Monday, May 6

BISKUT CENDAWAN




Assalamualaikum.. 

Selamat malam. 

Hari ni keboringan sangat-sangat itulah yang terjadinya BISKUT CENDAWAN. En somi ngan kids tak de balik kampung diPenang untuk mengundi dah 2 hari. Tinggallah saya sorang-sorang...Boring tahap gaban. Google dalam mr tenet jumlah pulak resepi cookies ni. Apalagi.. bersilatlah kat dapur sorang-sorang. Actually nak buat cookies macam ni elok jugak privasi sebab kerja dia rumit so kids tak de nak kacau..Apa lagi cosentrate betul-betullah.. 


Resepi BISKUT CENDAWAN ni adalah resepi yang sama dengan mama caries yang bezanyer versi cendawan. Agak comeilah...Best betul main ngan kaler-kaler ni.. Ermm... Tak mengundi pun tangan ader jugak bukti ngundi...main ngan kaler-kaler ader jugak tersisa kat tangan ni... Sabo jer lah...

 

BISKUT CENDAWAN 

 Sumber: Azlita dan Naz 

Bahannya:

225 gm butter
75gm gula aising
2 biji kuning telur
1 st esen vanila

Bahan untuk di ayak:

300gm tepung gandum atau red rose
90gm tepung jagung
15gm susu tepung (dlm 3 sb)
1 st emplex


 
Caranya:


  • Pukul butter bersama gula sehingga sebati
  • Masukkan kuning telur bersama esen vanila dan pukul dengan speed sederhana sehingga sebati
  • Perlahankan speed sambil masukkan bahan yang di ayak tadi perlahan-lahan
  • Uli doh menjadi lembut menggunakan tangan
  • Sekiranya adunan lembik tambahkan sedikit tepung
  • Panaskan oven pada suhu 150'c
  • Sediakan loyang dan oleskan sedikit butter
  • Canaikan doh di atas dua lapik plastik untuk elakkan daripada melekat 
  • Terapkan doh dengan acuan cendawan
  • Susun terapan atas loyang
  • Sedia dibakar pada suhu 150'c selama 15-20 minit atau sehingga masak
  • sejukkan
  • sedia diletak aising
 
AISING 

Bahannya:

1 biji putih telur
90gm gula aising
1 sb tepung jagung
1 st jus lemon


Caranya:


  • Masukkan gula aising, tepung jagung dan jus lemon
  • Pukul mengunakan speed laju sehingga pekat
  • Bahagikan adunan kepada beberapa kaler yang diingini
  • Masukkan dalam piping beg
  • Sedia dipiping mengikut kreativiti sendiri
  • Bakar semula dalam oven pada suhu 150'c selama 10 minit
  • Setelah masak sejukkan sebelum dimasuk dalam bekas kedap udara

1 comment:

Comment please..