Thursday, July 5

PUDING CAREMEL TANPA TELUR

Assalamualaikum..
Selamat menyambut 1 Syaaban.. Agak-agak nak buka puasa dengan apa petang.. Apakata buat dessert PUDING CAREMEL TANPA TELUR. Memang sedap. Actually resepi ni ala-ala puding yang diubahsuai daripada karemel. Rasa nya memang sedap terutama makan sejuk-sejuk. Rasa sejuk jer anak tekak.
Sumber: Myresepi

Bahan A

2 senduk gula
1/2 cawan air
Bahan B

1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
Bahan C

1 tin susu cair
2 sb tepung kastad
1 st esen vanila
**Campurkan kesemua bahan C
Caranya:
  • Gula dihanguskan untuk dibuat karemel
  • Bahan B didihkan dalam periuk
  • Sambil kecilkan api, masukkan bahan C
  • Kacau rata selama 3 minit atau sehingga adunan menjadi likat dan pekat
  • Api dimatikan dan sedia menuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus
  • Bekukan sebentar dan sedia dihidang sejuk-sejuk


** Disebabkan karemel yang dibuat masa mula-mula tadi agak bercambur dengan bahan C, so zue hanguskan sekali lagi gula (ikut bahan A) dan tuang semula pada puding yang dah siap beku (untuk menghasilkan air karemel)

3 comments:

  1. Waaa bestkan tayah bau telur bile makan karamel. Hmm nak cubelah nanti! Thanks for sharing!
    My latest Entry :)
    RESEPI: Baked Macaroni

    ReplyDelete
  2. nampak lagi sedap ada buat ceri tu.

    ReplyDelete

Comment please..