Sunday, February 24

APAM POLKADOT VERSI BEE, LADY BIRD DAN ANGRY BIRD



Assalamualaikum.. 
Selamat petang. 

Ingat tak zaman keglameran apam ni.. Masa tu macam2 versi ada. Kira kat FB tu oarang duk post apam polkadot jer... Tapi sekarang dah tak nampak pun. Mungkin ada kut..

Minggu lepas Zue dapat tempahan apam polkadot versi bee, lady bird dan angry bird. Lama betul tak buat bila buat sekali esoknyer sakit abis seluruh badan agaknyer duduk terlalu lama kut..Intinya zue masukkan coklat, kiwi dan stoberi. Zue buat 3 adunan dapat jugak agak-agak dalam seratus lebih (lupa nak kira berapa).. Zue letakkan perasa dalam adunan tersebut seperi perasa jagung, nenas dan pandan. Cara zue buat lak zue tak pukul bahan tapi cara mudah dengan blend jer bahan tersebut dan kaup balik lepas tu untuk ratakannya. 

 Jom layan resepi ni..


APAM POLKA DOT 

Bahannya: 

3 biji telur (Dari peti ais) 
250gm tepung gandum 
200gm gula halus 
150ml susu cair/susu segar 
3 st baiking powder 
1 st ovellet

Caranya: 
  • Blendkan telur, gula dan ovallet hingga putih gebu
  • Keluarkan dan dalam bekas lain masukkan tepung dan berselang seli dengan susu cair sambil kacau atau kaup balik sehingga sebati
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian dan titik perisa dan juga pewarna
  • Dalam bekas acuan lompang kecil, masukkan mangkuk kertas saiz almond london
  • Pipingkan sedikit kemudian masukkan filling dan tutup kembali dengan adunan tersebut
  • Sedia dilukis pada atas apam sebelum dikukus dengan api yang kuat selama 10-15 minit 
...................................................................................................................
Tips: 

**Tutup periuk kukusan dengan kain lampin supaya air tidak menitis atas apam


Saturday, February 23

NASI LEMAK TELUR MATA


Assalamualaikum..

Selamat pagi merangkap nak masuk tengahari... Hari ni nak share resepi pagi ni iaitu nasi lemak yang zue ambik daripada member. Actually zue ni penggemar nasi lemak. Tempat peberet yang zue suka makan kat kampung medan iaitu gerai mali char kue teoy.. Situ dia punya nasi lemak yang simple tapi kuah sambal dia tu memang secukup rasa. Kebetulan ada member office memang terer buat nasi lemak ni so zue try buat guna resepinya ari ni. 

Untuk buat nasi lemak sebenarnyer sama jer cuma resepi dari segi nasi dan bahan ulam dan tambahan lain cuma perbezaan dari segi kuah atau masak sambal pedasnyer. Itu yang menetukan kesedapan kuah tersebut so zue ikut cara member zue iaitu dengan memblendkan semua bahan.  

NASI LEMAK TELUR MATA 
Resepi daripada: Kak Surayani Ariffin

Bahannya:

(Nasi lemak)
4 pot nasi
200ml santan pekat
1 st garam
2 inci halia (mayang)
2 ulas bawang merah (mayang)
1 sk halba
sehelai daun pandan
1 cawan air atau lebih

Caranya:
  • Basuh beras dan toskan airnya
  • Dalam rice cooker, masukkan beras bersama santan dan tambah air secukupnya
  • Masukkan bahan yang dimayang bersama garam, halba, daun pandan yang disimpulkan dan kacau biar sebati
  • Sedia onkan rice cooker

Bahan untuk kuah sambal pedas:

**6 ulas bawang merah
**2 ulas bawang putih
**2 inci halia
**3 keping asam gelugor
**3 sb cili giling
**sedikit belacan
**segengam ikan bilis
**2 batang serai
garam dan gula secukup rasa
zue suka gula yang banyak baru sedap ..

Caranya:

  • Blendkan bahan bertanda **
  • Panaskan minyak
  • Tumis bahan yang diblend tadi sehingga pecah minyak
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Kacau sehingga masak
  • Sedia dihidang


Bahan lain:

Telur mata 
timun
Ikan bilis yang digoreng

Wednesday, February 20

PAVLOVA MELTY HERSHEY



Assalamualaikum.. Di tengahari yang panas ni tetiba daku ingin menayangkan PAVLOVA. Errm.. kali ni pavlova kasi goda sama lu olang.. Yummy..yummy.. siap ader sos coklat, kekacang, mashmallow dan disagat dengan coklat...Agak-agaklah macam aper tu.. Lorr..kalau sapa tak tau memang nak kena.. macam melty hershey ler.. Kebetulan ari tu buat melty hershey so lebihan bahan tu buh jer kat pavlova dan ia dipanggil PAVLOVA MELTY HERSHEY..Kelas ko jah.. Reka mereka..tambah menambah..cuba mencuba bagi jer sini... Sib baik jadik setakat ini.. kira tanpa gagal (ayat versi polis..hadir tanpa gagal..
 
  Malas nak merepek lak..jom layannzzz 

RESEPI PAVLOVA

Bahannya:

4 biji telur 
160gm gula castor 
2 st tepung jagung 
200ml whipping cream

Hiasan

buah stoberi, anggur dan kiwi 
mashmallow
kekacang
parutan coklat putih
coklat smarties
coklat cair atau hershy

Caranya: 

  • Panaskan oven 170'c
  • Alas dulang ngan baking paper
  • pukul telur putih, gula dan tepung jagung (sekaligus) sehingga merinque pada kelajuan paling tinggi
  • pipingkan atas baking paper
  • Sedia dibakar pada suhu 150'c selama 1 jam

 
Bila pavlova dah sejuk, sedia dimakeupkan dengan whipping cream, buah-buahan, kekacang, mashmallow, coklat smarties, coklat yang diparutkan dan coklat cair atau hershy perisa coklat

Monday, February 18

PUFF NANGKA BERCHEESE


Assalamualaikum.. Selamat malam.. Memandangkan siang kerja so hanya malam hari zue akan update blog. Hari hujan turun dengan lebatnyer diKL dan Selangor. Bayangkan dari opis keluar pukul 5 sampai rumah hampir pukul 8. Gara-gara jem teruk.. Letih.. Ni mata pun dah ngantuk tapi rasa tak puas kalau tak de entry untuk blog kesayangan ni...

Terima kasih pada yang banyak bagi sokongan pada blog zue. Ramai jugak rupanyer silent reader ni.. Sms, pm facebook dan whattsupp.. Banyak zue terima soalan berkenaan resepi yang dipublishkan. Insyaallah zue akan jawab samaada cepat atau lambat  Actually zue bukannyer pro sangat tapi zue suka mencuba dan belajar dari kesilapan yang pernah zue lakukan dalam mencuba sesuatu resepi tu..


Hari tu beli nangka rm2 punyalah banyak. Nak pakai sikit jer. Kalau kat pasar chow kit ni semua barang murah. Itu yang zue lebih suka singgah sini daripada pasar lain. Bayangkan zue duduk kat puchong tapi gi pasar chow kit sebab kerja kat KL. Tapi tak de lak nak beli barang basah.. jenuh nak bawak usung naik opis...

Lebihan nangka ni zue buat jem. Resepi jem main campak-campak jer..Kebetulan ader cheesedale yang anak buat makan ngan roti terus mixkan.. jadi jugak..

So dapat plan lak nak buat puff sendiri, marjerin untuk puff lak tak de so gi lah kat pasaraya area rumah cari puff jenama KAWAN.. Tak de so gi TESCO dapat jenama PAMPAS PUFF PASTRY.. rembat jer..rega dalam rm7 satu ketul. Satu ketul bila boleh dibahagi 4 bahagian.

Jom layan resepi syok sendiri zue ni.. memang best sangat-sangat.. Ader manis dan masin dalam satu puff yang rangup.

PUFF NANGKA BERCHEESE
tarabozu2@blogspot.com

Bahan untuk jem nangka:

3-5 ketul nangka masak
2 senduk gula
2 biji cengkih 

Caranya:
  • Potong nangka kecil-kecil dan masukkan dalam blender
  • Blend nangka dengan sedikit air
  • Masakkan atas dapur dengan campurkan gula dan bunga cengkih
  • Masak sehingga air kering dan pekat
Bahan lain:

Kulit puff
2 keping cheese dale
buah ceri (hiasan)
  • Canaikan puff tersebut sehingga menjadi sedikit nipis (Jangan terlampau nipis) dan bahagikan kepada 5 bahagian
  • Letakkan jem nangka atasnyer
  • Bakar selama 25-30 minit pada suhu 150'c atau sehingga masak
  • Sejukkan 
  • Sedia memarut cheesedale atasnyer
  • Hiaskan dengan buah ceri

Saturday, February 16

COCONUT CAROT CAKES versi Anna Olson



Assalamualaikum...

Selamat Malam.. Entry sebelum tido dumalam minggu ni zue share pasal COCONUT CAROT CAKES. Duk boring buat resepi malay punya so try google dalam tenet versi mat salleh tapi diupgradekan versi Zue.. Huhuuu... cayalah ni kira try and error lah.. Tapi tak de lak nak error sebab dapat pujian dari member-member dia kata sedap. Mungkin mix fruits yang zue tambah kira ala-ala kek buah tapi versi carot kek.. Mmm... memang sedap.. Padat dengan buah di dalamnyer.. Rugi sape tak try.. 

COCONUT CAROT CAKE

Sumber: Anna Olson
Di olah: tarabozu2@blogspot.com

Bahannya:

4 biji telur (gred A)
1 cawan minyak jagung
2 cawan tepung gandum
2 sk baiking soda
1 sk serbuk cinnamon
secubit garam
3 cawan karot (disagat)
1 cawan kelapa siap parut (dalam tin) ~ nyuir muda pun boleh
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan mix fruits
1/2 cawan kekacang (zue guna walnut dan almond)


Caranya:

  • Panaskan oven
  • Letak sheet paper pada loyang
  • Ayak tepung gandum, baiking soda, serbuk cinnamon dan garam
  • Pukul telur dan gula sehingga sebati
  • Masukkan minyak dan pukul lagi
  • Masukkan bahan yang diayak ke dalam telur yang dipukul dan pukul lagi sehingga sebati
  • Lastly masukkan kelapa parut, lobak yang diparut, mix fruits dan kekacang dan kaup balik semua bahan tu.
  • Masukkan dalam loyang dan sedia dibakar pada 35-45 minit atau sehingga masak


Topping cream cheese

Bahannya;

250 gm cream cheese
150gm whipping cream
100gm gula aising
20gm butter

Caranya:

  • Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati
  • Masukkanwhipping cream dan butter dan pukul lagi sehingga sebati
  • Sedia di piping atas kek





Thursday, February 14

PAI/TAT TELUR



Assalamualaikum..

Selamat malam.. Malam ni adalah malam jumaat.. Sekejap jer sehari-hari.. lusa hari sabtu cuti pulak..Errrmm... best jgk.. Tapi terasa sangat singkat nyer kehidupan harian. 

Actually zue akan start membaking pada hari cuti. Apa-apa jer cuti termasuk Sabtu dan Ahad. Klu hari biasa tu tak sempatlah.. mana nak ambik gambar lagi. Kalau gambar cincai-cintai rasa tak puas hati pulak so kenalah buat prop yang puas hati..Kekadang prop yang sama pun boring jugak rasenyer..

Minggu lepas zue buat PAI/TAT TELUR versi My Resepi. Memang sedap.. Buat ala-ala pai gitu..Rasanyer memang best sangat-sangat. Kalau nak buat sebiji-sebiji pun boleh tapi zue lebih suka buat seketul.. terus masuk oven.

PAI/TAT TELUR
Sumber: My Resepi

Bahannya:

( utk satu bekas pie yg besar tuh )
    bahan utk crust : 

    2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus 
1/2 teaspoon baking powder 
1/4 teaspoon garam 
1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2) 
2 biji telur 

Bahan utk filling : 
1 cawan susu cair 
4 biji telur 
1 cawan gula halus 
1 cawan air 
1 tbs tapung kastard
 ½ tsp vanilla essence 

Caranya:

Utk buat crust 

  • Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
  • Masukkan butter. Sebatikan.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji. 
  • Tunggu hingga menjadi bentuk doh.

Cara utk buat filling dia pulak : 
  • Pukul gula dan telur.
  • Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
  • Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie dan tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
  • Bakar dlm oven dalam 150'c atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.
  • tunggu sejuk baru potong.

Wednesday, February 13

ROTI TELUR BERGULA


Assalamualaikum..

Hari ni dah start keje setelah cuti 4 hari.. Mood keje still tak de tapi yang bestnyer jalan langsung tak jem.. Dalam setengah jam dah sampai opis.. Kalaulah tiap2 hari camni.. bahagianyer hidup..

Semangat hari ni nak mengupdated entry yang dibuat minggu lepas iaitu ROTI TELUR BERGULA. Actually dah banyak kali zue buatkan sarapan ni sebab ni adalah peberet mykids.. Dan dah pernah ader entry pun pasal ni.. So kali ni mengentrykan lagi...
ROTI TELUR BERGULA

Bahannyer:

Roti
Telur
Sedikit garam
Gula aising
Minyak masak/sedikit planta

Caranya:
  • Pukul menggunakan garfu telur dengan sedikit garam sehingga sebati
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak/planta
  • Celupkan roti tadi ke dalam telur yang dipukul. Celup sebelah menyebelah
  • Sedia digoreng dengan sedikit minyak/planta
  • Ulang sehingga habis telur tersebut
  • Potong roti telur pada 2 bahagian dan tabur dengan gula aising
  • Sedia dimakan

Monday, February 11

KEK COKLAT ROYAL MOUSSE


Assalamualaikum...

Selamat malam dan selamat bercuti semperna tahun baru cina. Actually zue tak g mana-mana even balik kampung sekalipun pun sebab bulan 3 dah ader plan untuk bercuti luar daripada malaysia. Tapi kesian lak tengok mykids tak gi mana-mana so tadi bawalah diaorang tengok wayang Hantu Kak Limah2.. Atleast ader jugak aktiviti..

Dah alang-alang cuti ni.. projek membaking ler jawabnyer.. Kali ni try buat KEK COKLAT ROYAL MOUSSE.. Penat jugak nak buat ni kira sehari semalam.. Kek ni ala-ala kek indulgence.. seyes sangat teramat sedap. Ia terlalu rich dengan coklat..Kalau sesiapa yang suka coklat ni memang harus mencuba.. Kalau malas nak try..tak per.. tempah jer ngan zue..(Ahaks..!)
KEK COKLAT ROYAL MOUSSE

Bahan2 kek: 

(A)
25g serbuk koko 
75ml susu segar 
100g kuning telur 
75ml minyak jagung 
90g tepung high ratio, di ayak 
1/2 sk baking powder, di ayak


(B )
120g putih telur 
1/4 sk cream of tartar 
110g gula kaster



Cara2 membuat kek: 
  • Panaskan oven pada suhu 180 C. 
  • Sediakan loyang bulat bersaiz 9". 
  • Satukan bahan2 A dalam mangkuk hingga sebati, ketepikan.
  • Kemudian, pukul bahan2 B hingga pekat dan bertanduk. Kaup balikkan ke dalam adunan A tadi hingga rata.
  • Tuang adunan ke dalam loyang yang di sediakan. 
  • Bakar selama 30 - 35 minit, sejukkan sepenuhnya atas wire rack bila masak. 
  • Bahagikan  kepada 2 lapisan atau lebih.
Chocolate mousse: 

1 biji telur 
140g kuning telur 
160g gula kaster 
40 ml air 
500g dark cooking chocolate, cairkan 
600ml UHT whipping cream

Cara2 membuat chocolate mousse: 
  • Pukul sebiji telur dan kuning telur pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
  • Sementara itu, didihkan air dan gula. 
  • Tuang perlahan2 sirap ke dalam adunan telur sambil terus memutar mixer. 
  • Pukul hingga adunan sejuk. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk yang lain, pukul whipping cream hingga kembang. Ambil 1/4 daripada cream tadi dan satukan ke dalam coklat yang di cairkan. 
  • Gaul rata.
  • Kemudian, tuang semula aduanan cream + coklat ke dalam lebihan cream tadi. 
  • Gaul rata.
  • Masukkan pula adunan telur ( langkah 2) tadi. Kaup balikkan.
Chocolate coating: 

100ml UHT whipping cream 
100ml air 
160g gula kaster 
100g piping jelly 
45g serbuk koko 
2 sk gelatin + 20 ml air, satukan

Cara2 membuat chocolate coating: 
  • Didihkan cream, air dan gula. 
  • Masukkan piping jelly, gaul rata.
  • Kemudian, masukkan serbuk koko. 
  • Tuang kedalam bekas lain sambil menapis.
  • Masukkan pula campuran gelatin dan air, gaul rata. Sejukkan hingga agak pekat sedikit baru tuang atas kek.


Cara2 menyusun kek: 
  • Ambil satu lapisan kek, letakkan dalam loose base tin bersaiz 9" atau cake ring. 
  • Tuang 1/2 adunan chocolate mousse.
  • Kemudian, letakkan lapisan kek yang kedua, tuangkan baki chocolate mousse tadi. 
  • Tutup dan simpan dalam peti sejuk hingga mousse keras.
  • Setelah kek sejuk, tuang chocolate coating atasnya dan hiaskan ikut kreativiti.
Time's untuk deko.. zue buatkan roses

Ok... siap...

Friday, February 8

NASI BUBUR


Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat. Esok bermulanyer cuti selama 4 hari (Ye..ye..).. Lega kepala otak ni.. tak yah fikir kerja ngan tak yah fikir jem nak g kerja.. Klu tak... letihnyer badan.. Rasanyer klu lepas solat maghrib tu terus jer nak lentok.. Pastu mulalah bangun kul 2 pagi nak prepare benda nak gi kerja esok.. mana nak packing baju untuk g umah baby sitter lah... Rasa cam terkejar-kejar lak.. Esok pagi kena bangun awal.. klu terlewat skit nak gi kerja.. comform 3-4 tempat jem.. Mulalah naik bosan...Betul-betul menderita jem ni..

Ngomel punya ngomel naik ader yang boring.. Opss... sori.. ni bkn ngomel tapi 'luahan perasaan'... huhuu

Entry pagi ni adalah hasil tangan Zue yang dibuat minggu lepas.. Kalau bab nasi air ni zue lebih suka buat ala-ala masakan Thai... mesti ader sos nampla..Kalau tak letak rasa cam kureng sesuatu dalam masakan ni..Lagi satu kalau nak nasi yang sedap, zue akan gunakan beras hancur.. Dia punya kanji tu lagi terasa dan buat sikit pun leh dapat banyak...
NASI BUBUR

Bahan-bahan:

2 cawan beras
11/2 inci halia (diketuk)
1 kiub pati ayam
1/4 ekor ayam
sedikit garam
1 liter air

SUP
Tulang
sup bunjut tulang
3 sb sos nampla
karot
daun saderi
Bawang putih
halia
garam secukup rasa
gula secukup rasa
air secukupnyer

HIASAN
Lada merah/Lada jarum
limau nipis
Daun bawang 
Daun sup

BAHAN LAIN
Ikan bilis


Caranya:
  • Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan dan tos sambil siatkan ayam kepada bahagian yang kecil
  • Air ayam jangan dibuang
  • Basuh beras dan air rebusan ayam tadi gunakan untuk masak nasi
  • Bubur nasi bila dah hampir masak, masukkan pati ayam, halia dan sedikit bawang
Cara masak sup:
  • Rebus tulang hingga agak masak
  • Masukkan bawang putih dan halia yang diketuk, karot, daun saderi dan sup bunjut tulang
  • Bila separuh masak, masukkan garam dan sos nampla
Disediakan bersama lada jarum, limau nipis, daun sup dan daun bawang



Wednesday, February 6

SENGKUANG CALIT


Selamat tengahari..

Pernah makan sengkuang calit tak?.. Actually zue tak pernah makan tapi kebetulan ari tu tengok member makan terus tanya apadia.. dia kata sengkuang calit..Errmm... sedap ke?.. try rasa.. ok gak not bad... Biasa orang sebelah utara jer yang kenal sengkuang calit ni.. 

Kuah sengkuang ni Zue beli kat Chow kit..Rm2.50 sekilo.. Agak banyak dan boleh jual tu.. Makcik bekas baby sitter zue ada bagitau dia letak taucu ngan betik masak tu yang kuah dia agak pekat dan bau cam taucu tu.. Kalau makan saja tak sedap kena letak kacang tumbuk ngan gula castor yang halus tu. Baru ader rasa masam, manis dan masin. 
Ubat yang paling berkesan kalau mulut ada ulser ialah sengkuang sebab ia menyejukkan badan so kalau zue ada ulser mulut zue suka makan sengkuang ni cicah lak ngan kuahnyer.. 2  hari terus ok.. tak cayer.. trylah.. Tak yah nak minum air kosong bergeleng-geleng sampai buncit perut..
Sengkuang lak potong nipis-nipis baru taruh sosnyer.. Nak sedap lagi letak campur ngan kuah rojak belacan.. Ermm.. gabungan tu memang menarik dan sedap...
Kalau dijual kat depan sekolah satu potong 50 sen... kan?.. ke dah naik harga ke rm1?...

Tuesday, February 5

BUTTER PRAWN

Assalamualaikum... 
Selamat Malam.. Entry penutup malam ni ialah BUTTER PRAWN yang dibuat semalam. Minggu lepas punyalah banyak lebihan kuning telur yang dibuat pavlova untuk customer .. Tak tau nak buat apa.. Google punya google dalam tenet terus dapat idea buat butter prawn..

Kebetulan ada pasar malam kat umah terus singgah gi beli udang fresh. Actually kalau nak buat butter prawn ni kena guna udang saiz besar dan yang fresh baru sedap..

Rasa cam lagi sedap buat sendiri daripada makan kat kedai. Almaklum buat sendiri kita tau citarasa sendiri.. nak masin ke atau nak tawar.. Lagi pun kerak butter prawn ni tak crunchy cam kerak goreng pisang tu.. Kalau crunchy tu rasa tak sedap macam hampas kelapa lak... Bagi zue lah.. bagi orang lain mungkin tak kut..
BUTTER PRAWN

udang (saiz M atau L)
BAHAN UNTUK GORENG UDANG

2-3 sb minyak masak
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 tangkai daun kari (ambil daun saja)
3 biji cili api (potong kecil-kecil)
3 sb susu cair
garam secukup rasa

BAHAN UNTUK SERDAK

5 biji telur kuning
5 sb butter
garam secukup rasa
perisa ayam maggie (secukup rasa)
Caranya:
  • Lumur garam dan kunyit pada udang
  • Goreng dengan minyak panas dan ketepikan
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau
  • Masukkan daun kari, susu, garam dan cili api kacau sebati
  • Dan masukkan udang dan kacau lagi



CARA BUAT SERDAK

  • Pukul kuning telur bersama kiub ayam maggi dan sedikit garam
  • Didalam kuali, masukkan butter sehingga cair bersama sedikit minyak dan perlahankan api ke tahap sederhana
  • Kacau minyak tersebut ikut putaran jam hingga ada pusaran ditengah
  • Tangan kanan untuk kacau minyak manakala tangan kiri masukkan bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit
  • Ia perlu dilakukan dengan pantas dan selamat.
  • Putaran yang pantas menghasilakn serdak halus dan ia akan jadi rangup
  • Dengan pantas toskan serdak tadi secepat mungkin supaya ia tidak diserap minyak
  • Gaulkan udang tadi bersama serdak tersebut.
 

Designed By Izza sakura