Wednesday, February 20

PAVLOVA MELTY HERSHEY



Assalamualaikum.. Di tengahari yang panas ni tetiba daku ingin menayangkan PAVLOVA. Errm.. kali ni pavlova kasi goda sama lu olang.. Yummy..yummy.. siap ader sos coklat, kekacang, mashmallow dan disagat dengan coklat...Agak-agaklah macam aper tu.. Lorr..kalau sapa tak tau memang nak kena.. macam melty hershey ler.. Kebetulan ari tu buat melty hershey so lebihan bahan tu buh jer kat pavlova dan ia dipanggil PAVLOVA MELTY HERSHEY..Kelas ko jah.. Reka mereka..tambah menambah..cuba mencuba bagi jer sini... Sib baik jadik setakat ini.. kira tanpa gagal (ayat versi polis..hadir tanpa gagal..
 
  Malas nak merepek lak..jom layannzzz 

RESEPI PAVLOVA

Bahannya:

4 biji telur 
160gm gula castor 
2 st tepung jagung 
200ml whipping cream

Hiasan

buah stoberi, anggur dan kiwi 
mashmallow
kekacang
parutan coklat putih
coklat smarties
coklat cair atau hershy

Caranya: 

  • Panaskan oven 170'c
  • Alas dulang ngan baking paper
  • pukul telur putih, gula dan tepung jagung (sekaligus) sehingga merinque pada kelajuan paling tinggi
  • pipingkan atas baking paper
  • Sedia dibakar pada suhu 150'c selama 1 jam

 
Bila pavlova dah sejuk, sedia dimakeupkan dengan whipping cream, buah-buahan, kekacang, mashmallow, coklat smarties, coklat yang diparutkan dan coklat cair atau hershy perisa coklat

4 comments:

asyifamustaffa said...

Harusla kut kurangkan gula dlm adunan pav tu ye...? Manis x...??

Zue El Razak said...

boleh dikurangkan tp crack pavlova tu kurang cantik lah.. nak kara manis tu.. tekak sy rs ok jer... mungkin sy suka manis kut... huhuuu

Nizam said...

harus lah sedap! Bila pulak nak buat halsky masky?...buat lagi, dan lagi, dan lagiiiiii!

Nizam said...

Haruslah sedap! Bila pulak nak baut halsky masky ni?...tekak ni dok terpanggil panggil nak merasa lagi, dan lagi, dan lagiiiii!

 

Designed By Izza sakura