Saturday, February 23

NASI LEMAK TELUR MATA


Assalamualaikum..

Selamat pagi merangkap nak masuk tengahari... Hari ni nak share resepi pagi ni iaitu nasi lemak yang zue ambik daripada member. Actually zue ni penggemar nasi lemak. Tempat peberet yang zue suka makan kat kampung medan iaitu gerai mali char kue teoy.. Situ dia punya nasi lemak yang simple tapi kuah sambal dia tu memang secukup rasa. Kebetulan ada member office memang terer buat nasi lemak ni so zue try buat guna resepinya ari ni. 

Untuk buat nasi lemak sebenarnyer sama jer cuma resepi dari segi nasi dan bahan ulam dan tambahan lain cuma perbezaan dari segi kuah atau masak sambal pedasnyer. Itu yang menetukan kesedapan kuah tersebut so zue ikut cara member zue iaitu dengan memblendkan semua bahan.  

NASI LEMAK TELUR MATA 
Resepi daripada: Kak Surayani Ariffin

Bahannya:

(Nasi lemak)
4 pot nasi
200ml santan pekat
1 st garam
2 inci halia (mayang)
2 ulas bawang merah (mayang)
1 sk halba
sehelai daun pandan
1 cawan air atau lebih

Caranya:
  • Basuh beras dan toskan airnya
  • Dalam rice cooker, masukkan beras bersama santan dan tambah air secukupnya
  • Masukkan bahan yang dimayang bersama garam, halba, daun pandan yang disimpulkan dan kacau biar sebati
  • Sedia onkan rice cooker

Bahan untuk kuah sambal pedas:

**6 ulas bawang merah
**2 ulas bawang putih
**2 inci halia
**3 keping asam gelugor
**3 sb cili giling
**sedikit belacan
**segengam ikan bilis
**2 batang serai
garam dan gula secukup rasa
zue suka gula yang banyak baru sedap ..

Caranya:

  • Blendkan bahan bertanda **
  • Panaskan minyak
  • Tumis bahan yang diblend tadi sehingga pecah minyak
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Kacau sehingga masak
  • Sedia dihidang


Bahan lain:

Telur mata 
timun
Ikan bilis yang digoreng

2 comments:

Rohah said...

sdapnye tgk nasi lemak...mmg tak jemu nak makan ni..

Zue El Razak said...

Rohah~ tq.. trylah buat..

 

Designed By Izza sakura