Wednesday, February 13

ROTI TELUR BERGULA


Assalamualaikum..

Hari ni dah start keje setelah cuti 4 hari.. Mood keje still tak de tapi yang bestnyer jalan langsung tak jem.. Dalam setengah jam dah sampai opis.. Kalaulah tiap2 hari camni.. bahagianyer hidup..

Semangat hari ni nak mengupdated entry yang dibuat minggu lepas iaitu ROTI TELUR BERGULA. Actually dah banyak kali zue buatkan sarapan ni sebab ni adalah peberet mykids.. Dan dah pernah ader entry pun pasal ni.. So kali ni mengentrykan lagi...
ROTI TELUR BERGULA

Bahannyer:

Roti
Telur
Sedikit garam
Gula aising
Minyak masak/sedikit planta

Caranya:
  • Pukul menggunakan garfu telur dengan sedikit garam sehingga sebati
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak/planta
  • Celupkan roti tadi ke dalam telur yang dipukul. Celup sebelah menyebelah
  • Sedia digoreng dengan sedikit minyak/planta
  • Ulang sehingga habis telur tersebut
  • Potong roti telur pada 2 bahagian dan tabur dengan gula aising
  • Sedia dimakan

1 comment:

Gee® said...

Errmmm...simple & gerenti sedap...

 

Designed By Izza sakura