Entry terakhir untuk malam Ramadhan Almubarak ni, sebelum berpuasa esok hari, zue nak sajikan muffin coklat yang diambil daripada sorang sahabat FB ni..sory banyak sangat godek-godek FB member sampai lupa nak ambik nama sahabat ni.. Actually bila zue 1st time buat bila member buat tempahan muffin so try buat resepi ni.. Alhamdulillah member zue puji.. agak sedap kata nyer.. so sekarang zue memang guna resepi ni kalau ada orang tempah muffin coklat.
Resepi ni tak perlu nak membakar nak taklah menyusahkan.. Ala-ala kek coklat gitu.. Untuk saiz M boleh dapat sebanyak 100 biji, zue buatkan 3 adunan sekaligus. Zue nak share untuk sesiapa yang nak buatkan jualan atau kalau malas nak tempah ngan zue pun boleh..+__+
BAHAN A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
BAHAN B
1 1/4 cawan tepung gandum*
1 st soda bikarbonat*
1 st baiking powder*
1 st esen vanila
3 biji telur
* Di ayak
HIASAN
coklat rice
Caranya:-
- Masakkan bahan A sehingga cair dengan api yang kecil. Bila dah sebati tutup api (tak perlu sehingga mengelegak)
- Pukul telur sehingga kembang
- Campurkan bahan A yang dimasak tadi ke dalam telur yang dipukul sehingga kembang bersama dengan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati
- masukkan bahan B yang di ayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
- masukkan hampir penuh ke dalam cup saiz M (ikut citarasa masing-masing untuk saiz cup)
- Kukus selama 10 minit atau sehingga masak
- Boleh dihias dengan coklat rice apabila sudah masak.
CANTIK..
ReplyDeletetq.. +_+
ReplyDelete