Assalamualaikum
Salam Jumaat. Minggu depan dah masuk cuti sekolah selama seminggu. Apa perancangan uols untuk cuti sekolah?. Bagi saya tak de lah nak rancang bagai memandangkan anak nak exam kssr tahun ni so terpaksa cut mana-mana tempat nak bercuti tu. Insha Allah tahun depan boleh plan gi jauh-jauh.
Pagi Jumaat yang indah ni saja akak nak share resepi mudah nak sedap AYAM SUNQUICK. Rasa sedikit masam sunquick kemudin buh cili jeruk... memang perhhh... serius, sangat sedap. Korang tak caye?.. Tak nak sembang kosong...Jom try...
AYAM SUNQUICK
sumber: Resepi mudah gila
Bahan untuk ayam goreng:-
- 4 bahagian suku peha daging ayam (Buang kesemua tulang yang ada).
- 2 biji telur ayam (pukul rata)
- 1 sudu besar cukup rasa.
- 5 sudu besar tepung jagung.
- 4 sudu besar tepung gandum.
- 4 sudu besar tepung beras.
- 1 sudu kecil lada putih (serbuk)
- sedikit Ajishio
- Minyak banyak (deepfry).
Caranya:-
- Potong ayam ikut saiz yang dikehendaki dan celupkan ke dalam telur putih.
- Kemudian gaul dan salutkan ke dalam campuran serbuk lada putih, secukup rasa, Aji shio, tepung jagung, tepung gandum dan tepung beras mengikut sukatan di atas dan sehingga sebati.
- Panaskan minyak dan jangan lupa untung menggunakan minyak dengan banyak. Deepfry kan ayam tersebut sehingga masak.
- Kemudian angkat dan rehatkannya.
- Potongkannya dan tuangkan sos lemon yang lazat!.
Bahan-Bahan Yang Perlu Digunakan (Sos Lemon):-
- 1 biji lemon (dapatkan 3 sudu besar jusnya).
- 3 biji limau sunkist (dapatkan secawan jusnya).
- 2 sudu besar kordial oren sunkist.
- 1 sudu besar serbuk knorr.
- 1 labu bawang besar (cincangkannya).
- 5 ulas bawang putih (cincangkannya).
- 4 sudu besar butter.
- 3 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan tiga setengah cawan air.
Cara-Cara Membuatnya:-
- Cairkan butter dan tumiskan bawang besar serta bawang putih bersama butter tersebut sehingga wangi.
- Campurkan jus lemon yang diperah tadi, jus limau sunkist dan pekatan pati oren Sunquick dan serbuk knorr.
- Masak campuran jus tadi sehingga masak,kemudian kecikkan api.
- Kemudian masukkan campuran tepung jagung dan kacaunya sehingga sos menjadi pekat dan likat.
- Tuangkan sos tersebut ke atas ayam tadi.