Friday, March 11

AYAM SUNQUICK Makan bersama cili jeruk... Serius... sedap gila..



Assalamualaikum

Salam Jumaat. Minggu depan dah masuk cuti sekolah selama seminggu. Apa perancangan uols untuk cuti sekolah?. Bagi saya tak de lah nak rancang bagai memandangkan anak nak exam kssr tahun ni so terpaksa cut mana-mana tempat nak bercuti tu. Insha Allah tahun depan boleh plan gi jauh-jauh.

Pagi Jumaat yang indah ni saja akak nak share resepi mudah nak sedap AYAM SUNQUICK. Rasa sedikit masam sunquick kemudin buh cili jeruk... memang perhhh... serius, sangat sedap. Korang tak caye?.. Tak nak sembang kosong...Jom try...



AYAM SUNQUICK



Bahan untuk ayam goreng:-


  • 4 bahagian suku peha daging ayam (Buang kesemua tulang yang ada).
  • 2 biji telur ayam (pukul rata)
  • 1 sudu besar cukup rasa.
  • 5 sudu besar tepung jagung.
  • 4 sudu besar tepung gandum.
  • 4 sudu besar tepung beras.
  • 1 sudu kecil lada putih (serbuk)
  • sedikit Ajishio
  • Minyak banyak (deepfry).

Caranya:-

  • Potong ayam ikut saiz yang dikehendaki dan celupkan ke dalam telur putih.
  • Kemudian gaul dan salutkan ke dalam campuran serbuk lada putih, secukup rasa, Aji shio, tepung jagung, tepung gandum dan tepung beras mengikut sukatan di atas dan sehingga sebati.
  • Panaskan minyak dan jangan lupa untung menggunakan minyak dengan banyak. Deepfry kan ayam tersebut sehingga masak.
  • Kemudian angkat dan rehatkannya. 
  • Potongkannya dan tuangkan sos lemon yang lazat!.



Bahan-Bahan Yang Perlu Digunakan (Sos Lemon):-

  • 1 biji lemon (dapatkan 3 sudu besar jusnya).
  • 3 biji limau sunkist (dapatkan secawan jusnya).
  • 2 sudu besar kordial oren sunkist.
  • 1 sudu besar serbuk knorr.
  • 1 labu bawang besar (cincangkannya).
  • 5 ulas bawang putih (cincangkannya).
  • 4 sudu besar butter.
  • 3 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan tiga setengah cawan air.

Cara-Cara Membuatnya:-

  • Cairkan butter dan tumiskan bawang besar serta bawang putih bersama butter tersebut sehingga wangi.
  • Campurkan jus lemon yang diperah tadi, jus limau sunkist dan pekatan pati oren Sunquick dan serbuk knorr.
  • Masak campuran jus tadi sehingga masak,kemudian kecikkan api.
  • Kemudian masukkan campuran tepung jagung dan kacaunya sehingga sos menjadi pekat dan likat.
  • Tuangkan sos tersebut ke atas ayam tadi.


Wednesday, March 2

VANILA CUP CAKES FLOWER KOREAN BUTTERCREAM




Assalamualaikum...

Apabila datang rajin tu semua benda nak buat. Kalau datang malas rasa nak makan tidur je... Even berjalan pun malas.. Hari ni mood rajin tu datang. Mood nak melembutkan tangan tu ada. So apa lagi terus turun ke dapur dan terus buat. Actually dah lama mengila nak buat flower korean BC ni tapi masa tak mengizinkan. Hari ni tak fikir panjang.. terus buat.. Hasilnya.. Tadaaa...



Easy, Delicious Homemade Vanilla Cupcakes 


Oleh: Azie Kitchen


Bahannya:

3/4 cawan  butter (6oz) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1  cawan gula kaster
2 sudu kecil vanilla
1 1/4 cawan susu
2 1/2 sudu kecil baking powder


Caranya:

  • Panaskan oven pada suhu 170C. 
  • Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.
  • Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.
  • Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.
  • Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. 
  • Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.







Buttercream
Resepi: Azlita masam manis


150 gm shortening
200 gm gula icing
perasa oren yang tiada warna

Ayak gula icing
Satukan semua bahan dan pukul dengan speed perlahan hingga kental
Jangan pukul lama sangat nanti lembik

Lepas tu boleh letak pewarna

* buttercream ini hanya untuk hiasan atas kek bukan untuk melepa kek atau untuk layer kek ya.. hanya hiasan atau bunga sahaja.

Tuesday, March 1

AIR SOYA dan PUDING TAUFU FA SEGERA


Assalamualaikum...

Penah buat soya homemade tak? Nak buat sangat mudah tapi agak payah sedikit. Dulu masa anak sorang sangat rajin buat tapi sekarang Zue lebih suka beli kat pasar malam. Kebanyakkan kat pasar malam tak kaw airnya sebab tak pekat dan ada yang kurang manis. So Zue pun try buat sendiri memandangkan tetiba mood nak memerah datang.. 

Bagi resepi taufu fah Zue lebih suka buat ala-ala jelly sebab kebetulan hari tu tak de GDL (bahan pengeras untuk soya).. Kira buat kerja mudah lah ni.. Tapi hasilnya... sedappp..

 


AIR KACANG SOYA

Bahannya:

200gram kacang soya 
2 litre air 
1 cawan gula 
3 helai daun pandan yang disimpul 
1/2 sudu kecil garam 


 



 Caranya:
  • Kacang soya direndam semalaman. Esoknya buang kulit kacang (untuk elakkan air bau hamis) 
  • Basuh dan toskan air yang berlebihan. 
  • Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga beberapa cawan air untuk diblend.
  • blender sehingga halus, gunakan tapis kain (guna kain lampin anak yang bersih tau), kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya.
  • Perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. 
  • Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar. 
  • Sebelum di masak, se-eloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. 
  • Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau. 
  • Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh. 
  • Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. 


Sedap diminum sejuk-sejuk tambah pulak dengan bebola pearl yang dibuat sendiri daripada tepung beras (diletak kaler hitam) dan direbus. Bila makan agak-agak kenyal... sedapp

Bagi resepi untuk agar-agar soya taufu fah pula, Zue ambik air soya yang siap masak tadi dan masukkan serbuk agar-agar. Biarkan dalam peti ais dalam 1-2 jam dan tadaaa... siap.. boleh makan dengan air gula melaka yang dibuat sendiri.






RESEPI PUDING TAUFU FA

Bhn2

  • 1 ltr air kacang soya 
  • 2 1/2 sk agar2 serbuk (kalau ingin lebih keras bubuh 1 peket sekali) 

Caranya:
  • Masak air soya bersama serbuk agar2 hingga larut dan mendidih sedikit. Matikan api.
  • Tuangkan ke dalam mangkuk2 kecil atau bekas yg lebih besar dan sejukkan.Simpan di dalam peti ais.
  • Puding soya juga enak dimakan bersama air gula sahaja seakan2 tau fu fah.


Air Gula Melaka :

4 keping gula melaka /nise - lbh kurang 200 gm.
1/2  cawan gula
3 cawan air
2 helai daun pandan

Caranya:-
  • masukkan semua dalam periuk dan masak hingga gula hancur.
  • sejukkan dan enak dimkn dgn tau foo fa.




 

Designed By Izza sakura