Rasa cam dah lama tak menghupdate my blog ni.. Almaklum buzy balik Kampung.. Cuti lak lama kali ni.. dalam 1 minggu..bila balik kampung dah lupa dunia blogging ni almaklum seronok jumpa adik beradik dan sedara mara.. Lagipun zue balik 2 kampung.. Ikutnya tahun ni turn balik Penang (sebelah suami) tapi memandangkan cuti ni panjang so ari raya ke3 balik lak ke Terengganu melalui Grik.. Memang jauh perjalanan bertambah lak ngan jem lagi.. bayangkan kan bertolak pukul 12 tengahari sampai pukul 12.30 tengah malam.. Kat Tanah Merah tu yang jadi punca jem sangat-sangat..4 jam duk atas jambatan tanah merah.. kereta tak bergerak langsung... Tapi bila lalu tempat punca jem tu cam tak de menda pun.. Mungkin ramai orang balik so kereta banyak yang jadi agak sesak..
Hari ni zue nak entrykan resepi PULUT KUNING yang dibuat pada hari raya ke5.. Actually PULUT KUNING yang dibuat ni, zue buatkan 2 jenis lauk iaitu rendang ayam dan gulai ayam..tapi disini zue sharekan resepi rendang ayam.
Bahan-bahan (untuk 5 orang)
- 1/2 kg beras pulut dicuci dan direndam bersama 2 keping asam gelugor + 1 sk serbuk kunyit (Asam Gelugor ~untuk mencantikkan kaler kuning kunyit tu)
- Rendam beras tadi selama 1-2 jam
- 300ml santan pekat + 1/2 sk garam + sedikit gula
CARANYA:-
1- Panaskan periuk kukusan sehingga mendidih airnya.
2- Letakkan jala/kain yang nipis supaya beras tidak jatuh dalam lubang kukusan.
3- Masukkan beras pulut yang direndam tadi dengan toskan airnya terlebih dahulu ke dalam periuk kukusan yang dilapik kain/jala tadi.
4- Kukus sehingga separuh masak selama 15-20 minit
5- Keluarkan pulut tadi ke dalam bekas lain dan curahkan santan pekat tadi sambil kacau dengan perlahan untuk meratakan santan tersebut.
5- Kukus semula pulut tersebut selama 10-15 minit lagi atau sehingga masak.
RENDANG AYAM
Bahan-bahan(5 orang)
1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil
Bahan-bahan untuk diblendkan
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 1/2 inci halia hidup
- 4 sb Cili Boh/ Lada Kisar/ Lada giling
- 2 batang serai dititik
- 2 helai daun limau purut dipotong halus-halus
- 2 helai daun kunyit dipotong halus-halus
- 2 sb kerisik
- 3 cawan santan pekat
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya
- Tumiskan bahan yang diblend tadi ke dalam minyak sehingga naik bau
- Masukkan santan ke dalam tumisan tadi dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan ayam bersama hirisan daun limau, daun kunyit, kerisik, gula dan garam.
- Masak ayam hingga empuk dan agak pekat.
best la makan pulut kuning dengan rendang ayam. 5 star!
ReplyDelete