Wednesday, September 28

MAKARONI CHEESE BAKAR....Sodap...!!!



Kebetulan besday anak sepupu kat Gombak, auntie zue hidangkan macaroni cheese bakar. 1st time makan memang jatuh cinta. Sampai menambah banyak kali tapi nasib baik umah aunti sendiri klu tak mesti malu.. Pastu zue risik-risik resepinya. Alhamdulillah, aunti zue ni jenis tak kedekut ilmu. So time open house kat umah zue tempohari zue buatkan macaroni cheese ni. Yang syoknyer ramai puji sedap dan ada yang siap tempah untuk jamuan hari raya kat opis. 


Actually nak buatnya memang menggunakan bahan-bahan yang agak mahal so nak letak harga mahal-mahal tak sampai hati so zue letakkan harga yang patut-patut jer lagipun barang-barang yang buat macaroni cheese masa open house baru-baru ni still ada so zue perabiskan untuk tempahan member dan bila nak caj tak delah mahal sangat... yang selebihnya kira sedekah bulan syawal..


Antara bahan yang digunakan untuk buat Macaroni cheese bakar


Bahan-bahannya :
250gm macaroni (rebus hingga lembut dan toskan)
200gm daging kisar (zue guna Ramli Burger)
sedikit minyak untuk menumis
1 ulas bawang putih (cincang halus)
2 biji bawang besar holand (potong dadu)
1 tin kecil susu krimer pekat (pure milk) - zue guna jenama nestle
1 paket sosej
2-3 batang daun saderi
1 batang lobak merah
1 biji buah tomato
1 biji capsicum
sedikit garam dan gula (secukup rasa)
sedikit oregano dan pasley kering

Sos Putih 
4 sb butter
2 sb tepung gandum
800 ml susu cair



CARA MEMBUAT SOS PUTIH
1. Masukkan butter, susu penuh krim dan tepung gandum.
2. Kacau sehingga menjadi agak pekat.

Tabur atas macaroni
2 biji telur
Mozarela Cheese




Cara :
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah
2. Masukkan daging kisar, kacau hingga daging masak
3. Tambah susu krimer (pure), kacau lagi (zue bli kat giant jenama nestle )
4. Masukkan sayur-sayuran yang dipotong seperti lobak merah, daun saderi bersama sosej yang dipotong.
5. Masukkan macaroni yg telah direbus, gaul rata
6. Tambah garam, gula, pasley dan oregano kering
7. Kacau sehingga rata
8. Masukkan kedalam bekas yg boleh dibakar
9. Tuangkan sos putih di atas macaroni tadi 
7. Pukul telur, curahkan ke atas macaroni
8. Bakar selama 10 minit dan keluarkan
9. Taburkan cheese sehingga menutup macaroni
10.Bakar lagi sehingga cheese cair selama 10 minit.

Sunday, September 25

JUS AVOCADO bersama MILO.. menyelerakan...

Hari jumaat lepas zue ke chow kit, banyak betul buah-buahan di sana.. Antara yang menggoda diri zue adalah buah avocado. Sekilo RM7.. Agak murah... saiz pun besar berbanding di Giant RM2.29 sebiji dengan saiz yang sedikit kecil.. Actually zue paling suka ke chow kit, selain murah dari segi buah-buahan, lauk basah pun boleh didapati dengan harga murah.. dan zue akan pergi pada hari jumaat memandangkan hari sabtu dan ahad cuti so nak masak pun 'rajin'lah..



UOLS pernah minum tak air avocado bersama milo?.. ni yang specialnyer.. memang yummy.. kalau tak percaya boleh trylah.. nak buat pun tak susah just campak-campak untuk blend jer..Kat sini zue share kan resepi rekaan zue sendiri..


BAHAN-BAHAN:

2 biji buah avocado
2 Gelas air
4 sb gula castor
6 ketul ais batu

2 sb milo
sedikit air

CARANYA:

Buah avocado dipotong untuk diblend. 
Masukkan sekali air, gula castor dan ais batu.
Blend sehingga hancur

Bancuhkan milo bersama sedikit air

Tuangkan bahan-bahan yang diblend tadi ke dalam gelas. 
Di atasnya curahkan milo bancuh tadi

SEDIA UNTUK DIMINUM SEJUK-SEJUK




Buah kiwi dan mangga tu hiasan semata-mata...^__^

DI SINI ZUE NAK SHAREKAN KELEBIHAN 
BUAH AVOCADO NI..


 1.Pencegahan Barah Prostat
Avokado telah ditunjukkan menghalang pertumbuhan barah prostat.

2.Pertahanan Kanser Mulut
Penyelidikan telah membuktikan sebatian-sebatian tertentu itu dalam avokado dapat untuk mencari pra kanser mulut berkanser dan berkanser sel-sel dan memusnahkan mereka tanpa membahayakan sel-sel yang sihat.

3.Perlindungan Kanser Payudara
Avokado, seperti minyak zaitun, adalah tinggi dalam asid oleik, yang telah ditunjukkan boleh mencegah kanser payudara dalam banyak kajian. 

4.Kesihatan Mata
Avokado mempunyai lebih lutein karotenoid daripada mana-mana buah. Lutein melindungiterhadap kemerosotan makula dan katarak, juga menghalang penyakit-penyakit mataberkaitan umur. 

5.Kolesterol Lebih Rendah
Avokado adalah tinggi dalam sitosterol beta, satu sebatian yang telah ditunjukkan untuk kolesterol lebih rendah. Dalam satu kajian, 45 orang sukarelawan mengalami satu kejatuhan sederhana dalam kolesterol 17% selepas memakan avokado untuk sekadar seminggu.


6.Kesihatan Jantung 
Secawan avokado mempunyai 23% folate. Kajian menunjukkan seseorang yang berdiet kaya dalam folate mempunyai satu kekerapan lebih rendah penyakit jantung daripada mereka yang tidak. Vitamin E, lemak monounsaturated, dan glutation dalam avokado juga bagus untuk hati.

7.Pencegahan Strok
Tahap tinggi folate dalam avokado juga mempunyai hanya satu risiko strok lebih rendah daripada mereka yang tidak mengamalkn pengambilan avocado.


8.Penyerapan Zat Lebih Baik 
Penyelidikan telah menemui nutrien tertentu itu adalah diserap lebih baik apabila dimakan dengan avokado. Dalam satu kajian, apabila peserta-peserta makan salad mengandungi avokado, mereka diserapkan lima kali jumlah karotenoid (sekumpulan nutrien yang termasuk likopena dan beta karoten) daripada mereka yang tidak memasukkan avokado.


9.Sumber Glutation 
Avokado ialah sumber terbaik glutation, satu anti pengoksida penting. Penyelidik-penyelidik berpendapat itu adalah penting dalam mencegah penuaan, kanser, dan penyakit jantung.


10.Penjana Vitamin   E 
Avokado sumber vitamin E paling baik,ia merupakan satu vitamin penting yang melindungi terhadap banyak penyakit-penyakit dan bantuan memelihara kesihatan secara keseluruhan.

Sumber rujukan : healthdiaries.com

Thursday, September 22

FRUIT TAT with WHIPPING CREAM... menyelerakan





Kebiasaanya zue makan fruit tat yang diperbuat daripada kastad tapi kali ni saja nak ubah selera zue tukarkan kastad kepada whipping cream..(sedikit kelainan) Resepi yang agak mudah dan sedap ni adalah salah satu daripada menu dessert open house zue tempohari. Tapi tak sempat ambik pic memandangkan telampau sibuk. Kebetulan whipping cream tempohari adalagi so semalam zue buatkan lagi hari ni..




Shell tat ni still zue gunakan resepi yang sama untuk buatkan shell cheese tat tempohari. Untuk resepinya disini. Memang sedap shellnyer di gabung pulak dengan inti whipping cream bersama buah-buahan. Kebiasaan orang akan menggunakan buah seperti strawberry, kiwi dan manggo. Tapi disebabkan zue mencari strawberry satu puchong hari tu tak jumpa so zue gantikan dengan buah dragon fruit kaler merah dan kaler putih. Kira ok lah tu kan..

Bahan-bahan:

Buah kiwi
Buah Dragon Fruit putih dan merah / buah strawberry
Buah mangga
* Semua fruit ikut citarasa sendiri
Shell tat
Whipping cream



Caranya:-

Pukul Whipping cream sehingga kental dan masukkan dalam peti ais lebih kurang 2 jam.
Potong buah-buahan ikut kesesuaian.
Masukkan whipping cream yang di dalam piping beg bersama nozzle saiz 845 (saiz macam bintang gitu)
Pipingkan atas shell tat dengan cara lingkaran membulat dari bawah ke atas. (seperti aiskrim)
Hiaskan buah-buahan potong tadi.

Monday, September 19

MAKARONI SUP TOMATO





Sabtu minggu lepas zue buat open house kat umah. Rasa cam penat tak hilang lagi ni so tu yang malas nak update my blog ni. Tapi sayang gak kalau tak up date, nanti nice pic banyak dikumpulkan tanpa di upload.. lama-lama jadi basi lak.. tak ter upload. So dengan sedikit kerajinan hari ni zue upload kan pic dan resepi yang zue buat ni.

Actually ni adalah resepi turun temurun keluarga suami. Biasa kita makan macaroni sup biasa ajer kan.. Kali ni zue nak sharekan resepi makaroni sup tomato yang ada sos kimball dan sup tomato heinz. Tq buat En Hubby yang sharekan resepi ni...
Bahan-bahan:-

1 bungkus macaroni 
1/2 tin tomato puree 
2 tin sup tomato jenama heinz
3 sudu sos cili
2-3 biji kentang
3 batang saderi
2 batang carrot dipotong halus-halus
seketul tulang gear box (nak guna tulang daging/ayam saja pun boleh)
3 biji bawang putih, 5 biji bawang merah dan sedikit halia
3 sekawan (cengkih, kayu manis dan buah pelaga)
sedikit daging ayam dipotong kecil-kecil
1 sb rempah sup adabi dicampur sedikit air
garam, gula dan ajinomoto secukup rasa

Hiasan
daun sup 


Cara-caranya:
  • Masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. 
  • Masukkan rempah sup yang di campur sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak
  • Kemudian masukkan air separuh daripada periuk.
  • Masukkan ubi kentang, carrot dan ayam yang dipotong kecil-kecil bersama tulang gear box tadi. Masak sehingga daging pada tulang tersebut agak masak.
  • Masukkan tomato kimbal, sos cili bersama tomato sup jenama heinz. 
  • Masukkan juga batang saderi yang dipotong kecil-kecil (atau apa-apa sayur pilihan sendiri)
  • Lastly masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.
Cara menghidang
  • Masukkan makaroni kemudian letakkan kuah sup dan hiaskan dengan daun sup..
  • Pastikan masam, masin dan manis secukup rasa..baru sup tersebut betul-betul sedap...

Thursday, September 15

CHILLED MANGO CHEESE KEK

Alhamdulillah jadik jugak zue punya cheese kek.. Rasa happy sangat-sangat..Dulu pernah buat tapi kureng menjadi walaupun rasanya sedap sebab kek nya tak keras jadi ala-ala   aiskrim gitu dan mungkin resepi yang zue ambik dulu rasanya terlalu banyak cecair. 

Actually zue buat manggo cheese kek ni atas permintaan opismate yang nak suruh zue buatkan cheese kek semperna Jamuan Hari Raya kat opis. Terfikir 2 kali nak buatkan nya.. Teringat takut tak jadi..atas pengalaman lalu dan memandangkan oven zue rosak dari hari raya ari tu lagi dan tak boleh membaking..so nak buat yang jenis bakar membakar ni memang tak boleh.. tapi terfikir jugak, kakak zue pernah buat manggo cheese kek ni.. So zue tanya kakak ambik resepi mana..  dia kata resepi Mat Gebu.. so zue search dalam mr goggle jumpalah resepi ni.. so zue share kat sini... TQ CMG..


Memandangkan kan opis zue ni ramai orang so zue doublekan resepi ni..untuk resepi asal di sini.


BAHAN-BAHAN:-
200 gm biskut marie
60 gm mentega di cairkan
500 gm krim cheese
100 gm gula halus
2 sb gelatin dicairkan + sedikit air dan dipanaskan dlm mikrovawe
300 ml whipping cream
3 biji buah mangga ranum (1 potong dadu isinya, 2 diblendkan )


Biskut marie dihancurkan (blend ngan blender kering), kemudian masukkan mentega yang di cairkan atas dapur dan kacau sehingga boleh kepal. Kemudian masukkan dalam tin springform berukuran 10 inci  dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer selama 3-4 jam.
Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree mangga tadi dan kacau sehingga rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.


Gelatin di bancuh bersama air suam, dan dimasukkan dalam mikrovawe. Kacau sehingga tidak berketul atau sehingga jernih. Kemudian tuangkan  ke dalam adunan cheese tadi, kacau sehingga rata dan menjadi sebati.

Masukkan 1/2 dari buang mangga yang didadu tadi, gaul rata. Tuang lagi adunan yang selebihnya (selang seli dengan buah mangga) 
    Simpan dalam freeze selama 3-4 jam. Kemudian keluarkan untuk diletakkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau sehingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah mangga dan hidangkan.
***Take Note***
  • Masa nak keluarkan kek dari loyang, basahkan tuala  dapur dengan air suam dan pekap keliling loyang sehingga kek menjadi sedikit longgar. 
  • Untuk potong kek, panaskan pisau atas api sekejap..(untuk hasil keliling yg cantik)
  • Adalah lebih sedap dimakan sejuk-sejuk..(Baru keluar dari peti ais)

Thursday, September 8

PULUT KUNING bersama RENDANG AYAM dihari Lebaran


Rasa cam dah lama tak menghupdate my blog ni.. Almaklum buzy balik Kampung.. Cuti lak lama kali ni.. dalam 1 minggu..bila balik kampung dah lupa dunia blogging ni almaklum seronok jumpa adik beradik dan sedara mara.. Lagipun zue balik 2 kampung.. Ikutnya tahun ni turn balik Penang (sebelah suami) tapi memandangkan cuti ni panjang so ari raya ke3 balik lak ke Terengganu melalui Grik.. Memang jauh perjalanan bertambah lak ngan jem lagi.. bayangkan kan bertolak pukul 12 tengahari sampai pukul 12.30 tengah malam.. Kat Tanah Merah tu yang jadi punca jem sangat-sangat..4 jam duk atas jambatan tanah merah.. kereta tak bergerak langsung... Tapi bila lalu tempat punca jem tu cam tak de menda pun.. Mungkin ramai orang balik so kereta banyak yang jadi agak sesak..


Hari ni zue nak entrykan resepi PULUT KUNING yang dibuat pada hari raya ke5.. Actually PULUT KUNING yang dibuat ni, zue buatkan 2 jenis lauk iaitu rendang ayam dan gulai ayam..tapi disini zue sharekan resepi rendang ayam.


Bahan-bahan (untuk 5 orang) 

  • 1/2 kg beras pulut dicuci dan direndam bersama 2 keping asam gelugor + 1 sk serbuk kunyit (Asam Gelugor ~untuk mencantikkan kaler kuning kunyit tu)
  • Rendam beras tadi selama 1-2 jam
  • 300ml santan pekat + 1/2 sk garam + sedikit gula


CARANYA:-

1- Panaskan periuk kukusan sehingga mendidih airnya.

2- Letakkan jala/kain yang nipis supaya beras tidak jatuh dalam lubang kukusan.

3- Masukkan beras pulut yang direndam tadi dengan toskan airnya terlebih dahulu ke dalam periuk kukusan yang dilapik kain/jala tadi.

4- Kukus sehingga separuh masak selama 15-20 minit

5- Keluarkan pulut tadi ke dalam bekas lain dan curahkan santan pekat tadi sambil kacau dengan perlahan untuk meratakan santan tersebut.

5- Kukus semula pulut tersebut selama 10-15 minit lagi atau sehingga masak.  

RENDANG AYAM

Bahan-bahan(5 orang)
1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil
Bahan-bahan untuk diblendkan
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia hidup
  • 4 sb Cili Boh/ Lada Kisar/ Lada giling
  • 2 batang serai dititik
  • 2 helai daun limau purut dipotong halus-halus
  • 2 helai daun kunyit dipotong halus-halus
  • 2 sb kerisik
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya
  • Tumiskan bahan yang diblend tadi ke dalam minyak sehingga naik bau
  • Masukkan santan ke dalam tumisan tadi dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan ayam bersama hirisan daun limau, daun kunyit, kerisik, gula dan garam. 
  • Masak ayam hingga empuk dan agak pekat.
 

Designed By Izza sakura