Assalamualaikum...
Mi adalah resepi kedua pada hari yang sama untuk berbuka semalam iaitu ketam buttermilk. Ok kebiasaan sis buat lala goreng sweet sour je tak de plak nak letak telur. Kali ni try buh telur. Hasil dia perhhh.... sangat sedap. Actually kes ari tu g makan kat satu restoren thai. Rasa dia perhhh... sangat-sangat sedap. Kali ni zue buat untuk buka puasa semalam. Rasanya cam tak cukup je. Tapi good idea untuk buat shell out ni.. Bismillah.. Jom try..
LALA GORENG CILI DAN TELUR
Bahannya:
1/2 kg lala
1 biji telur
4 sudu besar cili giling
3 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
2 sb sos tiram
2 sb sos plum
Caranya:
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili giling. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan sos, cili, sos tiram, sos tomato dan sos plum dan gaul sehingga sebati
- Letakkan sedikit gula dan garam. Gaul lagi
- Akhir sekali pecahkan telur dalam satu bekas dan tuang dalam kuali, gaul rata.
- Masukkan lala. Gaul lagi sehingga lala masak.
No comments:
Post a Comment