Assalamualaikum...
Pagi ni nak ajak uols menjelajah ke negara Timur Tengah. Even zue still lagi tak sampai ke negara Arab ni tapi pernah jugak makan makanan dari sana...especially NASI MUQALABAH atau lebih dikenali dengan nasi terbalik.
Actually zue berkenalan ngan nasi muqalabah ni dirumah mak sedara yang kebetulan dihidangkan untuk family semperna hari raya Aidilfitri. Bila dah rasa sedap terus jatuh cinta nak buatnyer. Pastu ari sabtu lepas tiba-tiba seru nak memasak datang terus jer try buat.
Dalam banyak-banyak resepi yang di godek dalam mr google ni terjumpalah resepi yang betul-betul ori dari negara Arab.
NASI MAQLUBAH
Sumber: Iresepi
Bahannya:
3 gelas beras Basmati atau beras Thailand Sunwhite.
1 peket syairiyyah (vermicelli) ~ (tak letak)
1 biji terung besar (bazinjan)
1 ketul kentang besar
1 bunga kobis (zahri)
3 biji lemon (potong)
1 biji bawang besar(potong dadu)
1 batang kayu manis.
Air Rempah (baharat).
2 sudu besar serbuk kunyit (kurkum/usfur)
2 sudu besar rempah campuran (baharat musyakkal)
2 sudu besar serbuk cumin (jintan) (kammon)
2 sudu besar rempah kabsah
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah lada putih
2 sudu besar serbuk halia (zanjabil)
***kalau tidak ada rempah di atas, masukkan rempah-rempah yang anda ada.
Caranya:
BAHAGIAN (A)
- Basuhkan beras. Rendam beras selama 20 minit.
- Bersihkan ayam dan potong 8 bahagian (mengikut kesesuaian)
- Rendam ayam selama setengah jam dalam perahan lemon dan sedikit air.
- Sementara itu panas air setengah periuk besar.
- Setelah air menggelegak, masukkan ayam yang telah direndam dengan lemon tadi.
- Masukkan 1 sudu besar setiap rempah-rempah di atas.
- Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu sebatang kayu manis.
- Rebus ayam tersebut hingga masak.
BAHAGIAN B
- Kupaskan kulit terung.
- Potong terung anggaran 1/2 inci tebal.
- Terung direndam dengan sedikit garam (supaya apabila digoreng, terung tidak menyerap banyak minyak)
- Kupas kentang. Potong kentang 1/2 inci tebal 6. Potong bunga kobis.
- Panaskan minyak.
- Goreng terung sehingga kekuningan dan angkat.
- Goreng kentang sehingga kekuningan dan angkat.
- Goreng bunga kobis hingga kekuningan dan angkat.
- Goreng syaiiriyyah hingga garing dan angkat.
BAHAGIAN C
- Beras ditoskan dan letakkan dalam besen.
- Gaul beras denga sedikit garam.
- Masukkan satu sudu besar setiap rempah dan gaulkan dengan beras.
- Masukkan syairiyyah dan gaulkan bersama beras.
- Biarkan seketika.
- Sediakan periuk di atas api.
- Masukkan 1/4 campuran beras di atas.
- Masukkan ayam (dari sup)
- Masukkan 1/4 beras di atas.
- Masukkan terung goreng.
- Masukkan1/4 beras.
- Masukkan kentang goreng.
- Masukkan 1/4 beras.
- Masukkan bunga kobis goreng.
- Akhir sekali masukkan sup ayam yang telah ditapis.
- Kalau sup ayam tidak cukup, tambah air panas sehingga air mencecah 1 inci (2 jari) atau lebih sikit dari paras beras dan campuran. (jangan tambah air sejuk.)
- Masak di atas api sederhana atau di dalam rice cooker.
- Selepas masak semuanya nasi tadi, perlulah ditelangkupkan periuk tadi didalam bekas atau talam yang bersesuaian, ini kerana bersempena dengan nama maqlubah yaitu diterbalikkan atau ditelangupkan. Tapi ianya adalah adat bagi masyarakat arab untuk dihidang dan dijamah beramai-ramai.
Di sebabkan NASI MAQLUBAH tiada kuah sebab lauk dah dimasakkan sekali dengan nasi so Zue mixkan dengan kuah dalca dan acar.
DALCA
Sumber: Potret Kasih
Bahannya:
300 g isi ayam atau daging ( dipotong kecil)
4-5 biji kentang ( potong 4-6 bahagian)
2 batang terung panjang ( potong kecik)
6 batang kacang panjang ( potong memanjang 1 inci)
1 batang karot ( potong memanjang)
2 cawan santan pekat
air secukupnya ( anggaran 4-5 cawan air )
1 cawan kacang dhal ( rendam dan rebus hingga empuk)
1 labu bawang besar ( di tumbuk)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 sudu besar serbuk kari
daun kari secukupnya ( bancuh dengan sedikit air)
daun ketumbar
minyak untuk menumis
garam, perasa
Caranya:
- Tumis daun kari,bahan tumbuk, bunga cengkih, kayu manis, pelaga dan bunga lawang hingga wangi kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
- Masukkan daging/isi ayam dan kentang, masak hingga kecut dan empuk .
- Kemudian masukkan air, santan, dhal, sayur-sayuran. Bila sayur sudah masak, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
- Taburkan dengan bawang goreng dan daun ketumbar.
Mak aihhhh sodap ehhhh! Tapi tulah masakan arab ni kena lak gi carik rempah2 dorang baru lengkapkan? Hmmm tapi takper, kat area ghumah den berderet kedai runcit pak arab . Bolehlah ku carik di sana, di sana, di sana... ekeke...
ReplyDeleteMy latest Entry :)
WW: Alhamdulillah! Saya OK!
Salam kenal,
ReplyDeletebyk resepi menarik kat sini...nanti boley singgah lagi.
http://my-mintroom.blogspot.com/