Thursday, March 14

SWAN CREAM PUFF



Assalamualaikum.. Hari tu ader buat cream puff. Saja nak main-main ngan betuk cream puff so terjadilah swan cream puff.. Nasib baik jadi cantik dan sedap. Inti dia ader Zue letak kastad dan ader yang letak whipping cream. Apa-apa pun resepi ni memang simple dan sedap.. Jom layan resepinyer... 

CREAM PUFF 

 Bahannya: 

1/2 cawan butter 
1 cawan air 
1 cawan tepung gandum 
secubit garam 
4 biji telur 

Caranya: 

  • Masukkan butter dan air ke dalam periuk 
  • Masak dengan api kecil dan kacau rata 
  • Bila larut, masukkan tepung gandum dan garam 
  • Kacau hingga jadi macam doh roti 
  • Tutup api dan biarkan sejik dalam 5-10 minit 
  • Masukkan telur dan kacau satu persatu telur tersebut dalam adunan 
  • Masukkan dalam piping beg dab sediakan dipiping atas aluminium foil yang disalut butter 
  • Bakar pada suhu 200c selama 15-20 minit 
  • Bila masak sejukkan 

Bahan untuk kastad

2 sb tepung jagung 
2 sb tepung kastad 
1 1/2 cawan susu segar 
2 biji telur 
3 sb gula 

Caranya: 

  • Masukkan ke semua bahan tadi didalam periuk 
  • Dengan api sederhana, masakkan dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati 
  • Bila sudah agak likat, tutup api dan sejukkan 

3 comments:

  1. Salam,,,mana gi gambar semua hilang?

    ReplyDelete
  2. itu lah psl... ramai blogger mengalami mslah ni sbb terdelete pic dlm smart phone.. sorry... nanti sy kemaskini semua blog saya..

    ReplyDelete

Comment please..