Assalamualaikum...
Salam Jumaat... Teringin betul nak buat Laksa Siam aka mee Bangkok. Actually macam-macam dipanggil... Laksa Thai lah... Tapi zue lebih suka menyebut dengan Meehoon Siam sebab zue menggunakan meehoon untuk resepi ni. Pelbagai mee boleh digunakan tapi yang paling sedap adalah meehoon.
Zue pernah makan masa duk kelantan dulu pastu sekarang ader jual kat gerai yang dibuka bersebelahan Giant atau Tesco yang mempromosikan barang dari Thailand. Diaorang buat lagi sedap. Ori pulak tu. So disebabkan teringin sangat terus Zue buat. Bila google dalam tenet pelbagai resepi yang sama tapi diolah dengan cara berbeza. Zue try tanya member orang kelantan, dia bagitau mee siam yang ori tak letak bunga kantan atau daun kemangi dan ia letak daun ketumbar. Zue pun trylah buat versi sendiri
MEEHOON SIAM
Bahannya:
1 paket meehoon (dicelur dan toskan)
7-8 ekor ikan sardin/kembung/selar (rebus, asingkan isi)
1 biji kelapa (perah dlm 7-8 cawan santan)
8-10 helai daun limau (mayang halus)
Bebola ikan (potong dua)
2 sb sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
Bahan utk dikisar bersama isi ikan:
10-13 btg cili padi merah
1 Biji bawang besar
2 Biji bawang kecil
1 sudu teh lada hitam
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 btg serai
1 inci halia
Ulamannya;
Kacang panjang
Timun
Taugeh
Daun ketumbar
**Dipotong halus dan diracik
Caranya:
- Blendkan kesemua bahan bersama isi ikan
- Masukkan dalam periuk bersama dengan santan
- Masak dengan api sederhana sambil kacau perlahan-lahan.
- Bila menggelegak, masukkan daun limau purut yang dimayang tadi bersama bebola ikan.
- Masukkan garam, gula dan sos ikan.
- Masak lagi sehingga kuah menjadi surut dan sedikit pekat
- Tutup api sedia dihidang bersama laksa dan ulaman