Monday, April 30

CARROT APPLE CUP CAKE

Assalamualaikum..

Selamat Pagi.. Jom menambahkan berat badan. Ini adalah resepi yang dicedok atau di copy paste daripada blog kak Azlita. Sebelum daripada tu lagi, Zue dah terliur nak buat bila tengok kat blog... Mesti best rasanyer gabungan apple dan carrot ni... Bila kak Azlita dah buat cup cake ni terus semangat berkobar-kobar lagi. Actually resepi asal kak Azlita ialah  CARROT APPLE JADE CUP CAKE tapi zue tak buat lah jade nyer... just parut carrot jer sebagai penghias atas nya.

Hasilnyer memang mabeles...Sedap sangat tambah pulak  gabungan cream cheesenya tu. Tapi kalau dibiarkan semalaman lagi sedap. Teksturnyer begitu lembut dan gebu. Cubalah buat.. Comform puas hati. Zue pun ikut kak Azlita buat hanya separuh adunan jer. Tapi kalau rasa nak buat sebiji kek pun boleh. 
CARROT APPLE CUP CAKE
By: Naz Can
Rujukan : Yatie

Bahannya:

200 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
Secubit serbuk kayu manis
Secubit garam halus 
1/2 cwn gula perang halus
1/4 cwn  gula castor
2 biji telur
1/2 cwn minyak jagung
50 gm mentega ~ dicairkan
100 gm lobak merah ~  diparut
75 gm apple hijau ~  diparut kasar dengan kulitnya sekali anggaran 1 biji apple kecil
30gm walnut ~ boleh juga guna kacang lain

Caranya:
  • Panaskan oven pada suhu 170C 
  • Sediakan loyang muffin dan susunkan cawan kertas didalamnya ~ ketepikan 
  • Ayak  tepung bersama  baking powder, soda bicarbonate dan garam halus.
  • Masukkan ke dalam mangkuk pengadun. 
  • Masukkan kesemua bahan lain kecuali apple, carrot dan kekacang 
  • Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit. 
  • Masukkan apple, carrot dan kekacang 
  • Gaul rata menggunakan spatula sahaja 
  • Scopkan adunan ke dalam cawan kertas 
  • Bakar pada suhu 170C selama 20 ~ 25 minit atau sehingga kek cawan masak dengan sempurna 
  • Tunggu kek benar-benat sejuk sebelum dihias dengan cream cheese
 

CREAM CHEESE TOPPING

125 gm cream cheese
2 sudu besar butter
2 sudu besar gula icing ~ diayak
1 sudu kecil jus lemon atau pes lemon

Caranya:
  • Campurkan ke semua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu
  • Masukkan adunan dalam piping bag
  • Simpan sebentar dalam peti ais anggaran 15 ~ 20 minit 
  • Pipingkan atas kek yg telah sejuk tadi
  • Taburkan sedikit dengan parutan carrot 
  • Masukkan dlm peti ais semula supaya adunan cream cheese mengeras sedikit.

CARROT APPLE CAKE
By: Naz Can
Rujukan : Yatie


2 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
Secubit garam halus
1 cwn gula perang halus
1/2 cwn (atau kurang) gula castor
4 biji telur
1 cwn minyak jagung~di masak
100gm mentega ~ dicairkan
200gm lobak merah~ diparut
150gm apple hijau~ diparut
30gm hazelnut/walnut

Caranya:-
  • Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. 
  • Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
  • Masukkan kesemua bahan lain.
  • Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
  • Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. 
  • Tuang adunan.Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
  • Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.


CREAM CHEESE TOPPING

250gm cream cheese
4 sudu besar butter
1/3 cwn gula icing, diayak
1 sudu kecil jus lemon

Caranya:
  • Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. 
  • Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. 
  • Hias ikut kreativiti masing2. 
  • Dah siap masukkan dlm peti ais semula supaya adunan cream cheese mengeras sedikit.

Sunday, April 22

MENDONUT LAGI...


Assalamualaikum...

Kali ni nak men'donut' lagi lah pulak.. Buat donut ni mesti rasa tak puas nak makan terutama kalau ia menjadi elok, gebus dan lembut sangat. Dulu zue pernah buat menggunakan resepi ni DI SINI.. Actually resepi ni zue buat tak delah dapat banyak sangat bersesuaian untuk anak zue yang tak ramai ni..
Bahannya:
1 mangkuk tepung (sukat dengan mangkuk taufu fah panas)
1/2 peket mauripan (dilarutkan dalam air suam) ~ air jgn terlalu banyak
2 st marjerin
2 st susu pekat manis
2 st shortening (x letak pun tak per)
secubit garam (larut dalam air)
**gula castor/ aising ditabur/digolekkan 
                 atau
**coklat masakan ( dicairkan)
**badam goreng (ditaburkan)
Caranya:
  • Campurkan tepung gandum/marjerin/mauripan yang dah dilarutkan/susu manis dan shortening
  • Uli sampai sebati 
  • Masukkan air yang telah dilarut sedikit garam sehingga tepung menjadi doh dan tidak melekat di tangan (kalau terlebih air tambahkan tepung sedikit demi sedikit)
  • Biarkan doh naik (perap lebih kurang 1/2 jam)
  • Uli sekali lagi (untuk buang doh yang naik td)
  • Kemudian bulat-bulatkan untuk menjadi doh yang kecil-kecil
  • Pastikan acuan donut dan dulang disapu tepung gandum untuk mengelakkan donut melekat.
  • Terapkan donut menggunakan acuan untuk mendapatkan saiz yang sama besar
  • Panaskan minyak dengan api yang sederhana kecil.
  • Masakkan donut sehingga ia berwarna perang.
  • Angkat dan toskan.
  • Sedia digolek dalam gula aising/kastor atau dicelup dalam coklat masakan yang dicairkan dan ditabur badam


Wednesday, April 18

KEK LAPIS PANDAN KASTAD

Assalamualaikum...

Selamat malam.... Dah lama nak upload pic KEK LAPIS PANDAN KASTAD ni.. Tapi dek kerana kesibukan tugas terpaksa ditunda dulu. Malam ni sempat gak nak curi masa untuk upload. Malas nak cite panjang jom kita tengok resepinyer.. 


Bahan untuk kek :
  • 100 g tepung gandum*
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 50-60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
Caranya :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka. 
  2. Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan  gebu. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  3. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum dipotong kepada 2 atau 3 bahagian.

Bahan (A)
  • 180gm gula castor
  • 500ml air daun pandan
  • 10gm serbuk agar-agar

Bahan (B)
  • 400 ml santan pekat (zue guna dalam kotak)
  • 85gm tepung hoen kwee hijau
  • 1 st pewarna hijau
  • secubit garam
  • HIASAN ~ 1 cawan kelapa kering
Caranya:
  1. Hiris kek span kepada 3 bahagian dan ketepikan.
  2. Buatkan kastad dulu, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk dengan cara double boiler dan masak dia atas api yang sederhana sehingga gula hancur dan juga mendidih.
  3. Satukan bahan (B) ke dalam adunan (A) dan kacau rata atas api sehingga adunan menjadi pekat dan mendidih.
  4. Gunakan acuan bulat yang jenis loose tin atau bentuk kek span tadi.
  5. Letakkan satu kek span dalam acuan dan masukkan 1/3 adunan kastad tadi ke atas kek sehingga menyeluruh atau menutupi sekeliling kek tadi
  6. Ulang untuk lapisan kek yang kedua dan ketiga.
  7. Lastly hentakkan acuan 3 kali atas meja supaya kastad dibahagian bawah padat
  8. Sejukkan dulu baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. Keluarkan kek dari acuan dan sedia untuk disalut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa sendiri.

Wednesday, April 11

RAINBOW CAKE @ KEK PELANGI

Selamat malam..

Hari ni 11 April 2012 cuti pertabalan YDP Agong.. Kebetulan hari ni lak besday my lovely hubby.. So salah satu resepi yang duk aim naik buat dari dulu lagi ialah KEK LAPIS PELANGI. Alhamdulillah...akhirnya jadik ler projek membakingnya..
Gabungan kek ni bersama perisa dan cheesenya memang sedap betul. Actually ikut resepi ni ada 6 warna tapi zue buat 5 warna jer.. Lagi pun zue guna loyang 10 inci so ia agak besar dan nipis. Next time kena buat loyang kecik skit. 

Hari Isnin lepas kebetulan kat pasar malam area puchong ader jual strawberry.. terkejut jugak ader jual strawberry kat pasar malam.. murah lak tu..rm5 jer.. Apa lagi.. sapu jer lah..Next time tak yah nak panjat cameron lagi.. ^__^

Bahannya;
3 cawan tepung gandum
4 sk baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
 1 3/4 cawan gula castor
5 biji telur putih
2 sk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar
pewarna dan perisa ~ oren (oren sunquick), merah (rose),kuning (jagung), biru (vanila), unggu (yam)dan hijau (pandan)
Caranya:
  • Sediakan loyang 8 inci ~ Adalah lebih baik menggunakan 3 loyang yang saiz sama (lebih jimat masa)
  • sapukan loyang dengan butter dan alas loyang dengan baking paper.
  • sapukan baking paper dengan butter sekali.
  • Panaskan oven pada suhu 170c
  • Ayakkan tepung, baiking powder dan garam ~ Ketepikan
  • Dalam bekas lain, pukul butter dan gula sehingga kembang atau bertukar menjadi warna putih.
  • Masukkan telur putih dan pukul lagi sehingga gebu dan ringan.
  • Masukkan esen vanila 
  • Slowkan mixer, masukkan bahan yang dia ayak tadi berselang seli dengan susu segar sehingga habis.

  • Bahagikan adunan yang sama banyak dalam 6 bekas berasingan (Zue buat 5 bekas saje)
  • Pastikan timbang setiap adunan supaya ia sama tebal bila siap dibakar.
  • Letakkan pewarna bersama perisa dalam setiap bekas dan gaul rata.
  • Masukkan dalam loyang
  • Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170'c pada rak paling bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15-20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
  • Bila dah masak, sejukkan atas redai
  • Ulang kaedah yang sama untuk adunan yang lain sehingga menjadi 6 lapisan
Kek jangan ditindih bersama-sama kerana kek ni mudah melekat so ia akan comot nanti

Cream Cheese 

Bahannya:
250 gm cream cheese
120 gm butter
120 gm gula
120 gm whipping cream

Caranya:
  • Pukul semua bahan dalam mixer sehingga ringan dan gebu.
  • Sedia digunakan
Cara untuk melapis
  • Mulakan dengan satu lapisan warna kegemaran
  • Sapukan sedikit cream cheese dan ratakan.
  • Ulang langkah seterusnya sehingga lapisan terakhir.
  • Lapisan terakhir perlu ditebalkan bahagian atas dan juga kemaskan keseluruhan kek dengan cream cheese disekeliling kek tersebut.
  • Hias kek mengikut kreativiti sendiri.

Sunday, April 8

CUCUR UDANG TEMBAM

Salam pagi Ahad..

Dah lama rasanyer tak update blog.. Semalam godek-godek dalam mr goggle cari resepi untuk menu pagi Ahad ni, Zue terjumpalah CUCUR UDANG TEMBAM versi CMG. So pagi ni terus turun bersilat kat dapur buat ler untuk bekpas. Alhamdulillah dah siap terus snap untuk blog.

Resepi CMG ni, zue dapatlah 5 biji cucur udang yang montok-montok. Memandangkan anak-anak zue ni tak ramai so kira dah terlebih cukup untuk bekpas pagi ni.. Jom Layan resepi yang dicopy paste daripada CMG ni..


Bahannya:

2 cawan tepung gandum 
1/2 camca besar instant yeast (mauripan) 
1 3/4 cawan air (agak-agaklah) 
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil) 
5 pokok kuchai (cuci dan kerat2) 
1 pokok daun bawang (hiris )
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam 
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel (takut meletup dalam kuali nanti)
Caranya:

  • Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. 
  • Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikit).
  • Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.
Gunakan senduk yang sederhana besar dan sedikit dalam.

UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- 

  • Panaskan minyak untuk goreng terendam (minyak yang banyak)
  • Panaskan senduk mungkuk bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. 
  • Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. 
  • Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan garfu untuk menanggalkan cucur udang tadi.
  • Ulangi proses membuat sehingga selesai. 
  • Goreng hingga kuning keemasan atau sehingga masak. 
  • Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. 
  • Boleh hidangkan bersama sos lada.

Untuk sos lada Zue lebih suka campurkan sos cili thai bersama sos keropok leko. Untuk resepi sendiri boleh rujuk daripada blog CMG.

Thursday, April 5

JUS DURIAN BELANDA

Assalamualaikum... Selamat Pagi...

Cuti weekend lepas Zue balik penang, hari isnin balik ke Kl. Otw balik singgah kat Tapah sebab nak beli jambu tapi ternampak buah durian belanda punyalah banyak. Harganyer rm12 sekilo. Kena peram dulu, sehari dua masaklah. Semalam balik dari keje dengan semangat berkobar-kobar terus turun ke dapur untuk   buat jusnya. Sementara cahaya matahari petang still ader.. so apelagi yang memang zue dah target untuk photoshoot buat blog.. Kalau ambik gambar malam..kureng lak cantiknyer..


Di sini zue nak share khasiat buah durian belanda yang di ambil DI SINI.

Di Malaysia ia dipanggil Durian Belanda, di Brazil ialah 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana', bagi Indonesia buah Sirsak dan untuk bahasa Inggeris ialah 'Soursop'.

Buah Durian Belanda atau Soursop merupakan pembunuh semulajadi bagi sel kanser iaitu dengan 10 ribu lebih kuat daripada terapi kemo. Antara kelebihan yang lain ialah dari segi perubatan, ia memberi kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat. Selain daripada itu, ia sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan pelbagai jenis parasitdan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, stress dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. 

Bahannya:
Buah Durian Belanda
Gula
Air
Ais batu

Caranya:
  • Kupas kulit buah durian belanda, buangkan bijinya dan masukkan dalam blender
  • Masukkan sekali gula, air dan ais batu
  • Sedia diblend sehingga hancur
  • Sedia diminum

 

Designed By Izza sakura