Friday, December 30

KUAH ROJAK

Petang - petang gini kan best pekena jambu ngan kuah rojak kat bawah pokok jambu..mesti kecur air liur tu.. Tu adalah memori masa kecik-kecik dulu.. sekarang dah tak jumpa pokok jambu..semua dah kena potong.. yang ada jual kat pasar tu banyaklah.. Actually ni jambu i beli kat Tapah dengan harga satu bungkus 10 hinggit.. Ok lah kalau nak makan satu family 2 kali makan lincin lah..

Resepi kuah rojak ni zue ambik daripada member lama.. Beliau merupakan cikgu AMANAH IKHTIAR MALAYSIA yang bagi pinjaman kat orang kampung sambil ajar kemahiran untuk buat sesuatu projek pada orang kampung termasuklah resepi kuah rojak ni..
Bahannya:-


1 botol Kicap
2 cawan gula pasir
2 keping belacan
4 keping gula melaka
1 bungkus asam jawa
25 biji lada kering
sedikit tepung jagung
1/4 cawan bijan (zue tak letak)
1/2 cawan kacang tanah.(zue tak letak)


Caranya:-

  • Kisar lada kering dan belacan.
  • Asam jawa diambil airnya.
  • Bancuh tepung jagung bersama air suam.
  • Campurkan gula melaka bersama lada kering
  • Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam satu periuk dan di masak sehingga mendidih.
  • Sebelum angkat masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh tadi.
  • Last sekali masukkan bijan goreng bersama kacang tanah yang telah ditumbuk.


  • Kalau nak buat sedikit, boleh kurangkan sukatannya
  • Boleh dicicah bersama buah-buahan lain.. 
Trylah..memang sedap.. 

2 comments:

  1. salam zue...ad jugak org buat kuah rojak ni guna petis kan...pepun rojak buah mmg best...

    ReplyDelete
  2. betul tu ada yg letak rojak petis... tapi zue x pernah buat lak resepi tu.. pepun memang kuah rojak sedapp..

    ReplyDelete

Comment please..