Wednesday, May 31

LALA GORENG CILI DAN TELUR



Assalamualaikum...

Mi adalah resepi kedua pada hari yang sama untuk berbuka semalam iaitu ketam buttermilk. Ok kebiasaan sis buat lala goreng sweet sour je tak de plak nak letak telur. Kali ni try buh telur. Hasil dia perhhh.... sangat sedap. Actually kes ari tu g makan kat satu restoren thai. Rasa dia perhhh... sangat-sangat sedap. Kali ni zue buat untuk buka puasa semalam. Rasanya cam tak cukup je. Tapi good idea untuk buat shell out ni.. Bismillah.. Jom try..


LALA GORENG CILI DAN TELUR


Bahannya:


1/2 kg lala
1 biji telur
4 sudu besar cili giling
3 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
2 sb sos tiram
2 sb sos plum

 




Caranya:

  • Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 
  • Masukkan cili giling. Tumis hingga pecah minyak. 
  • Masukkan sos, cili, sos tiram, sos tomato dan sos plum dan gaul sehingga sebati
  • Letakkan sedikit gula dan garam. Gaul lagi
  • Akhir sekali pe­cahkan telur dalam satu bekas dan tuang dalam kuali, gaul rata. 
  • Masukkan lala. Gaul lagi sehingga lala masak.

KETAM BUTTERMILK... sedappppp




Assalamualaikum...

Semalam gigih pergi cokit untuk beli ketam. Alhamdulillah harga tak lah mahal, dapat rm22 sekilo. Ketam pun banyak isi. Tapi tak lah besar sangat.. Bolehlah untuk makan dengan anak-anak tu. Tapi kalau ikut nya sedap tu memang tak cukup so kena ada lauk sampingan untuk cover lauk ni.

Korang trylah buat serius, memang sedap yang kuah tu anak-anak menjilat pinggan.. katanya sangat sedap. Sama sedap dengan guna udang.. Jom try mana yang tak pernah try.



KETAM BUTTERMILK

1 kg ketam  
1/2 tin susu cair  (nak banyak kuah letak banyak lagi susu)
Sebiji bawang holland - dicincang
8 - 10 helai daun kari
1 biji telur masin yang di rebus (ambil kuning saja dan lecekkan)
1 kiub ayam knor
Garam dan gula secukup rasa 
2 sudu besar tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. 
Tepung sebaguna untuk mengoreng ketam


Caranya:

  • Goreng ketam telebih dahulu dengan tepung serbaguna sehingga garing
  • Panaskan minyak dan masukkan butter. (Zue guna minyak goreng ketam tadi)
  • Kemudian masukkan bawang putih yang dikisar bersama bawang holland yang dah dicincang.
  • Bila dah nampak kekuningan, masukkan telur kuning yang dilecekkan bersama daun kari dan cili padi yang diketuk sedikit. 
  • Dan masukkan susu cair, kiub knor, gula dan garam secukup rasa.
  • Bila dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  • Last sekali masukkan ketam dan tunggu sehingga ketam masak.

Thursday, May 18

KETUPAT PULUT DAUN PISANG DAN RENDANG DAGING




Assalamualaikum...

Alkisahnya.. ni cerita raya haji tahun lepas. Kami satu family tak balik so zue buat lah rendang versi sendiri. Bahan semua dah ada tapi daun untuk bungkus ketupat tak jumpa. Habis chow kit dan pasar borong seri kembangan pergi cari. Tak de sampai sudah. Last2 no choice guna je lah daun pisang kira alat-ala lepat lah ni sebab selalu tengok mak mertua buat lepat guna daun pisang so try ler buat kat lemang zue.. Hihiii..





LEMANG KUKUS DAUN PISANG



Bahannya:

3 cawan beras pulut - cuci dan rendam 4 jam (bergantung pada jenis beras pulut). Kemudian toskan.
3 cawan santan pekat + 1 sdt gula dan garam secukupnya - masak sehingga pecah minyak.
3 helai daun pandan - simpul Daun pisang secukupnya - layukan atas api supaya lembut dan senang bila digolong. Aluminum foil


Caranya:

*Panaskan kukusan terlebih dahulu* 
   

  • Sediakan loyang dan masukan beras pulut. Ratakan. 
  • Tuang santan yang sudah dimasak tadi serta daun pandan. Sukatan santan mesti sama paras      dengan beras. Jangan lebihkan santan nanti beras akan lembik bila sudah masak. 
  • Kukus dalam 30 minit bergantung pada beras sehingga masak. 
  • Bila dah masak keluarkan.
  • Kepal pulut mengikut saiz yang disukai dan letak atas daun pisang. Gulungkan padat supaya daun pisang melekat. Hujung sebelah menyebelah buncu lipatkan dan gulung lagi dengan aluminium foil.
  • Buat sampai habis dan kukuskan lagi dalam 20 minit dan kemudian bolehlah dimasukan ke oven . 
  • Bakar 20 minit pada suhu 180 degrees api atas bawah.

RENDANG DAGING

Bahannya:
1 kg daging (potong nipis kecil)
5 helai daun kunyit (mayang halus)
2 batang serai (ketuk)
2 ulas bawang putih (ketuk)
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula merah garam

Bahan-Bahan (BLEND)

15 tangkai cili kering + cili api (mengikut kepedasan sendiri)
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah 
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

Caranya:
  • Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan. 
  • Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak. 
  • Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat 
  • Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit. 
  • Biarkan sehingga naik minyak. 
  • Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..

Tuesday, May 16

KERANG REBUS


 Assalamualaikum... 

Uols suka tak makan kerang? Kerang adalah salah satu makanan peberet zue samaada cicah ngan air asam atau ngan sos cili thai. Kalau dalam char kue teow tu saja request banyak-banyak. Ada orang kata kerang ni penyebab batu karang. Samaada fakta ni releven atau tidak, bagi zue rasa cam betul sebab dalam kerang banyak pasir so mungkin pasir tu punca jaringan pundi kencing kita tak dapat ditapis sepenuhnya dan terjadilah batu karang... Ermm.. bahaya jugak tu tapi kalau mulut dah suka makan cammana tu tu yer... makan bleh tapi jangan selalu.. hokeyyy




KERANG REBUS 

Bahannya:-

Kerang 
Serai 
3 ulas bawang putih- diketuk
Air secukupnya
Garam  


Caranya:- 

  • Cuci bersih kerang,berus sikit dan bilas beberapa kali. 
  • Masukkan semua bhn dlm periuk dan masak atas api. 
  • Biarkan mendidih dan perasakan garamnya. (saya x suka masak terlalu lama,nanti isi kerang mengecut) 

p/s : Cicah ngan sos cili thai... perhhh... Besttt

Monday, May 8

ASAM LAKSA





Assalamualaikum....

Selamat pagi... Tau tak apa beza asam laksa dan laksa penang? Actually bagi Zue, lagi suka asam laksa daripada laksa penang. Kedai melayu susah nak cari asam laksa tau..kalau ada pun kat pasaraya besar dan tokeynya orang cina. So kalau buat lagi elok. Nak buat pun sangat mudah.. Jom try resepi dijamin sedap ni..

Actually ni resepi ambik kat FB. Admin yang share tu kata dia ambik daripada kawan dia orang cina.. Patut pun sedappp.. ori resepi ni tau...





ASAM LAKSA

Bahan utama:
3 kilo Ikan kembong
1 tin kecil sardin

Bahan Kisar
4 inci belacan melaka warna merah
4 labu bawang besar
1 jari telunjuk kunyit hidup
20+ biji cili padi
1 ibu jari lengkuas

Lain lain
4 tangkai daun kesum
20 kpg asam keping
4 bunga kantan -  belah
6 serai - titik
1 senduk cili giling
Segengam asam jawa
½ - 1 biji nenas masak - blend & masuk dalam kuah

Hirisan/Hiasan
Timun, daun pudina, bawang besar, cili merah/padi, salad, kantan dan daun pudina

2 kg ikan dicuci bersih dan di rebus, angkat  dan disiakkan isinya.  Tapis air rebusan diguna utk buat kuah. Masukkan kesemua bahan kisar dan bahan bahan lain termasuk ikan sardin yg dilenyet (admin cuci dulu). Masak dengan api perlahan. Masukkan gula dan garam.






Nota:

  • Gula mestilah banyak sehingga terasa seperti manis manis buah.
  • Nak guna laksa beras pun boleh. 


P/s: Letak otak udang lagi naik umpph asam laksa ni.

Thursday, May 4

LAKSA PENANG




Assalamualaikum...

Teringin makan laksa lah pulak hari ni. Actually laksa ni kalau buat kuah dia tak de tulang langsung baru makan tu tak leh berhenti tapilah kalau ada tulang.. Serius.. terus potong.. Makna pulak ngan otak udang.. Perhh... bertambah tau.. Nak buat bukannya susah.. Main rebus2 je tapi renyuh skit masa buang tulang kat ikan. Make sure pakai ikan sardin tau..




LAKSA PENANG

Bahannya:


1 kg ikan mata besar (ikan sardin)
(Direbus bersama beberapa keping asam gelugor)
2 bungkus laksa kering
5 keping asam gelugur
2 kuntum bunga kantan dibelah dua, batang diketuk
4 sudu besar pes udang
2 cekak daun kesum / cenohom
2 cm keratan lengkuas (diketuk)
4 batang serai (diketuk)
Garam, gula pasir dan serbuk perisa mengikut rasa.



Bahan-bahan untuk dibuat pes (dikisar halus):

Anggaran RM3.00 cili kering dibuang biji (boleh tambah ikut kepedasan). Perlu direbus dan blender sehingga menjadi cili giling
3 ulas bawang putih.
4 biji bawang besar dipotong empat
Anggaran 6 cm belacan bakar.



Bahan hiasan:

Daun pudina
Cili merah dihiris
Cili padi dihiris
Timun dihiris
Daun salad dihiris
Bunga kantan dihiris
Bawang besar dihiris
Telur rebus (sebiji dipotong dua atau dipotong empat)
Limau nipis atau limau kasturi dipotong sipi




Penyediaan kuah:


  • Ikan dibuang tulang dan asingkan tulang dalam bekas lain
  • Blenderkan isi ikan 
  • Blenderkan tulang ikan sekali kepala ikan (blend sehingga tulang menjadi putih) 
  • buang tulang ikan yang dah bertukar kaler tu
  • Dalam satu periuk, tapiskan air yang diblend tadi iaitu air blender ikan dan air blender tulang ikan
  • Masukkan bahan-bahan pes ke dalam periuk bersama bunga kantan, daun kesum, lengkuas dan asam gelugor.
  • Rebus sebingga mendidih dan masukkan garam dan gula
  • Tambahkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat 
  • Sekiranya rasa masam, masin dan manis secukup rasa, tutup api






Tips Penting: 


  • Ikan yang telah disiang hendaklah diperap sekejap; lebih kurang 10 minit bersama garam dan limau kasturi bagi menghilangkan hanyir ikan. Kemudian dicuci bersih.
  • Laksa kering hendaklah direndam semalaman supaya betul-betul lembut sebelum direbus. Rebus dalam air mendidih bergaram. Tentukan laksa anda masak sempurna dengan mencuba memicitnya. Selepas lembut, toskan dan basuh dengan air biasa. Toskan kembali dan simpan dalam bekas penapis untuk laksa anda sentiasa kering dan liat. Laksa yang direbus dibasuh dengan air biasa akan menghalangnya daripada melekat dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan sekiranya laksa itu stok yang lama.
 

Designed By Izza sakura