Wednesday, November 25

CUCUR DAGING KISAR




Assalamualaikum..

Selamat Pagi.. Pagi yang sejuk-sejuk lepas hujan ni bestkan makan sesuatu yang panas. Zue nak share resepi yang mudah dan rasa sangat sedap... CUCUR DAGING KISAR. Tak perlu pakai gandum. Testurnya sangat lembut dan rasa yang agak sedap. Sesuai dimakan bersama sos chili atau mayonis. Apa lagi.. jom lah buat...




CUCUR DAGING KISAR

Bahannya:-

*Daging ayam dikisar,
*Daun bawang/daun sup,
*Telur,
*Cili merah  dibuang biji dan dadu halus,
*Blackpepper,


Gaul rata semua skali.



Caranya:

Gaul rata, panaskan minyak, ambik doh menggunakan tangan atau spatula dan sedia digoreng.

Sunday, November 15

PANCAKE




Assalamualaikum...

Mood pagi tadi tiba-tiba rajin pulak, sempat buat donut ngan pancake. Pancake ni atas permintaan si kakak yang teringin nak makan. Zue paling tak sampai hati kalau anak-anak mintak nak makan. Penat macamanapun akan tetap buat. Sebab teringin masa kecik-kecik dulu my mom akan tunaikan permintaan kami adik beradik even dah tidur kalau kami ngantuk sekalipun.

Jom try resepi ni.... sedap..



Bahan-bahan :

1 cwn tepung gandum 
1 cwn fresh milk (sy guna full cream) 
1 biji telur 1 
1/2 sudu gula 
1 sudu kecil baking powder 
2 sudu bsr minyak jagung / mentega yg dicairkan. (Sy guna minyak jagung  je) 
1 sudu kecil esen vanilla 




Caranya : 

  • Satukan kesemua bahan di atas. 
  • Kacau sampai sebati dan tidak berketul atau blend. 
  • Tapiskan untuk elak ada yang berketul
  • Rehatkan selama 3-4 minit. 
  • Ambik 1 senduk dan tuangkan atas kuali non stick. 
  • Bila bahagian atas tu ada kuar buih tu blh terbalikkan. 
  • Bakar dengan api yang perlahan,   
  • Adunan di atas dpt dlm 4 keping pancake saiz sederhana. 
  • Kalu nk banyak boleh double or triple kan bahan2 di atas. 
  • Enak dimakan bersama madu dan coklat.

Friday, November 6

SHELL OUT di rumah... Jom..



Assalamualaikum...

Virus SHELL OUT dah melanda dunia masakan. Apalagi nak ambil peluang untuk cuba membuatlah. Hasilnya sangat lumayan. Semua sea food akak beli dengan harga rm50. Boleh makan 5 orang (2 dewasa, 3 kanak-kanak) siap terlebih-lebih lagi. Puas makan kat rumah.

Anak-anak sangat seronok cara makan yang bertebaran atas meja gitu. Tanpa pinggan mangkuk. Siap bertambah-tambah and pesan lain kali buat lagilah mama...sedapp.. Bangga sekejap sebagai seorang ibu dapat puaskan hati anak. Alhamdulillah suami pun suka.




Kerang sambal

Bawang putih
Bawang merah
Cili boh
Sos tiram, sos tomato
Gula
Garam

Bahannya:

  • Panaskan minyak, tumis bawang bersama cili boh, sos tiram dan sos tomato. 
  • Kemudian perasakan gula dan garam



Sotong

Bawang merah, bwg putih, halia, cili kering, serbuk kunyit, garam dan gula, sos bbq dan sos tiram


  • Gaulkan kunyit bersama garam dan perapkan. 
  • Tumiskan bwg merah, bwg putih dan halia bersama cili kering. 
  • Masukkan dalam pemanggang ajaib untuk masak. 
  • Bila agak kering boleh diangkat.




Ketam

4-5 ekor ketam dibersihkan
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sb cili boh
1 inci halia
2 sb rempah kari ikan
2 sb sos tomato
1 biji telur
2 sb butter
garam gula secukup rasa. Kunyit, lada sulah untuk perasakan ketam
sedikit air

caranya
  • Bersihkan ketam dan buang insang. Perasakan ketam dengan kunyit/garam dan lada sulah.
  • Panaskan minyak dan goreng sebentar (jgn terlalu lama) untuk masakkan isinya saja.
  • Tumiskan menggunakan minyak tadi dan masukkan sedikit butter dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dimesin. masukkan cili bila agak garing.
  • Bila dah naik minyak, masukkan rempah ikan dan tambah air. Masukkan sos tomato dan perasakan dengan gula dan garam.
  • Pecahkan telur dan kacau rata.
  • Masukkan ketam dan gaulrata


 


Udang

saya buat ala-ala butterprawn ( resepi yang sama dengan ketam ) cuma masukkan daun kari dan susu cair semasa menumis bahan tadi.


sayur

Jagung dan Brokoli
  • rebuskan jagung dan brokoli dan perasakan sedikit butter dan garam secukup rasa




Lepas makan banyak-banyak kita cuci perut lak..

AIR SODA HERBS


Sebiji lemon 
2-3 batang serai 
50 gm daun pudina 
laici tin 
asam boi 
ais batu 
ais krim sodabikarbonat 

Caranya:


  • Potong limau nipis-nipis dan masukkan serai (pecahkan serai) ke dlm air soda dan bersama air laici kedalam jug. 
  • Masukkan juga asam boi dan kacau rata. 
  • Masukkan ais dan boleh dituang dlm cawan

Monday, November 2

BROWNIES KEDUT COKLAT



Jangan ingat wanita cantik tak boleh masak dan jangan ingat rupa berkedut rasa tak sedap... Huhuu... Ungkapan baru buat cik brownies kedut.. 

Rahsia nak 'mengedutkan' ia perlu pakai coklat yang berkualiti seperti coklat berry's.. (Yang zue pakai).. Pernah try coklat masakan biasa, tak cantik dan tak de kedut pun.. Kali ni try brand berry's. Alhamdulillah.. Berkedut jugak..





BROWNIES KEDUT COKLAT

sumber: juicycafe

400gm coklat berrly's (dicincang kasar)
150gm buttercup
100gm gula perang
100gm gula kastor
4 bj telur
1 sk esen vanilla
*100gm tepung naik sendiri
*30gm serbuk koko
**di ayak



Caranya;

  • Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat berryl's dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
  • Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
  • Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
  • Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
  • Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
  • Tuang dalam loyang dan ratakan.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
  • Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
  • Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.
 

Designed By Izza sakura