Friday, September 13

MEEHOON SIAM


 



Assalamualaikum...

Salam Jumaat... Teringin betul nak buat Laksa Siam aka mee Bangkok. Actually macam-macam dipanggil... Laksa Thai lah... Tapi zue lebih suka menyebut dengan Meehoon Siam sebab zue menggunakan meehoon untuk resepi ni. Pelbagai mee boleh digunakan tapi yang paling sedap adalah meehoon. 

Zue pernah makan masa duk kelantan dulu pastu sekarang ader jual kat gerai yang dibuka bersebelahan Giant atau Tesco yang mempromosikan barang dari Thailand. Diaorang buat lagi sedap. Ori pulak tu. So disebabkan teringin sangat terus Zue buat. Bila google dalam tenet pelbagai resepi yang sama tapi diolah dengan cara berbeza. Zue try tanya member orang kelantan, dia bagitau mee siam yang ori tak letak bunga kantan atau daun kemangi dan ia letak daun ketumbar. Zue pun trylah buat versi sendiri

   

MEEHOON SIAM

Bahannya:

1 paket meehoon (dicelur dan toskan) 
7-8 ekor ikan sardin/kembung/selar (rebus, asingkan isi) 
1 biji kelapa (perah dlm 7-8 cawan santan) 
8-10 helai daun limau (mayang halus) 
Bebola ikan (potong dua)
2 sb sos ikan
Garam dan gula secukup rasa


Bahan utk dikisar bersama isi ikan:

10-13 btg cili padi merah
1 Biji bawang besar
2 Biji bawang kecil 
1 sudu teh lada hitam 
2 inci kunyit hidup 
2 inci lengkuas 
2 btg serai 
1 inci halia 

Ulamannya;

Kacang panjang 
Timun
Taugeh
Daun ketumbar

**Dipotong halus dan diracik 


Caranya:


  • Blendkan kesemua bahan bersama isi ikan
  • Masukkan dalam periuk bersama dengan santan
  • Masak dengan api sederhana sambil kacau perlahan-lahan. 
  • Bila menggelegak, masukkan daun limau purut yang dimayang tadi bersama bebola ikan. 
  • Masukkan garam, gula dan sos ikan. 
  • Masak lagi sehingga kuah menjadi surut dan sedikit pekat
  • Tutup api sedia dihidang bersama laksa dan ulaman

Saturday, September 7

KEK VELVET KUKUS PELANGI


Assalamualaikum....

Selamat malam. Alhamdulillah... kenyang makan hari ni... Baru sempat nak upload pic KEK KUKUS VELVET VERSI KAK DAYANG. Kebetulan tadi ada perjumpaan ngan ex sekolah lama zue. Kita orang plan bersantai sambil potluk so google punya google terus dapat resepi yang amat mudah ni. Kak Dayang buat cantik sangat kejadiannya, tapi zue buat sedikit tak balance putih yang di atas dan di bawah. Lagipun zue spare kaler putih sedikit jer so kalau nak buat tebal atas bawah kena simpan warna putih yang banyak barulah cantik. Apa-apa pun tq sangat-sangat kat Kak Dayang dengan resepi yang mudah dan sedap ni.



Kek Velvet Kukus Pelangi
sumber : DayangJack@DapurKu SaYang


Bahannya : (loyang 9" x 4.5" x 4.5")

5 biji telur A (dari peti ais)
250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder 
(diayak sebanyak 3 kali)
150 ml susu cair
180g gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1/4 sudu kecil garam 
125 ml minyak jagung


perisa dan pewarna
  • coklat mocha/coffee flavor atau pes oren + pewarna oren
  • pes pandan / pandan emulco
  • pes blueberi + pewarna ungu
  • pes strawberi / strawberry emulco + pewarna pink
  • perisa esen vanilla

Caranya :


  • Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. 
  • Loyang digriskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak).
  • Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. 
  • Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula.
  • Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian (disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya). 
  • 2 cawan dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat mocha/cofee 
  • Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)
  • Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. 
  • Dan disudahi dengan lapisan vanilla. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek). 
  • Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)
  • Bila sudah masak, sejukkan  kek terlebih dahulu sebelum dipotong. 

  • Wednesday, September 4

    PULUT KUNING BERSAMA RENDANG DAGING


    Assalamualaikum...

    Salam hari Rabu... 

    Hari ni 4/9/2013... Pejam celik, pejam celik Syawal dah nak abis. Minggu depan dah tak de kut open house. Kalau ader tu kira ok jugak tapi dah tak masuk dalam syawal lagi.. Kira open untuk kawan-kawan datang jelah... So untuk makan free dah tak de.. time for cooking ler pasti.. Dan jalan pun dah tak jem cam biasa.  

    Hari ni zue nak share resepi PULUT KUNING atau orang pantai timur panggil NASI KUNYIT. Ini dalah resepi bulan puasa yang zue buat hari tu, memandangkan kesibukan teramat sangat dan tak sempat nak upload so terpaksa menangguhkan terlebih dahulu. Actually zue banyak sangat resepi-resepi yang tak sempat diupload. Insha Allah zue akan usahakan untuk upload dalam masa terdekat ni.

    PULUT KUNING aka NASI KUNYIT

    Bahannya:

    3 cawan beras pulut
    1 asam keping
    1 sk serbuk kunyit
    Garam dan gula

    Caranya:
    • Cuci beras sehingga bersih dan toskan
    • Dalam satu bekas lain, bancuhkan serbuk kunyit dengan anggaran air melebihi paras beras pulut
    • Masukkan asam keping
    • Gaul beras pulut rata sehingga warna kuning menjadi serata.
    • Toskan beras dan keluarkan asam keping
    • Sediakan pengukus dengan masukkan air
    • Lapik daun pisang dalam dasar pengukus untuk menutup lubang-lubang pengukus
    • Bila air sudah mendidih, kukus beras pulut selama 20 minit (separuh masak)
    • Dalam bekas lain, campuran santan pekat, garam dan gula dikacau rata
    • Keluarkan beras yang separuh masak tadi dan arun dengan campuran santan
    • Gaul rata dan kukus kembali sehingga masak
    • Kalau boleh ulang sehingga 2 atau 3 kali atau sehingga masak


    RENDANG DAGING

    Bahan A:
    1/2 kg daging lembu (potong, cuci dan toskan)
    2 helai daun kunyit (hiris halus)
    3 helai daun limau purut 
    1/2 liter santan pekat
    2 sb kerisik
    2 sb rempah daging
    3 sb cili giling
    2 keping asam gelugor
    2 sb hirisan gula melaka
    garam secukup rasa

    BAHAN YANG DIKISAR HALUS

    Bahan B:
    2 biji bawang besar
    10 biji bawang merah
    3 biji bawang putih
    1 inci kunyit hidup
    5 bj cili padi
    3 batang serai

    BAHAN UNTUK DITUMIS

    Bahan C:
    1 batang kayu manis
    2 kuntuk bunga lawang
    3 kuntum bunga cengkih
    2 biji buah pelaga

    CARANYA:
    • Rebuskan daging yang dipotong terlebih dahulu sehingga masak
    • Tumiskan bahan (C) tumisan dengan sedikit minyak
    • Masukkan bahan (B) dan kacau sehingga sebati dan naik bau
    • Last sekali masukkan bahan (A) dan kacau sehingga kering
    • Agak-agak dah kering, masukkan air dan kacau lagi sehingga kering
    • Ulang proses ni dalam 2 atau 3 kali
    • Siap dan sedia dihidang bersama pulut kuning

    Monday, September 2

    PUDING ROTI MUDAH


    Assalamualaikum...

    Selamat malam. Minggu ni adalah minggu yang terakhir untuk open house. Hari ni pulak dapat 4 jemputan tapi mampu pergi 3 saja. Kebetulan hujan lebat sangat so bila lalu ikut Giant, Shah Alam jalan disana ditutup memandangkan banjir. Nasib baik tak delah terperangkap dalam jem. Tapi ini penyebab zue sampai lambat ke rumah ke dua so rumah ke tiga trus skip. Rumah keempat dah sampai lepas magrib. Nasib baik tuan rumah still open dia punya rumah.

    Minggu lepas Zue ada buat open house antara menu peberet ialah puding roti. Cara yang zue buat ni amat ringkas dan mudah lagi sedap. Kalau nak dibandingkan kesemua resepi puding roti ni, kebanyakkan adalah lebih kurang sama cara pembuatannya yang menjadi sedap sebab zue guna roti butterscoth. Ia dah berlemak sedap so  bila dibuat puding roti, bertambahlah sedap. Jom try.


    Bahannya:

    9-10 keping roti butterscoth
    2 cawan susu kotak full cream 
    4 sb gula halus
    2 biji telur
    1 st esen vanila
    2 sb mentega 

    Bahan taburan:
    Kismis, ceri, kacang hirisan almond dan coklat chip

    Bahan untuk kastad:

    1 tin susu cair
    1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
    2 sb tepung kastad
    2 sb gula castor



    Caranya:
    • Dalam satu mangkuk, koyakkan roti menjadi kecil-kecil 
    • Tuang susu full cream
    • Dalam mangkuk lain, campurkan mentega, esen vanila, gula dan telur
    • Kacau sehingga sebati dan tuangkan atas roti
    • Lastly tabur bahan hiasan di atas adunan tadi.
    • Bakar pada suhu 180'c selama 25-30 minit atau sehingga masak


    Bahan kuah kastad:


    • Campurkan kesemua bahan dan kacau di atas api yang sederhana sehingga pekat



     

    Designed By Izza sakura