Assalamualaikum..
Pernah makan Kuih Tepung Kapur tak?.. Kuih ni adalah makanan tradisi orang Terengganu.. Ia dibuat pada sebelah malam kemudian disediakan untuk sarapan pagi.. Ia sedap dimakan bila digaul dengan kelapa parut. Entry hari ni zue nak sharekan resepinya yang dibuat semalam.
Bahan-bahannya:-
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping nisan (gula melaka)
1 sk kapur makan
air secukupnya
kelapa parut
garam secukup rasa
Cara-caranya:-
- Masakkan nisan/gula melaka dengan air sehingga cair dan sejukkan.
- Didalam tepung gandum, masukkan air nisan/gula melaka tadi sedikit demi sedikit.
- Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
- Masukkan kapur makan yang dibancuh bersama sedikit air dan sedikit garam.
- Tapiskan dan masukkan ke dalam plastik putih.
- Rebus selama 30 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan dan potong nipis-nipis dengan menggunakan pisau yang diletakkan minyak (supaya tidak melekat pada pisau ) dan potong dengan bentuk sederhana kecil (ikut citarasa sendiri)
- Lastly gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam dan gaulkan dengan kuih yang dipotong tadi.
salam ida..tpg kapur ni kuih kaswi kan...mmg sedap pun, marbelesss...
ReplyDeleteas-salam
ReplyDeletenpk macam kuih kaswi pun ada..npk sedap..
walaikumussalam..
ReplyDeletemungkin di negeri lain dipanggil kuih kaswi.. tp di terengganu dipanggil tepung kapur..
Kapur dgn kaswi berbeza
ReplyDeleteBetul.. X sama. Sy lagi suka tepung kapur drp kuih kaswi
DeleteBetul... Berbeza
Delete