Monday, December 20

Donut Gebuss...




Kenapa dipanggil Donut Gebuss.. sebab selama ni aku buat donut mesti leh baling (betapa kerasnyer).. so bila aku dpt resepi ni aku terus buat n hasilnyer memang gebu dan lembut.. sampai petang still lagi terasa lembutnya.. so aku sharekan resepinya disini..

Bahan-bahannya :
1 mangkuk tepung gandum (sukat guna mangkuk tahu panas/taufu fa) Agak-agak je....nak lebih pun xpe...
1/2 peket mauripan larutkan dengan air suam... (air jgn byk sgt)
2 sudu teh marjerin
2 sudu teh susu pekat manis
2 sudu teh shortening (xde pun xper)
secubit garam larutkan dalam air.
gula kastor utk ditabur/digolek




Cara menguli :

1. Campurkan tepung gandum + marjerin + mauripan yg telah
larut + susu manis + shortening.
2. Uli sampai sebati..masukkan air yg telah dilarutkan garam sedikit
demi sedikit sehingga tepung tadi menjadi doh dan tidak
melekat di tangan. (kalau terlebih air,tambahkan tepung
sedikit demi sedikit)
3. Biarkan doh naik..(lebih kurang 1/2 jam)
4. Uli sekali lagi (buang angin doh yang dah naik td) kemudian
bulatkan-bulatkan untuk dijadikan doh yang lebih kecil.
5. Tapi pastikan acuan donut dan dulang disapu tepung gandum
untuk mengelakkan donut melekat.
6. Cetak menggunakan acuan donut utk dapatkan kulit yg cantik
dan saiz yg same besar....(sy guna acuan yg kecil)
7. Panaskan minyak dengan api yang sederhana kecil, supaya
donut tadi tidak hangus dan masak di dalam. Agak-agak donut
dah berwarna keperangan, angkat dan toskan.
8. Bolehlah, di tabur/golek dengan gula kastor...

Friday, December 17

Panduan membuat cheese kek

1. Keluarkan krim keju, 1 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.
2. Gunakan jenis krim keju Philadelphia (ketul) @ apa2 aje brand, bukan jenis spreadable (dalam botol).
3. Gunakan kaedah water-bath,steam bake atau bain marie (caranya sama tapi ada nama berlainan). Caranya, sediakan loyang lebih besar saiznya dari tin kek.Masukkan air 1/4 bahagian dan masukkan tin kek atasnya. Masuk dalam oven dan bakar.
4. Gunakan suhu yang perlahan iaitu 160 darjah celcius dan bakar selama 1 1/2 jam hingga 2 jam.
5. Untuk tin pembakar, gunakan springform atau loose tin supaya mudah dikeluarkan. Jika tiada, boleh gunakan acuan biasa tetapi lapik dengan plastic wrap agar mudah dikeluarkan (utk cara dingin).
6. Jangan putar keju dan gula terlalu kembang kerana overbeat boleh sebabkan kek retak atau mendap apabila keluar dari oven.Kek keju tidak perlukan udara yang banyak.
7. Setelah 1 1/2 jam, cucuk kek di bahagian tengah dengan lidi untuk pastikan ia telah masak. Jika lidi masih ada adunan melekat, bakar untuk 30 minit lagi.
8. Jika permukaan kek sudah overbrown ( terlalu perang), tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar semula.
9. Setelah kek masak, tutup api oven dan biarkan kek selama 30 minit.Jangan alihkan bekas airnya.Ini untuk mencegah kek mendap kerana perubahan haba.
10. Keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.
11. Untuk kek jenis dingin,gelatin adalah bahan yang digunakan untuk setkan kek (mengeraskan kek). Cara membuatnya ialah,didihkan air dan masukkan gelatin.Angkat dari api dan kacau hingga gelatin hancur dan menjadi cair. Sejukkan sebentar sebelum dicampurkan dengan keju.
12. Whipping cream yang digunakan pula adalah jenis Dairy Whipping Cream (apa-apa jenama) yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream. Jangan gunakan Non-Dairy Whipping Cream (for topping), ianya hanya untuk hiasan atas kek.
13. Setelah bahan-bahan dibancuh, tuangkan atas kek span atau biscuit crust dan simpan dalam peti sejuk (chiller) untuk 4 - 5 jam sehingga keras. Untuk cepatkan proses mengeras, simpan 1 -
2jam dalam freezer (tempat beku) kemudian alihkan ke tempat chiller

Tauhu Fah


Tauhu Fah adalah resepi yang paling mudah untuk dibuat..

300 g. kacang soya (dicuci)
3 l air
125 ml. air panas
1½ camt. serbuk GDLB
2 camB. tepung jagung
Cara:
1 Rendam kacang soya selama semalaman. Tuskan dan buangkan kulitnya. Kisar soya dengan 1 liter air kemudian letak di dalam kain muslin dan perah ke dalam periuk.

2 Kisar semula hampas soya dengan baki air. Perah sekali lagi menggunakan kain tadi.

3 Larutkan air panas dengan serbuk GDLB (boleh didapati di kedai Bake Yin). Biar sejuk kemudian campur dengan tepung jagung. Tapiskan ke dalam periuk besar.

4 Jerang air soya hingga menggelegak. Tuangkan segera (hendaklah menuangkannya pada paras tinggi) terus ke dalam campuran tepung jagung. Jangan kacau tetapi buangkan buih yang terapung.

5 Bungkus penutup dengan tuala tebal, tutup periuk dan biar hingga ia keras, kira-kira 1 jam.



Sedikit hancur sebab tauhu fah memang lembut.







sedia untuk dimakan bersama air gula melaka (nisan)

Baking Glossary

All Purpose Flour (Tepung gandum serbaguna)
Tepung gandum protin sederhana yang sesuai untuk membuat pelbagai jenis masakanseperti kuih-muih, kek dan sebagainya.

Batter
Adunan tepung yang telah dicampur air atau susu.Ia berbentuk cecair.

Bake (bakar)
Memasak makanan mentah dalam ketuhar menggunakan haba kering.

Baking Powder (serbuk penaik)
Agen penaik yang digunakan untuk membuat kek,biskut, roti dan lain-lain.Double action baking powder bertindak 2 kali lebih kuasa dan sesuai untuk produk kukus supaya
naik dengan lebih cantik.Sesuai juga untuk produk bakar.

Baking Soda (soda bikarbonat)
Sejenis kimia beralkali yang digunakan untuk membuat kek atau kuih yang berasid seperti kek pisang, kek lobak ,buah-buahan, koko, madu , gula hangus dll.Ia menutralkan asid dan menjadikan kek ringan dan kembang.

Bain-Marie
Juga disebut Water Bath @ Steam Bath. Kita meletakkan satu dulang berisi air dibawah tin kek.Kedua-duanya dimasukkan sekali ke dalam ketuhar. Dengan cara ini,kek masak perlahan dari haba air dan tidak berkerak. Sesuai untuk memasak kastad dan kek keju.

Bread Improver - Bahan pembaik doh yang menjadikan roti tahan lama,lembut dan sedap.

Bread Softener
Bahan serbuk putih yang memberi lebih kelembutan pada kek. Untuk roti komersil, kedua-dua bahan ini dimasukkan dalam adunan roti.

Buttercream (krim mentega)
Sejenis krim dimana mentega dipukul bersama gula aising atau sirap gula hingga menjadi ringan dan gebu. Kemudian ia digunakan untuk menyalut kek.

Buttermilk (susu masam)
Jarang didapati di pasaran tempatan.Buttermilk dibuat dari susu segar yang dipanaskan dan dicampurkan 1 sudu teh cuka atau jus lemon. Kacau dan biarkan 5 minit hingga ia pekat seperti yogurt.

Chemical Leavening (bahan penaik kimia)
Digunakan dalam industri bakeri untuk menghasilkan produk yang gebu, ringan dan naik dengan cantik. Bahan penaik ini terdiri dari soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk krim tartar.

Cream of Tartar (serbuk krim tartar)
Garam dari asid tartarik yang digunakan untuk menstabilkan putih telur yang telah dipukul
dan juga digunakan sebagai bahan penaik dalam kek.

Coklat Couverture
Coklat semulajadi yang manis dan bermutu tinggi. Ia tidak mengandungi lemak campuran.

Cooking chocolate (coklat masakan)
Coklat jenis ini sering digunakan dalam indusri bakeri. Ia mudah beku pada suhu bilik dan sering digunakan untuk saduran biskut atau sebagai ganache pada kek.

Cupcakes (kek cawan)
Kek kecil yang diisi dalam cawan kertas dan dibakar dalam tin pembakar muffin. Adunan kek cawan boleh dibuat dari kek span, kek mentega atau muffin.


Creaming (mengkerim)
Proses memukul mentega dan gula hingga menjadi gebu dan putih . Kaedah ini dilakukan untuk membuat kekmentega.

Confectioners Sugar (gula aising)
Gula paling halus seperti serbuk yang telah ditambah sedikit tepung jagung. Gula jenis ini sering digunakan untuk membuat krim mentega dan lain-lain jenis aising.

Chiffon Method (Kaedah Sifon)
Kaedah membuat kek dimana putih telur dan sebahagian gula dipukul hingga kental.Kemudian disatukan dengan bahan-bahan lain.

Coco Butter (mentega koko)
Lemak putih yang didapati dari coklat semulajadi dan digunakan untuk mengurangkan kepekatan coklat.

Double Boiler
Mencairkan coklat, mentega atau krim keju dengan menggunakan haba dari air yang panas. Caranya ialah panaskan air di dalam sebuah periuk atau kuali. Letakkan mangkuk atau periuk kecil berisi coklat diatasnya. Kacau hingga coklat cair.

Decorating Tips
Sejenis alat seperti acuan untuk menghias kek.Ia diperbuat dari logam dan berbentuk kon. Alat ini dimasukan ke dalam beg piping dan isikan krim mentega . Picit mengikut bentuk disukai.

Emplex
Bahan perangup biskut yang berbentuk serbuk putih. Dijual di kebanyakan kedai bahan kek.

Egg Wash @Glaze
Telur yang dicampur sedikit susu atau air dan disapu atas roti dan pastri untuk menjadikan permukaannya kekuningan dan berkilat.

Fondant (Fondan)
Doh lembut yang diperbuat dari gula aising, gelatin, gliserin dan ditambah perisa.Digunakan untuk membalut kek perkahwinan atau pertunangan.

Fermentation (fermentasi)
Tempoh masa diberikan kepada adunan beryis sebelum dibahagi, dibentuk dan dibakar.Proses ini berlaku apabila enzim yis menyuraikan gula untuk menghasilkan karbon
dioksida dan menghasilkan buih-buih udara yang menyebabkan doh
mengembang. Dua kali fermentasi diperlukan untuk membuat roti atau pau.

Gluten (glutin)
Protin yang terkandung dalam tepung gandum. Apabila dicampur air dan diuli, glutin akan terbentuk dan memberi struktur kenyal dan elastik.

Glucose Syrup (Sirap glukos)
Sejenis gula komersil yang berupa seperti sirap gula dan bewarna jernih.Ia tidak akan menjadi keras dan sesuai untuk industri makanan. Ia juga dikenali sebagai dextrose.

Gelatin
Adalah sejenis bahan pemekat dan pembeku yang digunakan untuk membuat kek keju, mousse dan lain-lain. Jelatin halal dari Pakistan dibuat dari bahan tumbuhan.Berupa seperti serbuk gula tetapi bewarna sedikit perang.

Genoise Cake (Kek Genoise)
Kek ringan dan lembut diperbuat dari tepung gandum,gula, telur mentega dan vanila.Teksturnya seakan kek span. Berasal dari Genoa, Itali dan resipi ini popular di Amerika dan Eropah.

Ganache
Salutan kek yang diperbuat dari coklat. Susu dipanaskan hingga mendidih.Angkat dari api dan masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil. Gaul dengan sudu hingga coklat cair. Kemudian bolehlah tuang atas kek.

Glyserin (gliserin)
Sejenis cairan jernih seperti sirap yang diperbuat dari lemak dan minyak. Berfungsi untuk memberi dan mengekalkan kelembapan pada kek ataupun fondant.

Golden Syrup (sirap emas)
bahan sampingan dari proses penapisan gula. Ia bewarna keperangan dan pekat.Rasanya seakan gula hangus.

Mousse
Inti atau filling yang diletakkan diantara dua kepingan kek. Ia diperbuat daripada krim putar, gelatin dan buah-buahan kisar. Kek ini enak dimakan sebagai pencuci mulut dan perlu disejukkan.

Marzipan
Pes yang diperbuat dari serbuk badam, gula dan putih telur. Ia dijadikan doh yang lembut dan dibentuk menjadi buah-buahan dan lain-lain untuk hiasan atas kek.Juga boleh digunakan untuk membalut kek.

Piping Jelly (Jelli hiasan)
Sejenis gel manis yang lutsinar dan boleh diwarnakan untuk hiasan atas kek atau untuk memaip tulisan.

Piping Bag
Beg berbentuk segi tiga daripada plastik atau kertas yang digunakan untuk mengisi aising.

Petits Fours
Makanan manis yang kecil-kecil, cantik dan berhias aising. Selalunya dihidangkan selepas waktu makan.

Preheat
Memanaskan ketuhar atau pengukus kepada suhu tertentu sebelum memasukkan makanan.

Royal Icing (Aising Royal)
Aising yang diperbuat dari putih telur, air, gula atau krim tartar. Ia pekat seperti aising mentega dan boleh diwarnakan. Ia boleh menyalut kek , membuat bunga atau untuk corak atas kek fondan.

Room Temperature (Suhu Bilik)
Suhu kebiasaan bagi dapur.

Stabilizer (penstabil)
Bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam adunan kek bagi menghalang pemisahan bahan seperti air dan lemak. Ovalette adalah contoh penstabil.

Super Sponge
Bahan emulsi dan penstabil yang digunakan dalam pembuatan kek span supaya kek span sentiasa gebu. Nama lain bagi super sponge ialah ovalette, Quick 75, TBM dan lain-lain. Bahan ini dalam bentuk pes bewarna oren.

Sugar Paste (Pes Gula)
Bahan yang diperbuat dari gula aising,tepung jagung dan gelatin. Bahan ini diuli menjadi doh lembut dan boleh dibentuk menjadi bunga, kotak dan lain-lain. Ia keras dan tahan lama. Sesuai untuk hiasan atas kek fondan.Nama lain ialah gum paste atau
pastillage.

Shortening
Sejenis lemak putih yang terhasil dari pemprosesan kelapa sawit.Digunakan dengan meluas dalam pembuatan roti dan pastri untuk melembutkan atau merangupkan produk.

Self-raising Flour (Tepung Naik Sendiri)
Tepung gandum serbaguna yang telah dicampurkan serbuk penaik dengan kadar tertentu. Anda tidak perlu mencampurkan serbuk penaik lagi.



Springform Pan
Tin atau acuan bentuk bulat yang boleh dibuka di bahagian tepi dan dasarnya. Ia sesuai untuk membuat kek keju kerana mudah dikeluarkan.

Whipping Cream (Krim Putar)
Diperbuat dari krim pekat, gula dan ada bahan penstabil agar produk tetap gebu selepas diputar. Whipping Cream for Topping lebih sesuai untuk menyalut kek. Manakala Dairy Whipping Cream lebih sesuai dicampurkan dalam masakan.

Turntable (meja berputar)
Sejenis alat berbentuk bulat dan berkaki, yang digunakan untuk meletakkan kek dalam proses menghias kek. Alat ini diperbuat dari besi, kayu atau plastik. Ia boleh diputar untuk memudahkan kerja menghias kek.

Tempering
Proses mencair dan menyejukkan coklat kepada suhu tertentu, untuk digunakan bagi menyalut kek atau membuat produk dari coklat.

Yeast (Yis)
Sejenis organisma hidup dalam keluarga kulat (fungus). Ia perlukan udara, kelembapan dan gula untuk hidup.Di pasaran ada dijual yis kering dan juga yis basah. Untuk mempercepatkan proses yis mengembang, ia perlu diletakkan di tempat hangat. Yis digunakan dalam pembuatan roti, pau dan kuih-muih.

Wednesday, December 15

American Moist Cheese Cake


1st time tengok resepi ni cam easy je ( X PERLU BAKAR CUMA KUKUS SAJA) so trylah buat.. Actually, resepi ni di ambil daripada FB KONGSI RESEPI.. ..alhamdulilah memang jadi dan sedap sangat..resepi cheese yang paling mudah dan murah..

Bahan2:
2 biji telor (pukul sahaja tak perlu kembang)
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
2 cawan gula castor
1 cawan minyak masak(minyak jagung lg elok)
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh baking powder
esen vanila
secubit garam
cara2:
ayak tepung,soda,baking powder sekali harung,2x lg afdal.
masukkan bahan2 ikut aturan seperti diatas n tapis supaya tak berketul2 nanti..

bahan2 cheese:
250gm cream cheese
1 biji telor
1/2 cawan gula
1 sudu mkn lemon jus
cara2:pukul semua bahan sampai kembang..bila kek coklat dah masuk loyang,baru tuang adunan cheese tadi keatasnya,n kukus sampai masak...


Tuesday, November 30

Ubi Kayu Goreng



Memandangkan sekarang musim hujan so aku lebih suka share resepi berkaitan dengan Ubi Kayu. Resepi kali ni memang mudah kalau di tempat aku dipanggil Kaki ayam aka Ubi kayu goreng. Resepi ni ala-ala pisang gorenglah..
Bahan-bahan
Ubi kayu
3 cwn Tepung Beras
1 Biji telor ayam
2 cwn air
2 sk garam




Caranya:-

Potong ubi kayu menjadi panjang dlm 2 cm dan sebesar ibu jari (potongan ikut citarasa sendiri) kemudian Campurkan Tepung Beras, telor ayam dan garam. Kacaukan dan masukkan air. Pastikan aduanan agak cair tapi masih boleh melekat pada ubi kayu. Lastly masukkan ubi kayu.

Bersedia untuk digoreng..

Monday, November 29

Beka Ubi







Makanan ni adalah makanan tradisional orang pantai timur. Sebelah utara panggil tepung talam.

Bahan-bahan:-
Atas
5 bungkus santan (yg berharga rm1.20)
1 cwn tepung beras
2 sk garam

Bawah
3 batang Ubi kayu sederhana besar
1 keret nisan (gula melaka)
4 sb gula putih (untuk lebih manis)

Caranya:-







ADUNAN A

Bahagian bawah.
Potong ubi kayu menjadi sebesar ibu jari untuk diblend. Blendkan dengan memasukkan air yang banyak. Tapiskan untuk diambil isinya sahaja. Isinya diletakkan atas kuali dan digoreng bersama nisan (gula melaka) yang sudah menjadi air. Sekiranya kurang manis tambahkan gula. Kacau sehingga pekat seperti jem.

ADUNAN B
Bahagian atasnya
Masukkan santan bersama tepung beras yang dibancuh dengan air dan kacau. Masukkan juga garam (agak2 jangan terlampau masim). Kacau sehingga menjadi pekat.



Masukkan adunan A ke dalam loyang dan baru masukkan adunan B ke atasnya.

Cucur Kacang Soya





Bunyinya memang sedikit ganjil sebab resepi ni hasil rekaan sendiri dan rasanya memang sedap.



Kalau sesiapa yang suka minum air soya beans, hampasnya jangan dibuang sebab hampasnya memang sedap untuk dibuat cucur.

Bahan-bahan:-
1 cwn Hampas kacang soya
3 cwn gandum
1 cwn biji jagung
4 biji bawang merah
sedikit garam
sedikit gula
air



Caranya:-
Caranya memang mudah. Campurkan kesemua bahan-bahan tadi dan kacau. Pastikan adunan jangan terlalu cair atau terlalu keras. Agak-agak boleh diambil dengan tangan untuk menjemputnya. Untuk mengelakkan daripada cucur menjadi lembik, gandum perlu banyak daripada hampas soya. Kalau perlu untuk tambah udang @ daun kucai pun sedap..

Tuesday, November 23

Ubi Kayu




Makan ubi kayu time hujan-hujan ni memang best.. Actually nak makan ubi kayu rebus ni bukannyer susah nak masak. Buat sape2 yang tak tahu nak buat so aku bagi cara-caranyer kat sini..

Bahan-bahan:-
Ubi Kayu
Air
Secubit Garam

Cara-caranya:-
Ambik beberapa tongkol ubi kayu yang dah dikupas kulitnyer dan di potong dlm 2 inci (ikut suka). Cuci dan masukkan air agak-agak sedikit tenggelam ubi-ubi tersebut ke dalam periuk. (jangan terlampau banyak nanti bila mengelegak air akan tumpah. Kemudian masukkan garam (agak2) jangan terlampau banyak nanti masin. Kemudian buka api perlahan dan panaskan. Agak2 mengelegak dan isi ubi tersebut menjadi lembut (kalau x tau cara try ambik garfu dan cucukkan) kalau dah lembut.. ubi tersebut memang dah masak. so boleh dihidangkan untuk dimakan..

SELAMAT MENCUBA

Nasi Air





Resepi ini diambil daripada my resepi
Bahan-bahan ( 3-4 org )

Nasi - dimasak sedikit lembik
Daging/ayam
halia - ditumbuk lumat
cili padi (hijau atau merah) -
cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
garam,gula sesedap rasa


BAHAN TAMBAHAN
ikan bilis - digoreng garing
bawang goreng
air lada (cili)
daun sup - dihiris halus-halus
limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)
**bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.

CARANYA;-

Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
Daging/ayam tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging/ayam tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa.

Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.

Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.

Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-kalau tak cukup pedas-tambah air lada.


Thursday, August 19

Ondeh-ondeh aka Buah Melaka



Bahan-bahan:-

90gm tepung pulut

5 helai daun pandan (diblend untuk ambil airnya)

sedikit garam

1/4 keping gula melaka

1/2 kelapa parut

setitik pewarna hijau



Caranya:-

Tepung pulut dimasukkan air blend daun pandan kemuan kacau sehingga sebati. Doh jangan terlalu cair. Gaul sehingga boleh di gentel bulat-bulat. Jerangkan air panas ke dalam periuk.




Inti

Rincih gula melaka menjadi kecil-kecil. Bulatkan doh tadi sambil tekan skit menggunakan jari dan masukkan gula melaka dan gentel menjadi bulat semula dan terus masukkan ke dalam air panas.




Sediakan satu mangkuk air sejuk. Apabila ondeh-ondeh tadi sudah masak (akan terapung)angkat dan terus masukkan ke dalam air sejuk (mengelakkan daripada terlekat sesama sendiri).

Kemudian golekkan kedalam kelapa yang digaul dengan sedikit garam dan gula.
Sedia dihidang..

Wednesday, August 18

LOPEH



Bahan-bahan:-

3 cawan beras pulut
10 helai daun pandan ditumbuk halus
3 cawan air
Secubit garam
Beberapa helai daun pisang
Kelapa dibuang ari diparut dan digaul sedikit garam.



Tanak pulut bersama air daun pandan seperti tanak nasi.




cara membungkus dengan daun pisang



Bahan untuk kuahnya:
1 cawan gula merah (melaka)
½ cawan gula putih dimasak dengan 2 cawan air
1 helai daun pandan dan sedikit jintan manis
Gula larut tapis

Daun pandan yang ditumbuk halus diperah bersama 3 cawan air. Tapis beras pulut dimasak dengan tiga cawan air pandan sehingga airnya kering. Tutup periuk sekejap. Angkat. Bentangkan daun pisang.




Letakkan sepuluh sudu makan adunan pulut (mengikut panjangnya daun pisang. Gulung kejap-kejap dan kukus selama 30-40 minit. Toskan. Manakala hendak dihidangkan potong dengan benang setebal setengah sentimeter. Gulingkan ke dalam kelapa parut.








Tuesday, July 20

ROTI JALA






Bahan-bahan:-

Setengah Kilo Gandum
Setengah tin susu cair
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
sedikit air
Daun pandan (untuk percikkan minyak ke atas roti jala)

caranya :-



Masukkan gandum dan secubit garam ke dalam bekas. Masakkan sedikit planta (untuk mengaringkan roti jala) kemudian masukkan sebiji telor dan kacau sehingga sebati.






Kemudian masukkan air dan susu cair setengah tin dan kacau lagi. Kemudian masukkan sedikit pewarna kuning dan kacau sehingga sebati.(Jangan terlampau pekat/cair)


Tapiskan adunan tadi untuk mengelakkan daripada corong roti jala tersumbat. Kemudian barulah kita menjala di atas dapur. Gunakan corong (ada dijual dikedai) - khas untuk buat roti jala. Teknik menjala - jangan terlalu tinggi atau terlalu rendah cara jalanya untuk mengelakkan daripada berketul atau putus-putus roti jala tersebut.



Masukkan sedikit minyak dan Jalakan di atas kuali yang rata. Sambil percikkan sedikit minyak dengan menggunakan daun pandan pada roti jala didalam kuali bg mengelakkan daripada hangus dan melekat.


Roti jala ni boleh dimakan bersama kuah sekaya hijau, kuah serawa durian dan kuah kari.

resepi kuah sekaya hijau

Bahan-bahan

1 cawan santan pekat
gula melaka / gula pasir
secubit garam
daun pandan diblend dan diambil airnya 1 cawan.

Cara:
Didihkan air dan gula seketika
Kemudian masukkan santan dan garam
Biarkan beberapa ketika.
Sedia untuk dihidang...



-SELAMAT MENCUBA-

Friday, July 9

Lasagna



Resepi ni aku ambik daripada satu laman web. Nama resepi ni resepi garfield lasagna. Alhamdulillah first time buat kira jadi. And paling happy bila hubby puji kata best. Kat sini aku turunkan ilmu yang aku ambik untuk korang try lak.

Lasagna jenama San Remo (aku guna yg ni)- pre cooking



Bagi Adunan Cheese

Keju Parmesan. (aku guna brand Perfect Italiano)- pastikan halal



Minyak Zaitun
Telur 2 biji
Daun Basel

Untuk Sos
Sos tomato
Sosej ayam
Fudge daging (guna danging kisar ramly burger)
Frozen vegetables
Bawang besar
Oregano

Keju Mozarella perlu letak banyak untuk lebih rasa kejunya.

Caranya:-
Calitkan baking pan dengan sedikit marjerin untuk tidak melekat.
Parutkan cheese (untuk yg ketul)

Masukkan cheese yang telah diparut tadi ke dalam satu bekas. Selepas tu, telor dipecahkan untuk dimasukkan ke dalam cheese tadi. Bersama-sama itu, masukkan sedikit daun basel dan minyak zaitun (satu camca). Pukul cheese,telur dan bahan2 tadi menjadi satu adunan yang sebati seperti dalam gambar di bawah ni.


cheese yang telah diparut.



Potong bahan-bahan utama seperti daging,sosej, bawang dan veggies dan jangan terlalu kecil.



Sos tomato dimasukkan ke dalam bekas bersama2 bahan2 tadi. Masukkan sedikit sos cili. Kemudian, tambahkan dengan oregano dan gaulkan lagi hingga sebati.



Cara menyusun.

Mi lasagna disusun di dasar baking pan tersebut dan seboleh2nya cover kesemua permukaan baking pan tersebut sebab mi lasagna inilah yang akan jadi tapak kepada lasagna kita. Kemudian, tuang separuh daripada adunan cheese kita tu ke atas mi lasagna tersebut. Ratakan adunan supaya tidak terlalu tebal, dalam 0.5-1 cm.




Di atas lapisan cheese itu tadi, letakkan separuh daripada sos kita tu, dan ratakan juga kerana ia akan menjadi inti utama lasagna.



Setelah kita ratakan sos tu, taburkan keju mozarella di atas sos itu pula. taburkan sebanyak mana yang anda suka.

Ulang balik step2 di atas untuk layer kedua. Mula dengan susunan mee lasagna di atas mozarella tadi tu, diikuti dengan adunan cheese, sos dan mozarella balik.


untuk oven, sila pre-heat ke 190 darjah celcius terlebih dahulu. Bakar dalam oven untuk 30-40 minit

Tuesday, June 8

JUS ASPOKAT (Avocado)



First time minum masa aku ke Bukit Tinggi, Indonesia. Memang Best..Pastu tak sangka kat Malaysia pun ada iaitu kat Restaurant ayam penyet di curve..Rasanya memang lemak-lemak manis so aku try wat resepi sendiri. tak sangka sedap jugak!!!

Bahan-bahan:-

2 Biji buah avocado yang sudah masak
3 sudu serbuk milo
3 sudu susu pekat manis (ikut selera anda untuk manis atau kurang manis)
3 cawan air masak






caranya:-

Avocado dipotong kecil-kecil untuk diblendkan.
Serbuk milo dicampur dengan susu pekat manis dan masukkan sedikit air suam (buat pekat)
campurkan air milo kedalam jus avocado yang diblend dan kacau.
Untuk lebih sedap, masukkan ketulan ais.
Sedia untuk diminum.

Sukun Goreng






bahan-bahan:-


3 cawan tepung beras

setengah sudu kecil garam

sedikit serbuk kunyit

1 biji telor

air kosong


caranya:-


Satukan kesemua bahan-bahan tadi. Air dimasukkan ke dalam bahan-bahan tadi jangan terlampau cair dan jangan terlampau pekat. Potong buah sukun menjadi 3 segi. dan celupkan kepingan sukun tadi ke dalam bahan-bahan yang telah disatukan.


Panaskan minyak dan sedia untuk di goreng.

Monday, April 19

Kuey teow goreng

Kuey Teow goreng ni adalah menu wajib bagi kami satu family. Setiap minggu wajib bagi kami untuk makan di gerai Kuey teow. So bila dah selalu makan, rasanya dah tau sedikit sebanyak apa yang diletakkan dalam ramuannya. So kat sini zue publishkan resepi Kuey Teow goreng ala-ala air tangan zue..

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
1 bungkus kuey teow
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
2 biji telur
2 sudu besar kicap manis
2 susu besar sos tiram
1 genggam taugeh (ikut suka)
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
5 batang daun kucai
sedikit kerang
10 ekor udang
garam dan perasa secukpnya
1/2 cawan air


Cara-cara

cuci dan toskan kuey teow
blend/tumbuk bawang besar dan bawang putih
panaskan minyak dan tumis bawang+bawang putih+cili boh/giling dan tumis hingga garing
masukkan udang dan kerang
masukkan sos tiram dan kicap manis dan kacau rata dan tambahkan dengan sedikit air tadi (boleh tambah lagi jika suka)
daun kucai dipotong sepanjang setengah inci dan masukkan sekali
masukkan juga garam+perasa dan kacau rata
pecahkan telor dan kacau hingga telor sebati (akan jadi pekat)
masukkan taugeh dan kacau hingga sebati
masukkan kuey teow dan gaul hingga rata

Saturday, April 3

Cucur Udang



Bahan-bahannyer:--

setengah kilo tepung gandum (5 orang makan)
4 ulas bawang merah
daun kucai
8 ekor udang
setengah cawan udang kering
sedikit garam
1 biji telur
air suam (agak-agak)

cara membuatnyer:--

campurkan tepung gandum bersama sedikit garam dan kacau biar sebati. kupas bawang merah dan ricik halus-halus. Manakala udang dibuang kulitnya dan dipotong 3 bahagian (ikut suka kita). manakala udang kering ditumbuk atau diblender kering sehingga hancur. Udang segar dan udang kering dimasukan sekali kedalam tepung gandum tadi dan daun kucau harus dipotong jangan terlampau halus. last sekali masukkan telur. kemudian masukan air suam (jangan terlampau cair). dan kacau sehingga rata dan sebati kesemua bahan-bahan tadi.

siap sedia untuk digoreng. Untuk dapatkan bentuk yang cantik adalah lebih baik menggunakan tangan atau dua sudu.


~~selamat mencuba~~
 

Designed By Izza sakura