Assalamualaikum..
Selamat petang.. Selamat beropen house. Semalam Zue ader buat open house khas untuk family dan jiran-jiran jer. Kebetulan en somi nak buatkan separated open house antara family dan kawan-kawan. Memandandangkan pulak ari jumaat cuti so elok jugak zue buat open house ari sabtu.. Ahad leh rehat. Alhamdulillah..selesai sudah... Menu wajib dalam open house zue ialah cheese kek so godek-godek dalam tenet jumpalah resepi kek cheese salju ala-ala kek fairlady gitu. Tapi memang sedap..
KEK CHEESE SALJU
Bahannya:
6 biji telur (2 buang putihnya)
100gm gula halus
100gm tepung blue key superfine
60gm tepung jagung
50gm air dari peti sejuk
1 st baiking poeder
2 sb ovellet
75gm mentega/minyak yang dicairkan
Caranya:
- Masukkan kesemua bahan kecuali minyak/mentega cair dan putarkan
- Putar dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi pekat dan putih.
- Akhir sekali masukkan minyak/mentega cair tadi dan putar lagi sehingga sebati.
- Sediakan acuan yang di alas dengan baiking paper dan masukkan bahan tadi.
- Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam atau sehingga masak dengan kepanasan 150'c.
- Bila dah masak sejukkan.
- Potong ditengah supaya ia menjadi 2 bahagian untuk disapukan krim cheese ditengahnya.
RESEPI KRIM CHEESE
Bahannya:
250gm cheese
1 cawan susu pekat
Caranya:
- Campurkan cream cheese bersama susu pekat dan pukul sehingga sebati.
- Sedia di sapu pada kek
Topping
parutkan dengan coklat putih
No comments:
Post a Comment
Comment please..