Monday, November 30

nasi minyak

Photo Flipbook Slideshow Maker
Glitterfy.com - Photo Flipbooks

Bahan-bahan
1) Beras Basmathi 4 pot
2) Minyak sapi 1 sudu besar
3) Minyak Masak 1/2 cawan
4) Bawang besar 1.5biji
5) Bawang putih 2-3 ulas
6) Halia sebesar ubi jari
7) Rempah ratus(kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
Air (4-5cawan ikut kesesuaian beras)
9) Susu cair 1/2 cawan
10) daun ketumbar
11) Sos tomato 1 sudu besar
12) garam & gula secukup rasa
13) daun pandan 2 helai
14) Colouring ikut citarasa

Cara memasak
1) Beras dibasuh bersih dan ditoskan, bila kering masukkan dlm periuk nasi
2) Panaskan minyak sapi+masak then tumiskan bahan #4-7 sampai wangi didalam kuali berasingan. Bila bwg dah tukar jd golden yellow and wangi, msukkan dlm periuk nasi tadi. Campurkan susu cair, sos tomato, garam halus(anggaran 1 sudu besar dan gula secukup rasa). Then masukkan daun ketumbar dan daun pandan for more flavouring.
3) Masak nasi tuh dlm 20 mins, bila suiz tuh turn to standby, titiskan few spot of coloring ikut citarasa, saya guna 3 color, kuning, merah dan hijau, titiskan guna sudu kecik dlm 9-10 spot. then turn the switch on for another 5 mins. Then bila nak hidang tgh2 panas baru gaul. Berhati-hati jgn sampai pecah beras.

Sunday, November 22

Donat


Bahan-bahan..

Bahan-bahan:
1) 500 gram tepung gandum
2) 50 gram gula halus
3) 1 cawan susu tepung
4) ½ sudu teh garam
5) 1 bungkus yis kering/mauripan
6) 1 biji telur (pukul)
7) 2 sudu makan marjerin
8) 250 ml air suam
9) minyak masak (untuk menggoreng tenggelam)
10) Gula halus (pilihan bahan untuk salut)

caranya...

1) Masukkan tepung, gula, susu, garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.
3) Tutupkan dengan kain lembab, biarkan naik hingga 2 kali ganda.
4) Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5) Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
6) Biarkan adunan naik sekali lagi.
7) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8) Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9) Biarkan donat sejuk pada suhu bilik. Golek-golekkan donat pada gula halus.

Monday, November 16

KeK Lapis Masam Manis


KEK LAPIS ASAM MANIS

BAHAN2NYE..
4 CWN BISKUT MARIE (DIKISAR MCM TEPUNG)
2 CWN GULA HALUS
6 BJ TELOR
250 GM BUTTER
3 SUDU BESAR SUSU PEKAT
1 SUDU TEH ESEN VANILA
ASAM HAW FLAKS


Photobucket


CARANYE....
PUKUL BUTTER DAN GULA SEHINGGA SEBATI DAN NAIK. MASUKKAN TELOR SEBIJI-SEBIJI DAN KACAU SEHINGGA SEBATI. MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT-SEDIKIT BERSAMA SUSU PEKAT. JADIKAN 3 BAHAGIAN DGN 3 KALER. KUKUS SELAPIS DAN MASUKKAN HAW FLAKS DAN KUKUS LAGI LEBIH KURANG 7 MINIT. ULANGI SEHINGGA HABIS ADUNAN.

~ ADUNAN DIBUAT 3 BAHAGIAN..MERAH, HIJAU DAN WARNA ASAL ~
~ Kek lapis ni saya buat menggunakan biskut marie perisa coklat.