Assalamualaikum...
Pagi ni hujan renyai-renyai di kawasan puchong.. Rasa sejuk lah.. Ermm... kalau sambung tido kan best.. Tapi hari ni kena g keja nak settlekan apa yang patut sebelum cuti panjang ni.. Tak per sabo..sabo.. lagi 4 hari jer nak balik kampung pastu.. ye..ye.. Raye ler.. Tahun ni giliran balik Terengganu.. Bahagianyer.. Pastu raye ke-5 kena pulang umah mertua di Penang.. Zue dah koling2 mak di kampung.. katernyer nak buat nasi dagang untuk raya pertama..bestnyer...Tetiba rindu jugak ketupat mak mertua...Harap-harap mak mertua still simpan...
Berbalik dengan resepi pagi ni Zue nak share puding triffle yang entah kali ke berapa zue buat. Dulu duk tengok resepi puding triffle dalam blog kak Nani Rostam.. Pastu bila dah terer buat mulalah mereka cipta Puding Triffle versi zue lak.... Apa-apa pun ni adalah dessert yang best sangat-sangat tau..Harus dicuba..
PUDING TRIFFLE
Bahannya:
Swiss Roll
Kristal Jelly
1 tin susu cair
1 tin fruit coctail & nata de coco
jem strawberry
Tepung kastad
Gula
Hiasan
Whipping cream
Buah Strawberry dan buah kiwi
Caranya:
- Susun swiss roll di dasar bekas.
- Tuang air dari fruit coctail dan nata de coco tadi
- Tuangkan jem strawberry nipis-nipis pada fruit coctail tersebut.
- Masakkan susu cair bersama gula dan tepung kastad. Kacau sehingga sedikit pekat dan tuangkan pada bekas tadi. Biarkan seketika sehingga sedikit keras.
- Masukkan buah fruit coctail dan nata de coco tadi.
- Lastly tuangkan jelly strawberry (zue guna jenama nona) yang dimasak mengikut sukatan pada belakang kotak tersebut.
- Tunggu sehingga keras
- Sedia dipiping whiping cream (zue guna jenama toppin pride) ~ sudah sedia manis tanpa perlu letak gula.
Hiaskan buah strawberry bersama buah kiwi mengikit kreativiti tersendiri.
Letak dalam peti ais dalam sejam dua.. Pastu Ngappp... Sedapppp...!!!
No comments:
Post a Comment
Comment please..