Friday, January 17

MEE BANJIR UDANG TERBAIK


Assalamualaikum...

Selamat Petang. Petang ginikan best kalau perkena MEE BANJIR UDANG. Bagi Zue Mee Banjir Udang yang original adalah di Penang. Hari tu pernah pergi makan kat Kuala Sepetang. Boleh lah tahan sedap tapi udang macam tak fresh jer dan bahan serapah kat dalam tu cam biasa jer. 

Resepi ni Zue ambik dari pak sedara en hubby yang pernah buka kedai dipenang dan sangat laku tapi memandangkan tuntutan kerja hakiki yang perlu dilaksanakan terpaksalah tutup kedai dan ramai customer merindui mee udang beliau. Beliau hanya akan buat pada hari raya kedua atau ketiga saja. Itu yang Zue dan family duk tunggu-tunggu. Kalau giliran balik raya kat Terengganu mesti akan ada turn balik penang dan akan request jugak ngan paksu mee udang lain. Apa lagi, bila paksu tengok muka kesian kami terus je dapat layanan 1st class almaklum tak berebut ngan orang lain. Apa-apa pun resepi paksu ni adalah yang terbaik...

Resepi yang Zue share ni boleh dimakan berulang kali. Almaklum kalau kita buat sekaligus mee tersebut akan kembang. Sekali nak makan sekali masak... 


MEE BANJIR UDANG

Bahannya:

  • Mee kuning
  • 1/2 kg tulang lembu 
  • 5-6 ekor udang saiz XL (buang muncung n janggut sahaja) 
  • 1/2 kg udang kecil 
  • 3 sb mentega 
  • 1 ulas bawang putih - blend 
  • 5 biji bawang merah - blend 
  • 3 sb cili kisar 
  • 3 sb udang kering 
  • 1 tin tomato puri 
  • 4 sb sos tomato 
  • suku kilo kacang tanah (goreng dan blend) 
  • garam dan gula secukup rasa 
  • 1 pokok sawi



  • Untuk hiasan 


    • Daun sup, daun bawang dan bawang goreng 
    • Telur yang direbus 
    • Tauhu yang digoreng (potong kiub kecil) 
    • Lada merah dihiris halus
    • Limau kasturi (belah 2) 
    • Daging dipotong halus-halus 
    • Taugeh (saja tambah)



    Caranya:

    • Rebuskan tulang bersama mentega dan tomato puri sehingga daging pada tulang empuk
    • Kopekkan udang dan asingkan isi udang 
    • Jangan dibuang kepala dan bahan kopekkan udang tapi rebus untuk ambil air udang saja
    • Blendkan bawang putih, bawang merah, cili kisar dan udang kering
    • Goreng kacang tanah dan blendkan sehingga lumat
    • Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend tadi
    • Masukkan kacang tanah yang diblend 
    • Masukkan air tulang dan air udang
    • Masukkan lagi isi udang, tomato sos, garam dan gula secukup rasa
    • Biarkan sehingga mendidih



    Cara makan:

    • Dalam kuali, masukkan kuah tadi bersama sayur, udang XL dan mee
    • Angkat dan taburkan dengan bahan hiasan untuk menyedapkan lagi mee tersebut

    Wednesday, January 1

    KIWI UNBAKE CHEESE KEK


    Assalamualaikum...

    Salam 2014. Lembaran yang indah dibuka bersama dengan semangat dan azam yang baru. Setiap kali masuk tahun baru mesti kita ada azam. Tapi dapat laksana atau tidak bergantung pada diri sendiri. Ada yang hanya manis dibibir saja berazam kemudian hilang sehingga penghujung tahun dan ada yang betul-betul tekad untuk mengubah hidup dan membuat sesuatu dengan bersunguh-sunguh, Yang pasti, tepuk dada tanya selera.

    Semalam zue berazam nak buat cheese kek. Alhamdulillah dapat jugak laksanakan hari ini. Yang seronoknya en suami puji katanya sedap. Almaklum dah lama benar bini dia tak membaking cheese ni. So bila dengar en suami puji, meletup dalam dada nak buat lagi banyak untuk akan datang. Huhuuu...



    Bila tengok cheese ada lagi dalam peti ais, zue pun ambik ler buh kat luar. Try google dalam internet jumpa resepi unbake cheese kek pelbagai versi. Zue pun buat kesimpulan buat versi sendiri lah senang. Almaklum cheese zue tak cukup 250gm (lebihan buat meltey hershey) so zue sesedap rasa ikut kepala sendiri buat unbake cheese kek dan disebabkan ada lagi kiwi dalam peti ais, zue pun campakkan saja dan namakan KIWI UNBAKE CHEESE CAKE.

    Jom layan resepinya...



    KIWI UNBAKE CHEESE KEK

    Bahan (A):

    150gm biskut digestive
    2 sb butter (dicairkan)

    Bahan (B):

    200gm krim keju
    50gm gula castor
    2sb gelatin + 5sb air panas 
    250ml whipping cream
    2 sb sunquick
    100gm yogurt plain

    Bahan (C):

    Serbuk agar-agar
    Gula castor
    Air
    *** Main agak-agak jer sebab beli jenis serbuk agar2 so guna separuh saja

    Hiasan:

    BUAH KIWI

    Caranya:

    (A)

    • Dalam loyang yang boleh dibuka tepi, lekatkan aluminium foil dan kemaskan
    • Pada dasar loyang, masukkan biskut digestive yang dihancurkan dan gaul bersama mentega cair
    • Padat dan tekankan biskut tersebut pada dasar loyang
    • Sejukkan dalam peti ais selama 15 minit

    (B)

    • Pukul whipping cream sehingga creamy dan masukkan dalam peti ais
    • Pukul cheese dan gula castor sehingga sebati
    • Masukkan yogurt dan kacau dengan sebati
    • Masukkan gelatin halal ke dalam air panas dan kacau sehingga sebati
    • Tuangkan ke dalam adunan cheese tadi dan pukul sehingga sebati
    • Lastly masukkan whipping cream yang dipukul tadi ke dalam adunan cheese dan kaup balikkan sehingga sebati
    • Masukkan ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam
    • Keluarkan dan sedia dihias dengan potongan buah kiwi
    • Bancuhkan agar-agar serbuk bersama air dan gula castor dan masak sehingga mendidih
    • Pada cheese kek tersebut, lilitkan dan kemaskan aluminium foil di tepi atau keliling cheese kek dan tinggikan aluminium foil supaya bancuhan agar-agar tidak meleleh keluar dari cheese
    • Kemudian masukkan agar-agar yang dimasak tadi 
    • Sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong.