Saturday, June 25

APAM LADYBIRD yang sangat comel..



Teruja tengok kawan-kawan KR buat apam ladybird.. so qute..apa lagi..zue pun try ler.. tak de lah susah sangat. Tapi kena ada sedikit ketelitian memandangkan cara nak melukisnya agak cerewet tapi bila menjadi memang puas hati sangat-sangat. Actually ni resepi apam polkadot yang glamer sangat-sangat tu.. tapi tak delah buat dot..dot..yang kaler-kaler tu.. tapi buat dot dot hitam atas badan  ladybird gitu.. 

Bahan-bahannya - (50 biji saiz medium)

3 biji telur - dari peti sejuk 
(Gred A)
250 gm tepung gandum
180 gm gula halus
150 ml susu segar/susu cair/susu tepung 5 scoop +150 air kosong
3 sudu teh baiking powder
1 sudu teh ovalette

untuk filling
blueberry/strawberry/kiwi/coklat
/apa-apa ikit citarasa

pewarna yang digunakan
plain, hitam, merah dan kuning
*ikut citarasa 




Cara-caranya:-
  • masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang..zue akan blend jer..mudahkan kerja
  • bahagikan adunan kepada empat bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  • masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  • letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  • Last skali gunakan warna hitam untuk lukiskan kepala ladybird dengan lukiskan suku daripada hujung apam tersebut dan gariskan tengah. 
  • Dot dotkan badannya. Untuk mata dotkan dulu pewarna putih dan dalam warna putih dotkan sedikit warna hitam kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.


    7 comments:

    1. cantek....akak guna blender ek nk bancuh sume bahan2 tu? kite try wat tp keras la apam tu..huhuh

      ReplyDelete
    2. yana- ni actually akak ikut cara member yang berniaga dengan blendkan kesemua melainkan tepung gandum dan kacau ngan spatula dalam bekas lain..try buat lagi..jangan putus asa.. akak ni pun kali ke4 buat baru betul2 gebu dan lembut.

      ReplyDelete
    3. oooo....igtkan tepung pun kene blend together...hehe...kalau yana gune tepung kek boleh ke kak? n susu segar dutch lady...tak jumpa la susu nestle yg ramai org guna kan tu.....hurm...tula...baru first tyme wat nie..tk mmnjadi sgt..hehehe..hope pas ni menjadi ler.... :)

      ReplyDelete
    4. boleh guna tpg kek.. apa2 jenis susu pun x pe.. janji sukatannya betul 150ml.. kalau nak guna susu tepung pun tak pe..tp bancuhkan dgn air kosong...5 scoop susu tepung (apa2 brand)..x kisah.

      ReplyDelete
    5. salam perkenalan zue...
      tergoda la tgk apam ladybird tu. nak tnya la.. bila kukus tu..kena letak dalam tray muffin jugak ke. ke boleh biar gitu je..?

      ReplyDelete
    6. salam perkenalan kembali icaland.. resepi ni adalah resepi apam polkadot so memang kena letak dlm tray muffin.. untuk membentuk apam ladybird tu..

      ReplyDelete
    7. You should always write them down whether it is on your smartphone, on paper or on your computer. Your health is priceless so take care of yourself and live life to the fullest. Most markets and specialty stores sell hard coca candies, coco chocolates, granola bars, and cookies made with coca flour and are marketed as having a subtle energizing effect. [URL=http://lopolikumino.com ]mestiza[/URL] The most important first step when considering a new website is to strategically plan the project, with your target customer firmly in mind. It is reasonable for those users to express their frustration.

      ReplyDelete

    Comment please..