Tuesday, January 31

DONUT KELEDEK

Assalamualaikum...

Semalam semangat nak men'donut' datang so balik kerja terus turun ke dapur.. Klu hari rajin tu tak boleh kata apa... Tak fikir pun penat balik kerja..janji dapat tunai nak membaking tu.. Baru rasa puas hati.. 

Donut ubi keledek ni memang gebus dan sedap... Pendek kata puas hati berpenat lelah pun.. Donut yang zue buat ni dah digoreng separuh masak semalam kemudian pagi ni goreng lagi sampai masak untuk bekal anak dan zue sendiri ke opis... Masih lagi sedap..tapi jangan dibiarkan agak lama nanti sedikit lemau.. Goreng balik baru sedap sebab akan rasa sedap bila dimakan panas-panas.

sumber1: Ros Jintan Manis
sumber2: K.Nor@SecubitGaram



Bahan-bahannya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( susu tu diletak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya :




  • Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.






  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.






  • Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.






  • Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan.
  • Monday, January 30

    NASI BUBUR

    Tetiba tekak ni teringin nak makan NASI BUBUR atau dikenali sebagai nasi air. Kalah orang demam... Actually resepi zue ni memang banyak bahan sebab ia ikut anak tekak sendiri.. 
     
    NASI BUBUR

    Sumber: Zue @ tarabozu2.Blogspot.com

    Bahan  A untuk nasi:
    3 cawan beras
    Setengah inci halia ~ Dimayang halus
    2 biji bawang putih ~ Dimayang halus
    1 labu bawang besar ~ Dimayang halus
    1 Kiub pati ayam
    Air secukupnya


    Caranya:
    • Basuh dan toskan beras
    • Masukkan kesemua bahan ke dalam rice cooker, kacau dan switch onkan rice cooker
    • Sebelum masak pastikan kacau lagi untuk seratakan ke semua bahan.
    Bahan B (Sup):
    Ayam ~ Dipotong kecil-kecil
    1/2 bungkus serbuk sup (Brand Adabi)
    2 ulas bawang merah ~ Dihiris halus
    1 ulas bawang putih ~ Diketuk
    Kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga
    Carot ~ Dipotong nipis
    Daun saderi ~ Dipotong halus
    Daun sup ~ Dipotong halus
    Daun bawang ~ Dipotong halus
    Ubi kentang ~ Dipotong kasar
    Garam secukup rasa
    Sedikit minyak
    Air secukupnya

    Caranya:
    • Tumis bawang merah dan bawang putih yang diketuk tadi dengan sedikit minyak
    • Bila dah naik bau, masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih dan juga serbuk sup adabi.
    • Masukkan ubi kentang dan air yang banyak bersama ayam yang dipotong kecil-kecil tadi. Biarkan seketika. 
    • Masukkan sekali carot, daun saderi dan garam cukup rasa. Biarkan sehingga masak.
    • Bila sudah masak, hidangkan bersama daun sup dan daun bawang. 
    **Keluarkan ayam dalam sup tersebut**
    Rasa kekurangan kalau tak de lauk..so zue sharekan 
    resepi lauk simple..








    Bahan C (Lauk):
    Ayam dipotong ikut selera
    Sedikit minyak
    2 biji bawang merah **ditumbuk
    1 biji bawang putih **ditumbuk
    Garam secukup rasa
    Gula secukup rasa
    1 sk kunyit
    2 sb cili giling
    2 sb sos tomato
    1 sb sos tiram

    Hiasan:
    Potongan lada hidup
    Daun sup

    Caranya:
    • Lumurkan ayam tadi dengan kunyit, garam dan cili giling perapkan seketika dalam 5 minit (Lagi lama lagi sedap)
    • Tumis bawang yang ditumbuk tadi (zue lebih suka tumbuk sebab lagi sebati bahan tersebut)
    • Masukkan ayam yang diperap tadi bersama sos tiram, sos tomato dan sedikit gula kemudian kacau seketika
    • Perlahankan api dan tutup dengan tudung periuk dalam 10 minit atau sehingga masak
    • Dah masak sedia dihias bersama daun sup dan potongan lada hidup


    Zue lebih suka kalau ader sos lada ala-ala nasi ayam gitu..

    Sos (Bahan C):
    Bahannya:
    2-3 biji lada hidup
    1 batang serai
    gula secukup rasa
    garam secukup rasa

    Caranya:
    • Masukkan dalam blender
    • Blendkan kesemua bahan tadi.

    Kangkung goreng (Bahan D):
    Bahannya:
    Kangkung
    1 ulas bawang merah ~ Dimayang
    1 ulas bawang putih ~ Diketuk
    1 sb sos tiram
    1 sb sos nampla 
    sedikit minyak

    Caranya:
    • Tumiskan bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak
    • Masukkan kangkung, sos tiram dan sos nampla
    • Kacau dan biarkan seketika sehingga masak.
    Bahan lain untuk makan:
    • Sedikit kicap
    • Ikan bilis digoreng garing
    • Hirisan limau nipis
    • Carikkan isi ayam dan sedia dimakan  bersama nasi bubur

    Saturday, January 28

    CONGO BARS

    Assalamualaikum...

    Projek hari ni ialah kek CONGO BARS.. Tetiba hari ni semangat berkobar-kobar lak nak buat.. Hari jumaat lepas print daripada dapur kak nor Secubit Garam.. 

    Rasanya memang sedap.. mungkin disebabkan adernyer kekacang yang banyak kat dalam tu.. Dalam resepi ni zue guna kekacang yang ader kat dapur seperti walnut, almonds, biji matahari, coklat chip dan zue tambah sedikit buah prune yang dihiris kasar.. 
    Bahannya:
    315gm tepung gandun
    2 1/2 sk baiking powder
    1/2 sk garam
    150gm butter
    200gm gula perang (resepi asal 453gm)
    3 biji telur
    1 sk esen vanila
    250gm coklat chips
    1 cawan kekacang (zue guna~ walnut, almonds dan biji matahari)
    7-8 biji buah prunes (zue tambah)


    Caranya:
    • Ayak tepung, baiking powder dan garam dalam satu bekas dan ketepikan.
    • Dalam bekas lain, masukkan gula perang bersama mentega dan kacau sehingga butter melarut
    • Masukkan telur sebiji hingga sebiji dan pukul sehingga sebati
    • Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
    • Masukkan bahan kering yang diayak tadi dan kacau rata.
    • Akhir sekali masukkan kekacang bersama coklat chips dan buah prunes dan gaul sempurna.


    • Tuangkan dalam loyang ukuran 13 x 9 yang digriskan dengan butter dan di alas dengan kertas minyak dan ratakan permukaannya.
    • Taburkan permukaan adunan dengan kepingan badam dan coklat chips.
    • Bakar pada suhu 170'c selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. (Jangan terlebih bakar)

    Resepi ni amat mudah dan rasanya pun sedap.. nak kata kek buah tak macam kek buah.. nak kata brownies.. pun bukan brownies..yang pasti ini adalah congo bars

    Friday, January 27

    KEK LAPIS MASAM MANIS


    Dah lama nak buat kek lapis masam manis.. Tapi malas nak melapis lah pulak.. Rasa lebih suka kalau buat kek yang seketul terus masuk dalam oven.. Kali ni buat jugak memandangkan kek lapis masam manis ni peberet zue.

    Untuk resepi yang di ambil daripada dapur kak dayang ni, keknyer adalah kecil dimana ukuran loyang 8 x 4.5 x 4.5. So kalau nak besar doublekan saja bahan-bahan tu.. Yang pasti kek ni amat puas hati sebab sangat sedap. 

    Sumber : Kak dayangjack
    Bahannya:-

    2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
    4 biji telur A (sejuk)
    180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
    4 sb susu pekat manis
    1 sb ovalette
    2 sb horlicks - optional
    125 ml susu segar (sejuk)
    1 sk esen vanilla
    80 ml minyak jagung
    kepingan asam manis/hawflake secukupnya (Zue guna yg saiz kecil-kecil tu)
    sedikit pewarna hijau/pes pandan, merah dan kuning (warna lain pun kira ok)

    Caranya :
    • Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
    • Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
    • Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
    • Bahagikan kepada tiga bahagian. Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan, pewarna merah/pes strawberry dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning/plain (warna asal). Untuk lapisan hijau, merah dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
    • Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit)
    • Tuangkan lapisan merah  dan susunkan hawflake diatasnya kemudian kukus 
    • Ulang lagi kepada warna kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus lagi. Ulangi proses hingga habis. 
    • Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala).
    • Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.
    Memang puas hati.. sedapp..

    Wednesday, January 25

    CUCUR KERIA aka COQ KERIA

    Kalau cuti memang best buat kuih pastu ambik gambar.. Cuaca cerah kat luar membuatkan gambar tu nampak 'hidup'... Tapi kalau hari kerja pulak, bila zue buatkan kuih atau kek dah siap tu waktu malam.. so terpaksa guna cahaya lampu. Gambar tu tak de lah nampak 'real'.. So kalau uols tengok dalam blog zue yang gambarnyer sedikit lawo (perasan lak..) itu tandanya diambil di hari siang atau hari tak kerja.. Kekadang terfikir gak kan best kalau tak kerja, lepas masak ambik gambar comform puas hati..

    Actually ni adalah resepi yang lebih kurang sama zue guna semalam dalam resepi
    Bahannya:


    3-4 biji ubi keledek (saiz sedang)
    1 cawan tepung gandum
    secubit garam bersama air untuk merebus ubi
    4 sb gula dan sedikit air
    Caranya:
    • Rebus ubi keledek sehingga masak dengan sedikit garam
    • Keledek yang dah masak, dibuang kulit dan dilecek sehingga lumat.
    • Masukkan tepung dan gaul sehingga sebati
    • Ambil 1 sb adunan tadi, bulatkan dan kemudian leperkannya.
    • Buat lubang dibahagian tengah adunan tadi
    • Panaskan minyak, sedia digoreng sehingga kekuningan.
    • Masak gula dengan sedikit air sehingga pekat dan hampir kering, kemudian masukkan kuih keria tadi dan balik-balikkan supaya diselaputi gula.

    Tuesday, January 24

    CEK MEK MOLEK

    Teringat masa duk kelantan dulu.. Ni adalah resepi pertama yang zue cuba buat.. memang mudah so terus menjadi.. Bila kawin pulak, try buat untuk En Hubby.. menjadi tapi gula kat dalam tu sedikit jer hancur.. Mungkin sebab goreng tak lama dalam kuali... Dah lama tak buat tetiba minggu lepas pergi ke pasar chow kit jumpa ubi keledek selonggok rm2.. Murah betul terus zue beli.. memang target nak buat cek mek molek dan kuih keria.
    Bahannya:

    5 biji ubi keledek
    Sedikit garam kasar untuk merebus ubi keledek
    Air untuk merebus ubi
    2-3 cawan tepung gandum (bergantung pada saiz ubi)
    Inti: Gula secukupnya
    Caranya:
    • Rebuskan ubi bersama sedikit garam kasar sehingga masak
    • Dah masak toskan airnya
    • Kupaskan kulit ubi dan hancurkan ubi tersebut 
    • Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga rata
    • Sedia dibulatkan dan penyek bahagian tengah untuk diisi gula (jangan terlalu banyak)
    • tutupkan lubang pada gula tersebut dan bulatkan, kemudian getel untuk membentuk sedikit bujur
    • Goreng sehingga warna cek mek molek bertukar kepada sedikit gelap.

    Sedia dihidang bersama minuman petang

    Monday, January 23

    MEE GORENG BASAH lencun..

    Kebiasaan kalau Zue makan mee goreng mesti nak basah lencun ala-ala hailam gitu.. sebab lagi terasa mee goreng tu.. Kalau kering lak.. terasa kering jer tekak ni so bila nak makan tu cam kureng lalu skit.. Tapi bila dah masak tu kena terus makan sebab bila dah basah, ia akan kembang lak mee tu.. pun tak sedap pulak..

    Kalau oranng Terengganu makan mee goreng ni mesti nak makan sekali ngan keropok keping.. Lagi sedap kalau keropok tu dibuat sudu.. Pelik tak?.. Ader member zue tu kata pelik.. Tapi tu adalah kebiasaannya.. Tapi kalau tak de pun tak kisah.. cuma rasa sedikit kekurangan lah..

    Bahan-bahannya:-
    Sebungkus mee kuning (4 orang makan)
    3 biji bawang merah
    2 biji bawang putih
    sawi
    ayam
    Sotong
    udang
    taugeh
    2 sudu besar lada yang dikisar
    2 sudu besar sos tomato
    2 sudu besar sos tiram
    sedikit garam
    sedikit kicap
    1 sudu besar gula


    Cara-caranya:-

    • Tumbuk bawang putih dan bawang merah. 
    • Panaskan minyak dan tumiskan. 
    • Bila agak garing masukkan cili giling, sos tiram dan sos tomato. 
    • Kacau agak-agak hingga sedikit naik bau. 
    • Masukkan ayam, sotong dan udang yang dipotong halus/nipis.
    • kacau dan biarkan seketika sehingga masak ayam dan udang tadi (tutup periuk). 
    • Bila sudah masak ayam dan udang tadi, masukkan air dalam 1 cawan bersama kicap, gula dan garam. (Kalau nak lagi berair masukkan lebih air)
    • Tunggu sehingga sedikit mengelegak barulah masukkan bersama mee kuning,taugeh dan sawi. Sedia dihidang. 
    Tips:

    • Bagi zue tak perlu nak letak banyak bahan kat dalam mee goreng basah ni.. nanti jadi lak mee mamak..
    • Tumbuk bawang adalah lagi sedap berbanding potong nipis/halus.

    Wednesday, January 18

    ROTI TELUR BERGULA

    Sarapan pagi dah..
    Makan tengahari pun dah..
    Tunggu menu untuk malam lak..
    Emmm.. Ape ya?..
    Malas nak fikir sangat otw balik keja nanti singgah kedai  beli lauk.. pastu masak nasi.. Abis cite..

    Pernah makan ROTI TELUR BERGULA tak?...Ini resepi zaman persekolahku dulu.. Pepagi yang indah sebelum ke sekolah, my mum buatkan roti salut telur pastu guling dalam gula (dulu tak jumpa gula aising so my mum blend jer gula kastor tu...).. Minum ngan air milo... Sedap tau..Sekarang zue buat untuk my kids pulak.. Dia orang pun suka.. Yang paling suka tang gula agaknyer tu..+_+

    Bahannya:

    Roti Gardenia
    Sedikit butter
    Telur
    Secubit garam
    Gula aising untuk menyalut roti tersebut
    Caranya:


    • Pukul manja dengan garfu telur bersama secubit garam.
    • Panaskan kuali bersama sedikit butter
    • Sekeping roti dipotong dua dan dicelup telur depan dan belakang
    • Sedia digoreng dalam butter tadi
    • Biarkan garing depan dan belakang
    • Angkat dan sejukkan sekejap
    • Sedia di salut dengan gula aising
    • Boleh dihidang

    Monday, January 16

    COKLAT VELVET CUP CAKES

    Red Velvet adalah resepi yang paling zue suka buat dan suka makan.. Memang tak muak langsung berbanding kek lain so kali ni zue buatkan Red Velvet versi Coklat Velvet. Camana tu?.. Actually kaler merah tu zue tak letak tapi gantikan dengan kaler coklat yang banyak... Ini dinamakan COKLAT VELVET CUP CAKES..
    Bahannya:

    Bahan kering
    2 1/2 cawan tepung gandum
    1 1/2 cawan gula aising
    1 sk garam
    1 sk soda bikarbonat
    1/2 cawan serbuk koko
    Bahan basah
    2 biji telur
    1/2 cawan minyak jagung
    1 cawan buttermilk (1 cwn susu + 1 sb cuka putih/lemon jus -mcm tairu)
    1 sk vanila aising
    1 sk cuka putih (cuka makan)
    1 sb pewarna coklat

    Untuk Cream cheese topping
    125 gm cream cheese
    1/2 cawan butter (lebih sedap guna unsalted)
    1/2 cawan gula icing
    1 sb perahan lemon (zue ltk sunquick)
    Caranya:
    • Panaskan oven 180'c
    • Ayakkan bahan kering
    • Masukkan kesemua bahan basah dan pukul dengan mixer sehingga kembang
    • Masukkan dalam acuan dan bakar selama 18-20 minit
    • Untuk topping, pukul kesemua bahan sehingga sebati
    • Letakkan topping bila cup cakes dah sejuk.

    Sunday, January 15

    DONUT TOFU LEMBUT

    Bila tengok ramai blogger makanan buat donut ni.. teringin lah buat tapi zue tak kenal lak to fu lembut tu... Ni 1st time guna bahan ni.. Rasa cam pernah jumpa kat pasaraya tapi tak tahu lak penggunaanya.. ingatkan taufu fah yang jual pasar malam tu..Bila pergi kedai runcit terus cari  bahagian peti ais... jumpalah satu bekas yang tertulis tofu lembut.. Harganya rm1.. Aikk... murahnyer.. ader 300gm.. Banyak gak tu.. dalam resepi ni cuma guna 125gm jer.. Leh buat banyak tu donut tofu tu..
    Resepi Asal: Makyong, myresepi
    source : rosmarlina @ jintanmanis.com


    Bahan-Bahan :
    300 gram tepung gandum
    125 gram taufu lembut
    1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
    1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
    160 ml susu suam@air suam
    40 gram shortening
    4 sudu besar gula
    6 gram yis
    100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
    1/2 sudu kecil garam
    1 sudu kecil baking powder


    sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut


    Caranya :

    1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

    2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

    3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

    4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnya, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan. 


    Memang puas hati.. sangat gebuss..

    Saturday, January 14

    GORENG PISANG TANDUK

    Petang-petang ginikan best pekena pisang goreng.. Selama ni zue lebih suka pisang nangka..Rupanyer pisang tanduk ni lagi best daripada pisang lain yang digunakan untuk goreng pisang.... Rasanya lemak manis gitu.. Minum lak ngan air teh.. bersantai jer..depan rumah..

    Kali ni try buat resepi dari dapur dayang jack pulak..

    sumber: Dayangjack
    Bahan-bahan:

    • 1 biji pisang tanduk dihiris (potongan ikut suka)
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 cawan air sejuk 
    • sedikit garam
    • 1 sudu makan gula (optional)
    • 3 sudu makan kelapa parut
    • sedikit serbuk kunyit


    Caranya :



  • Satukan tepung, baking powder, garam, gula, kelapa parut dan serbuk kunyit di dlm bekas yg agak besar. Ratakan.



  • Kemudian masukkan air sejuk dan sebatikan. 



  • Masukkan pisang yg telah dibelah dua tadi ke dlm batter dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit.




  • Panaskan minyak utk goreng terendam. Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng.


  • Gorenglah pisang hingga masak keemasan.

  • *    Boleh juga letak sedikit baking powder jika suka. *    Campuran kelapa parut akan merangupkan dan
         menyedapkan lagi rasa pisang.

      Thursday, January 12

      LOCONG menyelerakan..

      Assalamualaikum...

      Pernah dengar tak LOCONG?.. Ape tu.. Itulah makanan atau pemanis mulut bagi orang kelantan yang asalnyer dari Thailand. Sebelum ni pun zue pernah N3kan resepi locong ni DISINI.. 

      Kebetulan hari tu pergi pasar chow kit ader jual skoteng (bahan utama untuk buat locong) yang dah siap ada dijual. Just tambahkan Santan atau bahan-bahan lain jer..
      Bahannya:

      Buah nangka
      Gula 
      Garam
      Santan segar
      Daun pandan
      Caranya:
      • Simpulkan daun pandan
      • Masukkan dalam periuk bersama garam, gula dan isi nangka dan masakkannya
      • Bila dah separuh masak, masukkan locong
      • Tutup api dan sejukkan
      • Bila dah sejuk.. makan bersama ais batu.

      Locong ni macam cendol tapi tak delah lembut macam cendol.. rasa kenyal-kenyal gitu.. Bahan kat dalam tu actually ada banyak lagi tu.. macam buah kabung, agar-agar kosong yang dipotong kecil-kecil dan sagu.

      Memandangkan semua bahan tu tak de dan usaha mencari nya tiada so zue tak letaklah..
      Bau wangi nangka tu amat menyelerakan... Makan bersama ais batu.. Emmm.. Sedap..
       

      Designed By Izza sakura