawberry  
Buah ceri 
Buah Kismis
1 tin susu cair
gula secukup rasa
CARA-CARANYA:-
Masakkan susu cair, gula (secukup rasa) bersama air buah-buahan dalam tin dan juga air laici tadi. 
Bila dah masak, sejukkan dan bila dah sejuk, masukkan buah ceri, buah kismis, buah strawberry, buah laici dan juga buah-buah campuran. 
Lastly masukkan ais batu.
Sedia diminum sejuk-sejuk..

No comments:

 

Designed By Izza sakura