Thursday, February 13

NASI KUNING GULAI IKAN TONGKOL



Assalamualaikum...

Dah masak ke untuk makan tengahari?. Hari ni Zue nak share entry tertunggak resepi dari negeri Terengganu iaitu NASI KUNING GULAI IKAN TONGKOL. Resepi ni ala-ala nasi dagang tapi yang sama ialah gulai manakala berbeza dari segi nasi. Another alternatif untuk yang malas untuk mengukus nasi dagang ni. 

Kat Terengganu ada orang buat jualan untuk makan pagi selain daripada nasi lemak dan nasi dagang. So yang ni Zue buat makan pagi merangkap sekali ngan tengahari. Tak payah 2 atau 3 kali masak. Jom cuba resepi dari Pantai Timur ni.


NASI KUNING GULAI IKAN TONGKOL

Bahannya:

Bunga cengkih 
kayu manis, 
buah pelaga  
Bunga lawang
1 inci halia
2 labu bawang besar (dimayang )
2 helai daun pandan
4 cawan beras
Secubit garam
1 sudu kecil pewarna kuning
Sedikit minyak masak
4 cawan air

Caranya:
  • Basuh beras dan toskan
  • Panaskan minyak, tumis bunga cengkih kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, halia dan bawang besar yang  telah dimayang
  • Biarkan kekuningan baru masukkan beras yang telah dibasuh tadi.
  • Masukkan air, daun pandan dan secubit garam serta pewarna kuning. Kacau sekejap, tutup dan biarkan nasi masak diatas api kecil.



KUAH GULAI IKAN TONGKOL

Bahannya:

1 1/2 kg ikan tongkol 
1 bungkus rempah gulai nasi dagang 
130 gm bawang merah 
5 hiris lengkuas 
4 hiris halia 
4 ulas bawang putih 
4 sudu besar cili boh
Sedikit gula melaka 
Secubit garam 
2 cawan santan 
2 keping asam gelugur 
Sedikit belacan 
Sedikit cili kecil 

Caranya: 


  • Ikan direbus dengan sedikit air yang dicampur dengan secubit garam dan asam gelugor. 
  • Bawang merah, halia, bawang putih, dan belacan dikisar. 
  • Panaskan minyak dan tumiskan lada boh hingga garing
  • Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi bersama lengkuas. 
  • Masukkan rempah gulai nasi dagang yang telah dibancuh dengan sedikit air. 
  • Biarkan sekejap. 
  • Setelah itu masukkan sedikit air rebusan ikan tadi dan santan. 
  • Biarkan mendidih baru masukkan ikan tongkol yang sudah direbus tadi. 
  • Kemudian masukkan gula melaka secukup rasa.
  • Apabila mendidih dan naik minyak bolehlah ditutup api lalu diangkat untuk dihidangkan dengan memasukkan beberapa biji cili kecil ke dalam gulai.




Untuk lagi umpp makan bersama sambal dan acar timun.

Tuesday, February 11

ROTI CHEESE KEJU


Assalamualaikum...

Hari ni dah 11 Februari. Pejam celik..pejam celik dah nak masuk petengahan bulan 2. Sekejap je masa berlalu. Anak pun dah besar, rasanya sekejap saja. 

Hari ni Zue buat sarapan roti cheese keju kat anak-anak. Lagipun diaorang suka sangat cheese so kira merangkap zue bekalkan roti cheese keju kat sekolah pagi. 



ROTI CHEESE KEJU
Sumber: Cik Manggis


Bahannya:

420 gm tepung roti.
110 gm tepung gandum  biasa.
1 biji telur.
160 water roux
11 gm yis segera.
40 gm tepung susu.
1 tsp garam.
50 gm butter.
160 gm susu segar.
100 gm gula halus.

Inti
Gula dan keju secukupnya
 
Caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali garam dan butter ke dalam mangkuk pengadun. 
  • Uli sehingga kenyal baru masukkan butter dan garam. 
  • Uli sehingga doh elastik (penting untuk dapatkan roti yang gebu) 
  • Perapkan selama sejam. 
  • Bahagikan doh kepada dua bahagian. 
  • Gelek nipis bentuk empat segi. 
  • Taburkan dengan gula dan keju.
  • Lagi banyak keju lagi sedap. 
  • Kemudian gulung kemas-kemas dan potong mengikut selera masing masing. 
  • Aturkan kedalam mangkuk kertas (paper cup untuk muffin)
  • Tabur keju diatasnya. 
  • Biarkan doh kembang dua kali ganda dari saiz asal. 
  • Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius sehingga masak.

 
Resepi Water Roux

25 gram tepung
125 ml air 

Caranya:

  • (Bancuh tepung dan air didalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan  hingga pekat)
  • Sejukkan dulu baru digunakan.

Saturday, February 8

ROTI PETZEL


Assalamualaikum...

Petang yang panas di Zue hidangkan Roti Petzel untuk family. Memang rasanya sedap. Selalu beli dekat shopping complex tapi ni dah pandai buat sendiri so next time tak payah membazir untuk beli pulak. Sebut saja Petzel memang glamer sekarang ni, terutama biskut petzel. Zue nak jugak try buat tapi tak de kesempatan lagi untuk buat cuma Roti Petzel yang sempat buat. Apa-apa pun resepi ni rasanya ala-ala petzel kat kedai Auntie Ann's.


PRETZEL

Sumber: Beldandy

1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh  yeast
2 sudu besar gula perang
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung roti
3 cawan tepung gandum

 

Caranya:


  • 2 cawan air suam
  • 2 sudu besar soda bikarbonate
  • secubit garam
  • 4 sudu besar mentega - di cairkan
  • sebutir telur - dipukul jika suka
  • Campurkan yeast dengan 1 1/2 cawan air suam.
  • Tambahkan gula dan garam. 
  • Kacau sehingga larut dan biarkan sehingga yeast mengembang.
  • Campurkan tepung gandum dan tepung roti dan uli sehingga adunan menjadi doh yg lembut dan kenyal.
  • Rehatkan doh selama 1/2 jam.


  • Bila doh telah mengembang, sediakan bahan penyediaan.
  • Sediakan dulang pembakar dan oleskan dgn butter
  • Panaskan oven pada suhu 180C
  • Larutkan soda bikarbonate bersama 2 cawan air suam dan kacau.
  • Ambil sedikit doh dan roll panjang seperti tali setebal 1/2 inc.
  • Pintalkan doh dan bentukkan seperti pretzel.
  • Celupkan pretzel kedalam air soda dan susun atas dulang pembakar
  • Sapukan telur diatas pretzel dan taburkan badam jika suka.
  • Biarkan ia naik sekejap dalam 30 minit
  • Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
  • Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat

       

Pretzel sedap di makan bersama caremel
Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembapan.
 

Designed By Izza sakura