Wednesday, August 14

BUBBLE RICE BERSALUT COKLAT



Assalamualaikum...

Selamat tengahari. Hari ni zue masuk opis agak lambat sebab menguruskan persekolahan anak untuk kemasukkan darjah 1. Actually dah daftar dalam internet cuma datang ke sekolah untuk pengesahan pendaftaran. Ah.. lega dah settle. 

Hari ni jugak zue puasa enam sekali puasa ganti. Almaklum tak nak jadi macam tahun lepas esok nak puasa hari ni still lagi ganti. Nasib baik settle..Ermm kalau tak kenalah bayar fidyah. Puasa ganti zue sebenarnya adalah untuk cover balik yang makan banyak masa hari raya. Bila tengok balik pic yang diambik masa hari raya, malu lak tengok.. pipi betul-betul chubby sampaikan en somi boleh perasan... sabo jer lah.. 

Hari ni zue nak share resepi paling mudah iaitu BUBBLE RICE BERSALUT COKLAT. Ia sangat sedap. Buat untuk bawak balik umah mertua tapi anak zue lak yang habiskan. Katernyer sangat sedap.
 
BUBBLE RICE BERSALUT COKLAT

Bahannya:

1/2 kg bubble rice
1 bar coklat masakan
paper cup secukupnya
coklat putih sebagai hiasan
coklat manik sebagai hiasan


Caranya:


  • Cairkan coklat masakan secara double boiler
  • Setelah cair, masukkan bubble dan gaul mesra
  • Sudukan ke dalam paper cup
  • Cairkan coklat putih dan piping sedikit untuk membuat corak pada atasnya
  • Taburkan coklat manik hiasan
  • Sejukkan

10 comments:

  1. Salam..mana ye nak cari bubble rice tu?

    ReplyDelete
  2. Salam..mana ye nak cari bubble rice tu?

    ReplyDelete
  3. buble rice 2 nk kene bakar ker?

    ReplyDelete
  4. Masukkan dlm bekas kedap udara utk elakkan lemau

    ReplyDelete
  5. assalam nk tanya masa nk masuk kan bubble rice tu coklat cari tgh panas.. bubble rice tu x lemau ke?

    ReplyDelete
  6. wslm.. jangan masa terlalu panas.. Agak2.. sebab kalau sejuk.. coklat tu plak keras..

    ReplyDelete

Comment please..