Hujan yang turun bagaikan mutiara, musim tengkujuh sudah bermula? Hari2 langit asyik nangis jer..tapi ada nyamanya. Ibarat si isteri yang menangis dan selepas si suami pujuk.. hati isteri rasa sangat bahagia... udara luar ni terasa sejuk dan baunyer wangi jer selepas turunnya hujan.. dan lagi menarik bila snap photo lepas hujan, especially snap titisan air di atas daun yang nak jatuh ke bumi.
Penah dengar nama Rojak kateh tak?.. Actually Rojak kateh adalah makanan asli negeri Terengganu. Kateh bermaksud bahagian sendi atau bahagian urat-urat tertentu pada lembu. Rasanya sedap cukup manis, masin dan masam. Pendek kata semua perasanya ada. Tapi yang tak makan belacan tu tak payahlah diletakkan belacan.Belacan ni cuma untuk penambah rasa. Tapi zue memang suka letak belacan sebab lagi terasa ummpphhnyer..
Bahan asasnya:-
Daging lembu (bahagian sendi dan urat-ulat di kaki lembu/ lidah lembu boleh digunakan)
kuahnya:-
Lada giling
cuka
asam jawa
air
gula melaka / gula nisan / gula merah
garam
sedikit belacan (kalau tak suka tak payah letak)
Caranya:
- Daging lembu yang dah di bakar kemudian direbus sehingga empuk dan potong kecil-kecil
- Dalam periuk lain, masakkan air bersama cuka, air asam jawa, gula melaka, garam dan belacan sehingga agak pekat
- Pastikan cukup rasa masam, masin dan manis pada kuah tersebut.
- Masukkan daging lembu yang direbus tadi kacau biarkan sebentar sehingga menggelegak
- Sejukkan.. (untuk lebih terasa sebati kuah dan daging tersebut, simpankan dalam peti ais semalaman dan kemudian esoknya panaskan lagi)
No comments:
Post a Comment
Comment please..