Sunday, December 30

JAPANESE CRISPY CREAM PUFF

Selamat Malam..
Tetiba rajin lak nak mengentry resepi yang dah dibuat minggu lepas. 

Dah lama tergoda tengok Japanese crispy cream puff kak Azlita Masam Manis sebab ia mekar cam bunga ros.. Perhh.. Tapi Zue buat takdelah mekar sangat sebab piping adunan cream puff tak banyak sangat. Kalau pipingkan ia dengan banyak secara meninggi memang cantek cam kak ita punya. Actually zue suka yang comel lote dan kiut miut ni so tu yang piping kecik-kecik..

Mata dah ngantuk esok nak gi kerja so jom layan resepi ni...

Pai Shuu Crust

50 gm butter
1/3 cawan gula ising
1/3 cwn tepung gandum
1/2 st baiking powder

Caranya:
  • Cairkan butter
  • Ayakkan tepung gandum dan gula ising
  • Bila butter dah cair, masukkan tepung gandum dan gula aising yang diayak tadi
  • Segera kacau sehingga sebati
  • Tutup doh dengan plastik untuk mengelakkan kering
Krim Kastad

Bahannya:
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sb tepung kastad/tepung jagung
4 biji kuning telur
3 cawan susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 st esen vanila
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream (Zue tak letak sbb kehabisan stok)

Caranya:
  • Tepung diayak terlebih dahulu
  • Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
  • Dan masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu
  • Kacau sehingga sebati
  • Masukkan baki susu, secubit garam dan esen vanila
  • Kacau rata
  • Panaskan atas dapur dengan api yang agak sederhana sehingga adunan menjadi pekat
  • Kacau selalu untuk elakkan ia menjadi kerak dan hangit
  • Tambah butter dan kacau sehingga licin dan berkilat
  • Sejukkan

Puff Pastry

Bahannya:

120 gm butter
3/4 cawan air
1 1/3 cawan tepung ~ di ayak
5 biji telur ~ zue guna gred B
1/4 st garam
1 st gula ~ tak letak pun tak per

Caranya:
  • Dalam satu periuk kecik, satukan butter bersama garam, gula dan air
  • Panaskan atas dapur sehingga mendidih dan tutup api.
  • Dengan segera tuangkan tepung yang di ayak tadi
  • Kacau dengan menggunakan senduk kayu sehingga menjadi doh yang lembut
  • Panaskan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan kacau sehingga dasar periuk terbentuk kepingan nipis
  • Tutup api dan masukkan telur~telur dipukul dahulu
  • Kacau telur sedikit-sedikit sehingga adunan menjadi licin dan sebati
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag
  • Jika ada nozle boleh letak atau potong saja bucunya
  • Untuk dapatkan puff yang naik membuncit tinggi, selepas di paipkan atas dulang pembakar jangan berlengah lagi, terus bakar supaya doh tidak turun
  • Tunggu puff benar-benar sejuk barulah di paipkan Cream Custard di dalamnya
  • Untuk paipkan Cream Custard, masukkan Cream Custard dalam paiping bag
  • Cucukkan ke dalam puff dan picitkan hingga ia penuh dan terkeluar sedikit 

  • Panaskan oven terlebih dahulu ~ 15 minit sebelum adunan di bakar
  • Suhu 210 ~ 220 bergantung kepada kepanasan oven masing-masing
  • Guna api atas dan bawah dan jika  oven ada kipas boleh hidupkan kipasnya, jika tiada tak mengapa.
  • Sediakan dulang pembakar
  • Lapik dulang dengan baking paper 
  • Paipkan adunan atas dulang pembakar 
  • Biarkan ia agak meninggi sedikit dan jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang 2 kali ganda 
  • Taburkan Pai Shuu Crust di atasnya dengan segera masukkan ke dalam oven 
  • Bakar pada suhu 210 C selama 20 ~ 25  minit sehingga permukaannya kuning keemasan 
  • Turunkan suhu kepada 100 C dan bakar lagi selama 15 ~ 20 minit Jika puff dan nampak coklat masa pembakaran 20 minit pertama tadi, tutup api atas, hanya guna api bawah  untuk membakar lagi pada 20 minit kedua.
  • Keluarkan puff dan letakkan atas redai hingga ia sejuk. 

Friday, December 21

JALA EMAS PUDING DIRAJA


Assalamualaikum...

Selamat petang. 
Uols pernah makan jala emas atau puding diraja pahang tak?... Ini adalah dessert pantai timur yang agak manis kalau tekak tak makan manis memang tak sesuailah. Puding ni actually kalau kat Terengganu kebiasaannya ada yang buat hantaran kawin. Harganyer agak mahal mungkin sebab guna telur itik. Telur itik yang zue beli ni pun dah 70 sen sebiji. Kalau nak guna telur ayam pun boleh cuma warnanyer kuning yang tak cun lah.. Yang selebihnyer putih telur boleh buat kueh taik itik... Tapi zue tak try lagi lah..

Kebetulan minggu lepas ader tengok rancangan chef Ezani dan Wahidan masuk kampung di pahang. Ada pulak resepi puding diraja ni...tergoda jugak.. Teringat masa kecik-kecik dulu dah pernah try buat kuih jala emas ni sebab dulu family zue ader bela itik. Dah banyak sangat telur itik sampai naik boring nak makan tu yang try buat kuih jala emas versi kampung (sebab menjala guna daun pisang)..arwah nenek yang ajarkan so bila dah tua2 gini duduk lak jauh dari kampung teringat makanan peberet ni.. tu yang merajinkan diri ni...
PUDING DIRAJA PAHANG

Bahan untuk Jala Emas:

7 biji telur
2 senduk gula
2 cawan air

Bahan untuk hiasan:
3-5 biji pisang lemak manis (Jangan masak sangat)
buah ceri merah dan hijau
kacang gajus
buah strawberry (Zue tambah)
**sedikit butter untuk mengoreng pisang tersebut

Cara menjala:


  • Masukkan air bersama air gula dalam kuali dan tunggu sehingga gelegak
  • Sebatikan kuning telur tadi dan tapis untuk mengelakkan ia susah keluar waktu menjala
  • Masukkan dalam botol muncung tiga (botol roti jala) atau kelongsongkan daun pisang dan buat lubang yang kecil pada hujungnya (cara zaman dulu)
  • Sedia menjala. Untuk menjala pastikan jangan diangkat botol tersebut untuk mengelakkan daripada putus (tak cantik ler)..dengan cara picit secara membulat ikut bentuk kuali
  • Tunggu dalam 2 minit sedia diangkat dan toskan ia.
  • Goreng pisang menggunakkan butter (jangan dipotong pisang tersebut)
  • Air gula jangan dibuang terus masukkan pisang yang digoreng tadi.
Bahan untuk kuah:

3 biji kuning telur
1 tin susu cair
1/2 tin air (guna tin susu tadi)
1 sk esen vanila
11/2 senduk gula
1 helai daun pandan



Cara buat kuah:
  • Masukkan susu cair, kuning telur, gula, esen vanila dan air ke dalam bekas 
  • Simpulkan daun pandan dan masukkan sekali
  • Kukus bahan tadi  di dalam dalam periuk yang berisi air panas mengelegak atau nak masakkan terus boleh tapi jangan biar sampai berketul
  • Kacau sehingga kuah puding menjadi pekat
  • Tutup api dan sejukkan
  • Masukkan dalam peti ais
CARA HIDANG:
  • Bila nak makan, letakkan pisang yang digoreng ke dalam mangkuk puding
  • Hiaskan ceri hijau dan merah dan juga kacang gajus atasnyer
  • Tuang kuah yang sejuk atasnyer

Sunday, December 2

CHEESE KEK MUDAH


Assalamualaikum..

Rasanyer dah lama zue tak berbloging. Almaklumlah kesibukan cuti sekolah bawa anak berjalan-jalan pastu balik kampung dikedua belah Penang dan Terengganu. Hari ni kebetulan tengah free terus je membaking cheese ni pastu terus upload. Kalau tanguhkan lagi comform simpan tak tau bila lak tahap kerajinan nak datang.

Rasanyer dah lama tak mengecheese ni. Hari tu kebetulan pergi kat Cameron Highland makan cheese kek. Rasanyer memang sedap tu yang balik terus try resepi yang seakan dengannyer. Tapi still tak puas hati rasa tak sama ngan yang makan hari tu...Errrmmm... kena try lagi ni..

Apa-apa pun kita layan cheese kek yang amat mudah ni..
Bahannya:

250gm cream cheese
1 cawan gula halus
3 biji telur
3 sb tepung gandum
1 st esen vanila
1 cawan yogurt perisa plain
1 cawan biskut digesstive
3 sb mentega
Caranya:

     (A)
  • Pukul cream cheese, gula dan yogurt sehingga sebati dan kembang.
  • Masukkan telur sebiji dan sebiji sambil pukul dan masukkan esen vanila
  • Masukkan tepung gandum dan pukul lagi sehingga sebati.

      (B)
  • Cairkan mentega dan sejukkan
  • Hancurkan biskut dan masukkan dalam mentega cair kemudian gaul sehingga sebati dan juga sehingga boleh dikepal
  • Padatkan dalam acuan dan simpan dalam peti ais selama 15 minit.
  • Selepas 15 minit, keluarkan dan tuang adunan cheese tadi.
  • Bakar cara steambath selama 50-60 minit atau sehingga masak dalam oven 170 degree.
  • Jangan lupa tutup dengan aluminium foil untuk elakkan kek daripada merekah.
  • Dah masak sejukkan dan masukkan dalam peti ais sebelum makan.

Untuk hiasan atas zue masakkan jem strawberry dan letakkan strawberry dan blueberry.
 

Designed By Izza sakura