Friday, April 25

IKAN TALAPIA BAKAR


Assalamualaikum...

Salam Jumaat. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan lagi umur sehingga hari ini. Tadi Zue ada baca member ada hantar wsupp dan gambar-gambar wanita meninggal kerana kanser dan kuburnya amat bercahaya. Mungkin ada amalan tertentu selama hidupnya. Masya Allah.. hati ni rasa bahagia sangat seandainya jadi seperti dia.

Perasan tak manusia ni apabila tahu ajal akan tiba, ia kan sentiasa ingat mati dan ingat Allah. Kalau yang masih hidup ni, masih lagi lalai dengan dunia yang sementara. Zue tak kata pada orang lain tapi diri sendiri, kekadang nak sembahyang tu terutama maghrib masih lagi nak tengok drama tv3 nak imsyak baru pergi solat kira 2 in 1 ala-ala jamak gitu. Hari tu masa duduk kat mekah rasanya sepenuh jiwa raga hidup tertumpu pada amalan. Balik malaysia rasa agak sedikit lalai. Itu yang setiap kali lepas solat Zue akan berdoa semoga Allah tetapkan keimanan zue supaya tidak lalai. Ameen...

Berbalik pada resepi hari ini, actually zue try jugak google resepi-resepi dalam internet kemudian zue akan buat versi zue sendiri. Sebab dalam internet semua resepi agak sama yang lain ikut olehan dan selera sendiri.


IKAN TALAPIA BAKAR 

Bahan A

2 ekor ikan talapia segar (saiz sederhana)

Bahan B (dikisar)

8 biji bawang kecik
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 biji cili padi
2 batang serai
1 ikat daun ketumbar
5 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras


 Bahan C (pes)

2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar stok pati ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
2 sudu kecik minyak 
gula dan garam secukup rasa

 

 Cara Membuatnya:
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak dan biarkan sehingga hampir pekat. 
  • masukkan stok pati ayam, sos tiram dan kacau sehingga sebati. 
  • masukkan gula dan garam secukup rasa. 
  • ratakan pes yang telah masak tadi di atas pembalut foil.
  • setelah siap ambil ikan dan letakkan diatasnya kemudian lumur pes di bahagian atas ikan tadi. 
  • balutkan keseluruhan ikan dan lipat foil tadi dan kemaskan dan sedia dibakar atas kuali dengan api yang perlahan dan sehingga masak

Thursday, April 24

SUP KETAM




Assalamualaikum...

Dah masak untuk lunch ke?. Menu hari ni Zue nak masak ketam sup. Ketam sup banyak khasiatnya terutama untuk yang demam denggi. Actually zue pergi pasar chow kit beli 2 ekor ketam ni dengan isi yang penuh berharga rm8. Ok lah tu isi banyak. Makan pun puas. Cara nak buat pun sangat senang. Jom kita jenguk resepi yang mudah ni.


Sup Ketam

Bahannya: 

3 ekor ketam - potong 
2 biji ubi kentang - potong dadu 
Garam 
Minyak 

 

Bahan lain: 

4 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
Sedikit halia 
Lada jarum

Hiasan:
Daun sup 


Caranya: 

  • Hiris halus semua bahan di atas. 
  • Panaskan sedikit minyak jagung. 
  • Tumis bahan tersebut sehingga garing.
  • Masukkan air, ubi kentang, garam dan lada jarum
  • Renehkan sehingga masak.

Wednesday, April 23

PAU KELEDEK ROSE





Assalamualaikum...

Selamat pagi Uols bekpas apa pagi Rabu ni?. Mesti sekarang tengah prepare nak masak untuk lunch buat keluarga tersayang. Buat zue semenjak dua ni tak boleh sangat nak masak memandangkan air kena catu 2 hari sekali. Resepi ni zue buat waktu ada air ada kat rumah. Kiranya ni entry 2 hari lepas. Macam biasalah, bercinta dulu untuk menaip dan post kat dalam blog. Ini kira agak rajinlah sebab tak sampai seminggu dan post kat blog biasanya sebulan.... Heheeee...

 

Pau Ros Keledek 

Ungu Resepi : Wendy 
Sumber : Azlita Masam Manis 

Bahannya: 
250 gm keledek manis - di kukus atau di rebus 
200 gm air 
500 gm tepung pau 
1 t/s baking powder 
100 gm gula 
50 gm shortening atau lemak sayuran 
1/4 t/s garam 
11 gm yeast segera 


Inti kacang merah

2 gengam kacang merah
6 sb gula pasir
sedikit minyak
sehelai daun pandan

Caranya:


  • Rebus kacang, daun pandan dan gula sehingga lembut
  • Setelah air agak kering, masukkan minyak
  • Rebus sehingga air kering 
(Pastikan api perlahan dan dikacau selalu untuk elakkan daripada kacang tersebut hangit dibahagian bawah)


 

Caranya:

Menyediakan Keledek, dicuci bersih dan di rebus.

  • Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.
  • Atau masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut. 
  • Kalau guna tangan, bancuh sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis) 
  • Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut 
  • Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan. 
  • Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung. 
  • Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam. 
  • Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. 
  • Untuk membuat pau biasa bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik. 
  • Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda 
  • Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit. 

Cara membuat bunga Ros:



  • Bulatkan doh sebesar buah duku
  • Lenyekkan doh membentuk bulat
  • Gentel inti sebesar ibu jari dan letakkan di tengah doh
  • Potong keliling bulatan dalam 5 potongan (seperti gambar sebelah kanan di atas)



  • Satu kelopak dilekatkan pada doh
  • Tindih dan susun cantik pada kelopak pertama
  • Dan seterusnya sehingga habis dan membentuk sekuntum bunga.








Saturday, April 19

ROTI SARANG LEBAH @ BEE HIVES BUN


Assalamualaikum..

Salam Pagi sabtu. Glamer betul Roti Sarang Lebah ni kat FB. Itu yang zue try buat. Rasanya agak sedap ala-ala puding roti bersos kastad tu lah tapi versi lain skit. Memang kena ngan tekak zue duk saja-saja ada jer nak ke dapur merasa. Actually zue buh sosnya kat dalam peti ais so rasa sangat sedap bila dimakan bersama roti. Ermm... next time nak buat lagilah. Almaklum ni 1st cubaan. 

ROTI SARANG LEBAH
resepi: FB Lydia Honey

DOH
2 cawan tepung gandum 
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam ( +-)

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka (Zue bubuh kismis, ceri merah dan ceri hijau)



Caranya:


  • Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  • Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  • Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat ditangan.  Sekiranya tiada BM perlu sental kuat-kuat ala basuh baju zaman dulu caranya dengan tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
  • Uli sehingga elastic. 
  • Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  • Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup seperti dalam oven atau microwave yang tak di ON ok.
  • Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya.
  • Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
  • Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  • Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  • Sementra menunggu doh naik ON kan over anda. 
  • Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven sendiri).
  • Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 
  • 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
  • Time bakar lebih kurang dalam 10-15 minit.
  • Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:-
  • Doh memang lembik so jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nak bahagi2 doh kecik-kecik.
  • Tak semestinya buat bulat betul-betul sangat just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik. 
  • Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
  • JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
  • Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.



BUTTERSCOTCH SAUCE

1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

  • Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
  • Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
  • Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.

Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

Tuesday, April 15

NASI DAGING AIR ASAM




Assalamualaikum...

Mood untuk update blog sangat kureng semenjak dua menjak ni. So maaf sangat untuk reader blog ni. Memandangkan air kawasan rumah Zue tak de lagi, nak memasak pun agak malas lagi. Masak yang ready made punya (kedai) lagi senang. Actually entry yang terbaru ni adalah yang lepas punya. Duk draf dah dekat 2 bulan pun. Pastu nak mengarang pun dah no idea. Line tenet pulak memang slow tahap gaban. Ecehh... 1001 satu alasan pulak. Tak pe lah, layan jer entry lepas ni... Nasi Daging Cicah Air Asam.


NASI DAGING UTARA 

600 gm daging batang pinang – dipotong sebesar kotak mancis 
3 cawan kilo beras basmathi – bersih dan toskan 
1/2 cawan susu cair 
1 cawan minyak masak 
3 sb planta 
3 sb sos tomato
3 sb rempah serbuk kurma 
garam dan gula secukup rasa 
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan 

Bahan tumis :- 

4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga 
sedikit daun ketumbar – untuk wangikan nasi
1 biji tomato - dipotong kiub sebesar ibu jari
3 helai daun pandan 
1 batang serai – diketuk 
1 labu bawang besar – dikisar 
3 ulas bawang putih – dikisar 
1 inci halia – dikisar
3 cawan air 

Caranya : 
  • Panaskan minyak masak dan masukkan planta 
  • Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, tomato yang dipotong, daun pandan dan halia 
  • Masukkan bahan yang dikisar 
  • Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi 
  • Masukkan daging,tomato sup kimball dan air yang telah disukat dengan sukatan beras. 
  • Setelah air mendidih, gula, garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair 
  • Masukkan beras dan kismis. 
  • Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata.
  • Gemburkan nasi dan boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam 




AIR ASAM  

4 biji Cili (ikut kepedasan masing-masing

1 biji Lada Merah Besar 
1 ulas Bawang Putih 
1 inci Belacan yg di bakar 
1 sb sos tomato 
1 sb sos cili 
1 sb sos ikan 
60 ml air asam jawa (kalau nak cair boleh tambahkan air
Gula dan garam ( secukup rasa 


** Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging
 

Bahan Hirisan
 


  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat
  •  

    Designed By Izza sakura