SALAM AIDIL ADHA
buat semua pembaca Journey to great cuisine....
hari ni adalah hari raya yang kedua zue beraya di kampung kat Terengganu.. Memang agak seronok.. almaklum balik kampung sendiri.. so sebelum zue balik ari tu.. terfikir gak nak bawa buah tangan apa nak buat balik.. Last-last zue pilih nak buat 2 biji kek iaitu..karot cheese kek ngan marble cheese coklat kek.. Rasanya karot cheese kek ni zue dah try banyak kali dan banyak resepi yang zue buat sebab kek ni memang peberet zue. so kali ni zue try buat resepi dari mat gebu pulak.. dan adalah zue tambah dan kurangkan sedikit mengikut selera zue..
Uols tau.. antara banyak-banyak resepi karot kek, resepi ni paling sedap.. dia agak moist dan gebu.. mungkin kerana zue perahkan dulu air karot yang di sagat dan tekstur keknya jadi ringan dan gebu.. Lagipun zue guna loyang spring form saiz 9 inci so ia agak besar dan tak terlalu tinggi dan apabila ia masak, ia agak serata tak seperti sebelum ini bila ia masak, keknyer agak sedikit berkerak.. tapi yang ni tak berkerak selain daripada tu juga, mungkin zue tambahkan ovellet..so tekstur kek agak lembut sangat-sangat..
SUMBER: CMG Bahan-bahan:-
1 cawan tepung gandum*
1 ct baiking powder*
1/2 ct soda bikabonat*
1/2 ct garam halus*
1 st serbuk kayu manis*
* di satukan dan di ayak
2 biji telur gred A (Zue pakai telur bred B 3 biji)
3/4 cawan minyak jagung
1 sb ovellet
1 sb ovellet
3/4 cawan gula halus
2 cwn lobak merah di perah air nya
1/2 cwn walnut dicincang kasar
1/2 cwn buah kismis
1/2 cwn buah kismis
CARANYA;-
- Panaskan oven dan lenserkan loyang ukuran 9 inci dengan sedikit minyak dan juga letakkan kertas minyak.
- Dalam bekas lain masukkan telur, ovellet,minyak jagung dan gula. Kacau dengan whisk sehingga gula hancur dan sebati.
- Masukkan bahan-bahan di ayak tadi dan gaul perlahan-lahan sehingga sebati.
- Masukkan carrot yang diparut tadi bersama kacang walnut dan buah kismis kemudian gaul perlahan-lahan.
- Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak dengan 160c.
- Sejukkan sebelum di sapu cheese.
CREAM CHEESE UNTUK TOPPING
100gm mentega
125 gm cream cheese
1 ct esen vanila
1 1/2 cb gula aising (ayak)
1/2 cwn whipping cream
- Putar cream cheese dan mentega sehingga sebati
- Masukkan gula, whipping cream dan aising wanila dan putar sehingga gebu dengan kelajuan sederhana.
- Boleh disapu atas kek.
No comments:
Post a Comment
Comment please..