Monday, August 29

KUIH SAGU KELAPA


Raya AidilFitri tahun ni zue beraya di Penang sebelah keluarga suami..so malam ni sibuk untuk buat ketupat (makanan rutin hari raya disini).. Mula-mula kawin tak biasa makan pulut pagi-pagi ni pastu perut akan berangin tapi lama kelamaan ketupat ni yang dicari setiap kali Raya...Ketupat cicah rendang daging... Emmm.. BETUL-BETUL SEDAP..hasil air tangan mertua katakan....

Semperna esok hari Raya AidilFitri, Zue nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri semoga hari raya tahun ni memberi kebahagiaan buat semua keluarga dan bertambah-tambah rezekinya. Ni adalah entry terakhir untuk puasa pada bulan Ramadhan tahun ni. Actually Zue ambik resepi ni daripada laman web my resepi



Bahan-bahan:-

1 cawan sagu dibasuh dan di toskan airnya
1 cawan gula pasir
2 cawan air
Pewarna merah
Kelapa parut yang digaulkan dengan sedikit garam

Cara-caranya:-
  • Masakkan gula bersama dengan air sehingga gula tersebut larut
  • Titikkan pewarna merah
  • Masukkan sagu dan kacau sehingga mendidih dan sehingga sagu tersebut menjadi jernih dengan menggunakan api yang perlahan.
  • Tuangkan dalam bekas dan sejukkan
  • Bila sudah sejuk, potong dan terus gaulkan dengan kelapa parut.

Wednesday, August 17

BISKUT KURMA GULUNG


Hari ni cuti Nuzul Quran bagi negeri Selangor tapi actually zue keje kat KL tapi tak cuti so zue ambik cuti jugak memandangkan zue duk Selangor.. Lagipun En Hubby dan anak-anak cuti.. Boleh lah pergi beli keperluan barang-barang untuk sambut hari raya...

Sambil tu zue uploadkan kukis yang dibuat hari minggu lepas yang zue ambik daripada majalah nona keluaran Ogos 2011.. Actually resepi tu hanya dapat sedikit saja adunan so zue doublekan untuk memperbanyakkan lagi biskut kurma gulung.. Ikut resepi dalam majalah ni digunakan inti buah kurma yang dibuang biji tapi zue try buat dan masukkan jem kurma sebagai inti.. ala-ala tat nenas gitu..ok lah.. lain daripada yang lain..Actually seronok mencuba resepi baru dan zue belajar menambah dan mengurangkan isi resepi mengikut selera zue.. hasilnya memang sedap..!!


BAHAN-BAHAN UNTUK TAT

125 gm mentega
75 gm gula aising
2 biji kuning telur
5 gm esen vanila ~ zue guna 1 sk
120 gm tepung gandum
80 gm tepung kastad


CARA MEMBUATNYA

  • Pukul mentega dan gula aising
  • Masukkan kuning telur
  • Masukkan esen vanila
  • Masukkan tepung dan tepung kastad
  • Canaikan adunan doh, gulung dan masukkan jem kurma
  • Bakar didalam ketuhar 180c selama 15 minit (zue bakar 150c selama 20-25 minit)




BAHAN UNTUK BUAT JEM KURMA

200 gm buah kurma yang dibuang biji
1/2 cawan air
100 gm gula
2 biji bunga cengkih
1 sb mentega

CARANYA
    • Kisarkan buah kurma dengan air. 
    • Masukkan kurma yang dikisar bersama gula dan bunga cengkih.
    • Masak sehingga pekat dan likat.
    • Last sekali masukkan mentega dan kacau lagi sehingga sebati.
    • Tutup api.




Monday, August 15

BISKUT COKLAT DAN CERI

Semalam Zue sempat buat 2 jenis biskut.. Almaklum tengah rajin.. Actually resepi biskut ni zue ambik daripada majalah nona keluaran Ogos 2011. Resepi yang agak sama dengan biskut coklat chip cuma bezanya ditambah ceri..Agak nampak sedikit kelainan kan?!.. Cuma zue tak letak ceri hijau (guna apa yang ada dirumah jer)..Malas nak bersesak kat kedai kek..Lagipun sekarang kedai kek memang ramai orang sangat2..nak beli barang2 kuih/kek untuk persiapan raya katakan..Memang sekarang waktunyer orang start dah nak mengukis ni... Termaksud zue....Ye lah lagi 15 hari nak raye..... Semua dah buzy nak buat tu buat ni..beli tu beli ni.. Kebetulan lak.. ari ni gomen dapat bonus....Memang bersesak ler mana2 shopping complex... Nasib baik baju anak2 zue dah beli awal2 lagi.. cuma tinggal kasut jer tak beli lagi.. Plan cuti minggu depan nak menjelajah cari kasut anak2 skali kasut maknyer skali... (^0^)


Bahan-bahan:


200 gm mentega
170 gm gula aising
10 gm esen vanila
2 biji telur
300 gm tepung gandum ~ zue guna tepung red rose
4 gm soda bikabonat ~ zue guna 1sk soda
3 gm garam ~  zue guna 1/2 sk garam
160 gm coklat chip
160 gm walnut
120 gm ceri




Cara Membuatnya:-
  • Pukul mentega dan gula aising
  • Masukkan telur dan esen vanila
  • Masukkan tepung gandun, soda bikabonat dan garam
  • Masukkan coklat chip, walnut dan ceri
  • Ambik sedikit adunan dan bentukkan bulat dan letak di atas dulang pembakar (Zue guna 2 sudu camca untuk bentukkan adunan tersebut)
  • Bakar dalam ketuhar 180c selama 15 minit...(zue bakar 150c selama 20-25 minit)
Resepi ni actually zue doublekan memandangkan resepi asal hanya dapat sedikit saja biskutnya..dan zue akan guna jumlah yang sama pada taburan coklat chip dan walnut.

Saturday, August 13

My First Cookies..CRYSTAL BALL

Alhamdullillah tinggal lagi 2 minggu lebih kita nak beraya. So zue dah kena buat jadual almaklumlah orang bekerja.. balik keja memang tak leh nak buat apa.. lepas buka posa kira badan dah letih nak buat terawih alasan tak leh buat anak kecik... Lepas solat maghrib... sambil kemas rumah prepare barang2 anak untuk ke rumah pengasuh pada esok hari.. sambil layan 2 hero zue..tetiba terlelap... rasa cam sekejap jer..rupa2 nya 1 jam jugak terlena.... Bila bangun..tengok2 kapal pecah kat umah zue.. mana tak jadi harimau...zue ni..

So..kalau zue nak mengookies ni kena lah ada jadualnya..tak leh kacau hari keja.. kena buat weekend.. kira jadual zue ni.. minggu ni dah kena buat cookies..minggu depan beli saki baki barang2 keperluan anak2, ..maknye.. n bapaknyer skali..mana2 yang tertinggal.. minggu sekali lagi dah nak balik kampung.. Tapi rasanya zue tak naklah buat banyak2 cookies tahun ni.. buat pun untuk balik kampung jer dan simpan skit untuk buat open house lepas raya nanti.. Almaklum kalau buat banyak2 mesti tahun berikutnya still ada.. kata orang leh goreng balik biskut raya yang tahun lepas ...(lepas raya biskut raya dah kurang laku)..(@_<)

Kebiasaan tahun-tahun lepas zue akan order biskut CRYSTAL BALL ni ngan member opismate. Tapi tahun ni nekad nak buat sendiri.. Alhamdulillah jadi.. Rasanya pun sedap.. Manis-manis dan rasa lemak sapi bercampur ngan masin garam skit.. memang yummy.. 



(70 biji - bergantung pada besar/kecil gentelan biskut)


Bahannya: 
250 gm tepung gandum
1 st soda bikabonat
1 st baiking powder
125 gm gula aising
1/8 st garam

1/2 st esen vanila
150 gm minyak sapi (cair dan sejukkan)
3 pewarna..merah,kuning dan hijau
Gula kaster untuk hiasan

Caranya:
 

1. Campur dan gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dan rehatkan selama 20 minit.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan seperti merah, kuning dan hijau.
3. Susun doh kepada 3 bahagian yang panjang dan bahagi kepada 10gm setiap doh.

4. Bentukkan adunan seperti bebola dan cantumkan 3 warna seperti dalam gambar.
5. Bakar dalam 150'C selama 15-20 minit.
6. Bila dah sejuk gulingkan dalam gula kaster.
7. Simpan dalam balang kedap udara

*Gentelan jangan terlalu besar kerana resepi ini dimasukkan serbuk penaik dan ia akan lagi mengembang..

Wednesday, August 10

NEKBAT.. pembuka posa orang pantai timur





Setiap kali bulan Ramadhan selain buah kurma perkara yang wajib ada ialah nekbat (sejenis manisan). Itulah peberet 'pembuka posa' orang pantai timur samaada orang terengganu atau orang kelantan. Memandangkan zue kawin ngan orang utara nekbat jarang-jarang ada kat umah sebab En Hubby tak suka makanan manis-manis ni so secara automatik zue terpaksa ikut selera En Hubby. Yelah kalau ikut selera zue sendiri....setakat makan sorang tak syok lagipun takkan nak makan banyak-banyak pulak tu anak-anak tak beberapa suka nak makan kuih-muih gini.

Actually nekbat ni zue beli yang ready made punya..nak buat almaklumlah..setakat nak makan 3 ketul tu jer.. Beli pun tak delah mahal sangat..baru RM2 untuk 7 ketul.. Tapi kalau beli mesti terus buat sebab nekbat ni tak tahan lama takut berkulat.. tahan setakat 1-2 hari (bergantung kepada cuaca)..tak boleh simpan lama. 

Nekbat ni kalau nak makan bukan terus makan cam kuih biasa tu.. perlu sira dulu.. so kat sini zue sharekan resepi nekbat dan air gula untuk menyiranya.





Bahan-bahan untuk buat nekbat:

1/2kg tepung beras
6 bj telur ayam
250 gm gula
3 helai daun pandan

Cara menyediakannya:

Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.

Kemudian masukkan gula, tepung beras dan pukul sehingga sebati.

Panaskan acuan dan dengan menggunakan simpulan daun pandan sapu acuan tersebut dengan sedikit minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.

Tuang adunan tadi ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.


Resepi untuk sira nekbat:-

2 gelas air
10 sb gula caster
3 biji cengkih
2 helai daun pandan

CARANYA:-
Masukkan 2 gelas air, 3 biji cengkih, 2 helai daun pandan yang disimpulkan dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. 
Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar tadi.

*10 sudu besar gula untuk 10 biji kuih nekbat.

Monday, August 8

AGAR-AGAR LAPIS SANTAN



Kebetulan masa zue buat ni cuti hujung minggu lepas. En Hubby request nak dessert.. So zue buatkan dessert paling menjimatkan masa, wang dan tenaga ni.. (nak senang cerita).. 

Actually ni resepi campak2 jer..paling mudah nak buat..guna apa yang ada kat halaman rumah dan dapur jer.. bukan perlu nak perabis duit pun nak buat dessert ni.. (",)...YES!!!... Dah siap AGAR-AGAR BERLAPIS SANTAN.. yang sedap..wangi dan menyelerakan..bila dimakan lepas keluar dari peti ais.




Bahan-bahannya:-
1 peket agar-agar
6 cawan air
3 cawan gula - ikut selera masing-masing
15 helai daun pandan - kasi terlebih wangi 
2 cawan santan
1 biji telor
secubit garam




CARANYA;
Masak agar-agar bersama air sehingga hancur agar-agar. 
Kemudian baru dimasukkan gula. 
Blend daun pandan bersama dengan telor dan masukkan air. Kemudian air ditapis dan buang hampas.
Ambik air tapisan sahaja untuk dimasukkan ke dalam periuk yang dimasak tadi. 
Masukkan santan dan secubit garam ke dalam periuk agar-agar tersebut. 
Kacau sedikit dan masukkan ke dalam loyang untuk di sejukkan.

Sunday, August 7

TALAM SKOTENG

Minggu pertama cuti bulan ramadhan ni penuh cabaran. Ye lah duk fikir naik masak.. Kalau boleh semua jenis lauk dan kuih muih nak buat. Tapi takut tak habis. Kebetulan skoteng yang guna untuk buat dessert bulan lepas ada lagi. So try ler godek-godek resepi yang seangkatan dengannyer so jumpalah resepi TALAM SKOTENG dalam blog Am-Flora..tapi zue nak cut n paste dari resepi kak ummi di sini.

Resepi : Chef Asma
Source: Am-flora@serojakitchen n Kak Ummi@ummi zaihadi homes


Bahan Lapisan Bawah:
  • 50g sekoteng (rebus & toskan)
(Kalau x ada sekoteng blh guna sengkuang cina yg direndam dgn perwarna pink, itu kata Chef Asma)
  • * 150g tepung beras
  • * 250ml santan pekat (akak guna santan Kara - 150 ml santan + selebihnya air)
  • * 450ml air
  • * 1 sudu makan Tepung Hoen Kwee (putih)
  • * 150g gula castor
  • * 1 sudu teh garam
Cara-Cara:-
Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis dan masak hingga naik wap - tutup api.
Masukkan sekoteng (yg telah direbus tadi) dan kacau rata.
Tuang ke dlm loyang dan kukus selama 25 minit. (*zue ikut kak ummi guna acuan lompang dan kukus selama 15 minit sahaja)

    Bahan Lapisan Atas:
    • 150g tepung gandum
    • 300g gula halus
    • 5/3/2 biji telur
    • 250ml santan pekat 
    • 500ml air
    • 1/2 tsp garam
    • 1 ½ tsp perisa pandan dan pewarna hijau


    Cara-Cara:
    Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk dan masak hingga naik wap.
    Tuangkan ke atas lapisan bawah.
    Kukus selama 30 minit atau hingga benar-benar masak. (untuk lapisan atas,  balut penutup kukusan dgn kitchen towel)
    Rupa skoteng yang dibeli di kedai bake well.

    Saturday, August 6

    Mi SEDAP memang sedap untuk berbuka puasa

    Pejam celik pejam celik ari ni dah masuk 6 hari kita berpuasa. Hari pertama bukan main rajin nak masak, sebab sampai awal kat rumah almaklum ramai orang still dalam mood balik kampung untuk berbuka posa ngan family so kl tak lah traffict jem sangat.. masuk hari ke-3...dah start traffic jem .. sampai umah pul 6 lebih.. nak masak apa kalau selain membeli.. tapi kalau membeli almaklum lah tak de lah sedap sangat.. Kebetulan ada iklan mee sedap dalam radio suria.. apa lagi.. heheheee.. buat lah menu 'rajin' ni..Mi SEDAP yang agak sedap dan mudah..




    Memandangkan dah lama tak hup date blog so entry kali ni zue postkan pasal mee sedap yang dibuat hari khamis lepas.. tapi hari minggu boleh entrykan post ni almaklum buzykan... SELAMAT MENCUBA



    Bahan-bahannya:- (4 orang makan )
    4 peket mee sedap
    2 ulas bawang merah
    1 ulas bawang putih
    1 st minyak masak
    udang/sotong/daging ayam (potong kecil-kecil)
    sayur-sayuran (zue guna sawi)
    sedikit air

    hiasan
    bawang goreng (sudah ada dalam mee sedap)
    lada besar dipotong halus


    CARANYA:-


    Rebuskan mee sehingga menggelegak tapi jangan sampai terlampau lama. Toskan dan asingkan..

    Masukkan minyak dalam mee sedap + ngan 1 st minyak masak (jangan terlampau banyak minyak takut mee tu berminyak sangat). Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan ayam/sotong/udang. Kacau dan perlahankan api dan tutup dengan tudung periuk seketika atau sehingga masak. Masukkan sedikit air ( untuk tidak terlampau garing ). Masukkan sayuran bersama mee yang ditoskan tadi. Kemudian masukkan rempah-rempah di dalam mee sedap kecuali bawang goreng. Kacau sehingga masak. 

    *Perlu diingatkan jangan masukkan gula/garam lagi ke dalam mee sedap kerana ia sudah masin dan manis.

    Monday, August 1

    MUFFIN COKLAT





    Entry terakhir untuk malam Ramadhan Almubarak ni, sebelum berpuasa esok hari, zue nak sajikan muffin coklat yang diambil daripada sorang sahabat FB ni..sory banyak sangat godek-godek FB member sampai lupa nak ambik nama sahabat ni.. Actually bila zue 1st time buat bila member buat tempahan muffin so try buat resepi ni.. Alhamdulillah member zue puji.. agak sedap kata nyer.. so sekarang zue memang guna resepi ni kalau ada orang tempah muffin coklat.

    Resepi ni tak perlu nak membakar nak taklah menyusahkan.. Ala-ala kek coklat gitu.. Untuk saiz M boleh dapat sebanyak 100 biji, zue buatkan 3 adunan sekaligus. Zue nak share untuk sesiapa yang nak buatkan jualan atau kalau malas nak tempah ngan zue pun boleh..+__+


    BAHAN A
    1 cawan serbuk koko
    1 cawan gula pasir
    1 cawan susu cair
    1 cawan minyak masak
    1/2 cawan susu pekat

    BAHAN B
    1 1/4 cawan tepung gandum*
    1 st soda bikarbonat*
    1 st baiking powder*
    1 st esen vanila
    3 biji telur
    * Di ayak

    HIASAN
    coklat rice


    Caranya:-
    • Masakkan bahan A sehingga cair dengan api yang kecil. Bila dah sebati tutup api (tak perlu sehingga mengelegak)
    • Pukul telur sehingga kembang
    • Campurkan bahan A yang dimasak tadi ke dalam telur yang dipukul sehingga kembang bersama dengan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati
    • masukkan bahan B yang di ayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati. 
    • masukkan hampir penuh ke dalam cup saiz M (ikut citarasa masing-masing untuk saiz cup)
    • Kukus selama 10 minit atau sehingga masak
    • Boleh dihias dengan coklat rice apabila sudah masak.
     

    Designed By Izza sakura