Sunday, July 31

SELAMAT BERPUASA


Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKATlah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA dan TAUBAT adalah ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHANlah pemutihnya.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA, SEMOGA IBADAH KITA DITERIMA OLEH ALLAH
daripada Zue sekeluarga.

Tuesday, July 26

TEPUNG PELITA...list untuk buka posa






Tetiba teringat masa kecik-kecik dulu..Cik De Mah, Penjual Tepung Pelita yang paling sedap dikampung Kuala Bekah.... duk menjaja dari rumah ke rumah dengan cara letak dulang tepung pelita atas kepala - junjung (cara  orang lama)..Kira tepung pelita dia ni memang teramat sedap.. Dia punya air gula amat terasa (tak macam skarang air gula kureng).. Tepung pelita dia pun wangi dengan daun pandan dan terasa lemak santannya.. Tapi sekarang tak tahu dia masih ada atau sudah meninggal dunia... Sekarang nak cari tepung pelita yang betul-betul sedap memang susah.. yang ada mesti tak ori aka tak sedap.. even balik kampung skalipun still dah tak jumpa tepung pelita yang sedap..


Zue try buat ikut resepi yang digodek-godek dalam mr goggle.. ok gak rasanya..boleh lah tahan.. walaupun tak seoriginal...tapi still sedap.. Tepung pelita ni klu nak sedap kena banyakkan air gula (jangan sampai kencing manis plak..)..nak sedapkan lagi tepung pelita ni masukkan dalam peti ais.. dah keluar..memang perhhh...sodap dan sejuk jer halkum..



BAHAN-BAHANNYA:
1 bungkus tepung beras 
1 cawan gula halus 
2 1/2 cawan santan pekat 
5 cawan air panas 
1/2 cawan jus pandan (10 helai daun pandan diblend bersama 1/2 cawan air)
garam secukup rasa 
daun pisang - potong empat segi dan bentukkan seperti kotak.



CARA MEMBUATNYA
Bahan A (putih)
Bancuh 1 cawan tepung beras bersama pati santan serta garam secukup rasa. Ketepikan.


Bahan B (hijau)
Bancuh tepung selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau.( cair ) 


CARA MEMASAKNYA
  • Bentukkan daun pisang jadi empat segi. Kemudian jerangkan air kukusan. Apabila mendidih, aturkan acuan dan pisang di atas dulang. 
  • Masukkan satu sudu teh gula ke dalam setiap acuan. Masukkan adunan B dan kukus sehingga beku dan masak. Bila dah masak, tuangkan adunan A pula ke atasnya. Kukus lagi sehingga betul-betul masak.

Friday, July 22

MUFFIN KURMA KUKUS



Dalam peti ais ada buah kurma..Puasa dah dekat tapi kurma puasa tahun lepas ada lagi ni.. kena habiskan..Kebetulan jenguk dapur Izzah Muffin ada buat muffin prune..agak menarik ni...Good idea tukar prune kepada kurma..jeng..jeng..jeng.. akhirnya dah siap MUFFIN KURMA KUKUS..

Memang sedap..rasa lemak-lemak manis susu pekat dan wangi buttercup gitu.. zue buat muffin saiz cup almond london ni memang comel lote..Budak-budak pun suka makan.. Izinkan zue copy n paste resepi ni ye tn empunya.



bahannya:
100 gm mentega
200 gram susu pekat manis - zue kurangkan 180 gm jer
2 biji telur
150 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
buah kurma secukupnya yg di potong halus-halus



Caranya:


1. Pukul mentega bersama susu pekat manis sehingga kembang dan ringan.
2. Dalam mangkuk yang lain pukul telur sehingga betul-betul kembang dan ringan dan kemudian tuang ke 
    dalam adunan mentega dan susu juga tadi. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan soda ke dalam adunan tadi.
4. Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas. (Zue guna saiz s - Almond London
5. Tabur potongan kurma yang kecil-kecil tadi. 
6. Kukus di atas dapur dengan api sederhana selama 15-20 minit dan sehingga masak.

Wednesday, July 20

Jom makan PULUT DURIAN


Balik Kampung minggu lepas, mak zue sediakan pulut durian memandangkan sekarang musim durian. Apa lagi pulun lah makan sampai tak ingat dunia..Lastly sakit kepala..Berhenti rehat jap bagi hilang sakit. Bila dah hilang sambung balik. Almaklum durian kampung memang sedap dimakan terutama baru lepas jatuh dari pokok..Perrhhh.. lemak dia terasa  sangat..

Berbanding dengan durian KL yang sampai sini dah beberapa hari. Dah lah gitu selalu terkena.. beli yang tak elok ...dah lah mahal!!..Nak kata silap beli tak juga.. tapi bukan semua tak elok..dalam 5 biji ada 2 tak elok..






Bahan-bahan

2 cawan beras pulut (rendam dalam 3 jam )
1 cawan pati santan
1 cawan air suam
2 helai daun pandan
secubit garam 
Buah durian
*Gula pasir
*Gula melaka
      *secukup rasa


Cara-caranya:-

Tanakkan pulut dalam periuk dengan air yang sedikit dan api yang perlahan.
     (Bila masak tutup api.)

untuk santan nyer:-

Satukan Santan pekat bersama air suam, gula pasir dan gula melaka bersama simpulan daun pandan dalam satu bekas dan kacau sehingga gula pasir hilang. Lastly masukkan secubit garam dan kacau sehingga sebati.

Sediakan dalam satu mangkuk pulut bersama santan dan durian.

Tuesday, July 19

1st AWARD


1st time selama berbloging ni zue dapat award..tq kak tun..dari blog Pautan Kasih
Isshh..tak reti lak nak bercerita pasal award ni..selama ni duk tengok blog orang lain tapi bila dah terima rasa so excited sangat-sangat..

Kena cerita pasal diri sendiri ke?..Apa ye?..ok nak try mengarang jap..

1- Nama panel tarabozu asal daripada cerita jepun yang bertajuk with love dan menggunakan nama teru teru bozu (anak patung yang diperbuat daripada kain atau kertas yang dikatakan sebagai azimat utk petani2 dahulu. fungsinya lebih kpd memberhentikan atau menghindari hujan pada esok hari..inilah yg menjadi kepercayaan tradisional masyarakat Jepun..dan teru teru bozu ni di gantung di tingkap rumah..) pada tahun 98.. memang suka cerita tu sampai guna nama tu sehingga sekarang. Anak kedua dari 5 beradik yang dulu langsung tak tahu masak even ikan singgang sekali pun (kata org ganu).

2- Asal dari na..na.na..Ganu kiter.. tapi kawen ngan anak mami penang so pilih Selangor sebagai rumah ku syurgaku..adil skitkan.. hehehe.. 

3- Mula berjinak nak berbloging ni bila tengok orang punya blog cantek2.. pastu try buat resepi dalam Kongsi Resepi (FB)..jadik pulak.. pastu opismate tempah..pastu apa lagi..buat duit ler..sambil berbloging..kata orang sambil makan sambil minum air..tapi stil tak puas hati my pic blog tak cantekk..nanti ko DSLR..akan ku miliki jua..(entah2 tak reti guna-guna kamera biasa pun still tak reti adjust lg..n still mintak tolong my hubby)

4- Mempunyai 2 hero dan sorang heroin yang still kureng makan..so klu buat kek mesti bg jiran tak pun buat perabis kat opis...

5- Apa lagi ekk...hobi selain dari buat kek, menghabiskan duit (melancong)dan ambik gambar kek (hehehe..tengah belajar ni)..

Itu jer..Sekian terima kasih..

Yang Benar,
Tarabozu 

***Tak yah bagi sape-sape lagi award ni..bkn kedekut tau..tp 1st time dpt kena simpan dulu..heheheee..

Wednesday, July 13

MUFFIN oh MUFFIN..versi kukus


Semalam dapat order dari opismate nak muffin 100 biji.. kali ni nak guna resepi paling mudah dan murah so try ler godek-godek kat FB. Jumpalah satu resepi yang secukup rasa ni..MUDAH ..sebab perlu kukus jer..MURAH..sebab kosnyer tak delah nak guna barang-barang yg banyak ..dan paling penting senang dari segi resepinya yang sama tapi boleh dipelbagaikan perisa dan juga kaler..Amat sesuai untuk sesiapa yang nak buat jualan..



Resepinyer ala-ala apam polka dot jugak..
cuma ada terlebih dan terkuranglah dari segi berat bahan tapi still guna bahan-bahan yang agak sama ngan apam polka dot.




BAHAN..
1 1/4 cawan gula pasir
1 1/4 cawan susu cair
3 biji telur Grade A
1 sudu kecil overlatte
1 sudu besar baking powder
2 1/2 cawan tepung gandum 

paste pandan/strawberry/
kiwi/manggo * (apa-apa paste ikut selera masing-masing)
pewarna mengikut paste


CARANYA:-
  • pukul telur, gula dan overlatte sehingga kembang dan sebati (adunan akan menjadi putih)
  • Kemudian masukkan susu cair bersama tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian untuk 2 perisa dan kalerkan muffin mengikut perisa tersebut
  • masukkan dalam paper cup (zue guna mangkuk kertas yg lembut so cover dengan bekas lompang yang saiz besar)- untuk paper cup saiz M.
  • Kukus selama 10-15 minit.
  • Hiaskan coklat rice atau apa-apa yang menarik atas muffin apabila siap dikukus.

Cantekkan..warna warni dengan perisa yang berlainan tapi dalam satu resepi..trylah..

Sunday, July 10

LIGHT CHEESE CAKE

Teringin benar nak buat light cheese kek..selalu buat mesti tak jadi..sampai dah putus asa rasanyer.. Tetiba ari tu jenguk dapur kak nor..cantekk jer 'belang' cheese dia..memang mengujakan so.. apa lagi balik keje malam tu terus buat..

Bila siap rasa memang puas hati..rasanya ala-ala sponch kek dan agak terasa lemak cheesenyer.. dah cantek belangnyer so malas lak nak deco..kira dah puas hati pun!

Izin kan zue cut and copy paste resepi ni ye tn punya resepi..

Resepi : HaSue@sue-hasue.blogspot.com
melalui: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan:
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A - zue guna saiz C
• beberapa titik esen vanila/jus lemon dan pewarna pilihan sendiri

Cara-caranya:-

1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Bahagikan adunan kepada 2 kaler.
6. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan secara berselang seli kaler..macam zue, akan masukkan kaler putih kemudian baru kaler hijau dan ulang sehingga habis adunan tadi. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)

Monday, July 4

MUFFIN APPLE



Resepi muffin apple ni zue simpan agak lama kat dalam senarai untuk dibuat... tapi masa tak mengizinkan dengan kesibukan tugas harian. Kebetulan hari ni 'semangat' nak buat tu datang mendadak so balik dari keje terus turun ke dapur untuk buat muffin apple ni. Secara kebetulan lak apple yang beli minggu lepas masih ada lagi so terus guna dalam resepi ni...


Muffin ni rasa lembut dan wangi  dengan serbuk kayu manis. Memang sedap... Kalau tak percaya cubalah..




Resepi ni di translate dari BI..

Bahan-bahannya:-

50gm butter
2 biji apple merah
225 tepung gandum
2 sudu teh baiking powder
75gm gula merah
1 biji telur saiz A
1 sk serbuk kayu manis
150 plain yogurt
2 sb susu tepung + 1/3 cwn air dibancuh (zue tambahkan)

Untuk tabur atas muffin:-
gula merah



Caranya:-

  • Panaskan oven 190 c.
  • Panaskan butter sehingga cair. Sejukkan. Buang kulit apple dan potong menjadi kecil-kecil/ potong dadu kecil
  • Ayakkan tepung gandum dan baking powder ke dalam bekas. Kemudian masukkan gula merah, serbuk kayu manis dan potongan dadu apple ke dalam ayakkan tadi.
  • Di dalam bekas lain masukkan telur, yogurt dan butter yang di cairkan dan pukul sehingga sebati. 
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang di ayak bersama baking powder, gula merah dan sebuk kayu manis bersama apple ke dalam telur, yogurt dan butter tadi. 
  • Masukkan susu tepung yang di campur air tadi dan kacau sehingga sebati (dengan kelajuan sederhana)
  • Gunakan 2 sudu untuk masukkan ke dalam bekas muffin agak-agak 1/3 daripada bekas muffin.
  • Taburkan gula merah atas muffin tadi
  • Bakar selama 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing. Bila masak. Sejukkan.

Saturday, July 2

LOCONG sedap sebagai pencuci mulut


LOCONG.. dessert yang agak glamer kat kelantan tapi pada bulan puasa jer yang selalu ada. Rasanyer memang sedap. Ada rasa buah nangka, manis dan kenyal-kenyal gitu.. memang sedap.. Dulu zue tak pernah makan tapi kebetulan balik terengganu ada jual kat kedai pasar payang.. yang tak syoknyer time nak beli mesti dah abis..laku woo..

Teringin nak buat sendiri so search dalam En goggle..jumpalah..rupa-rupanya bahan dalam nyer tu ada letak 'skoteng'..apa tu skoteng?.. nak cari mana?.. skoteng tu sejenis agar-agar yang kenyal..bila kunyah rasa cam ala-ala gula2 getah tapi boleh dimakan..tu lah bila di cari tak jumpa..bila dah jumpa sekali..banyak lah jualnyer.. kebetulan zue temankan member pergi bake well kat gombak jumpa..terus beli.. minggu lepas pergi chow kit..kebetulan nak beli buah kabung untuk buat locong.. ada lak jual 'locong' yang siap rebus macam cendol..kaler merah..tapi memandangkan dah beli sebelum tu..abaikan jer..


RESEPINYER:

Skoteng/ cendol skoteng
sagu mata ikan
buah kabung
isi nangka
2 cawan santan
1 cawan air
1 sk garam
gula secukup rasa


CARANYA:-

KUAH
Masukkan santan, air, gula dan garam secukup rasa dalam periuk. Masak sehingga mendidih.

ISI
Rebuskan sagu (zue beli yang ready made- ada kaler2) dan skoteng. Potong isi nangka panjang-panjang.

Bila nak makan, masukkan santan, skoteng, sagu, isi nangka dan buah kabung..Untuk lagi sedap masukkan ais batu.



 

Designed By Izza sakura