Assalamualaikum...
Dah masak ke untuk makan tengahari?. Hari ni Zue nak share entry tertunggak resepi dari negeri Terengganu iaitu NASI KUNING GULAI IKAN TONGKOL. Resepi ni ala-ala nasi dagang tapi yang sama ialah gulai manakala berbeza dari segi nasi. Another alternatif untuk yang malas untuk mengukus nasi dagang ni.
Kat Terengganu ada orang buat jualan untuk makan pagi selain daripada nasi lemak dan nasi dagang. So yang ni Zue buat makan pagi merangkap sekali ngan tengahari. Tak payah 2 atau 3 kali masak. Jom cuba resepi dari Pantai Timur ni.
NASI KUNING GULAI IKAN TONGKOL
Bahannya:
Bahannya:
Bunga cengkih
kayu manis,
buah pelaga
Bunga lawang
1 inci halia
2 labu bawang besar (dimayang )
2 helai daun pandan
4 cawan beras
Secubit garam
1 sudu kecil pewarna kuning
Sedikit minyak masak
4 cawan air
Caranya:
- Basuh beras dan toskan
- Panaskan minyak, tumis bunga cengkih kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, halia dan bawang besar yang telah dimayang
- Biarkan kekuningan baru masukkan beras yang telah dibasuh tadi.
- Masukkan air, daun pandan dan secubit garam serta pewarna kuning. Kacau sekejap, tutup dan biarkan nasi masak diatas api kecil.
Bahannya:
1 bungkus rempah gulai nasi dagang
130 gm bawang merah
5 hiris lengkuas
4 hiris halia
4 ulas bawang putih
4 sudu besar cili boh
Sedikit gula melaka
Secubit garam
2 cawan santan
2 keping asam gelugur
Sedikit belacan
Sedikit cili kecil
Caranya:
- Ikan direbus dengan sedikit air yang dicampur dengan secubit garam dan asam gelugor.
- Bawang merah, halia, bawang putih, dan belacan dikisar.
- Panaskan minyak dan tumiskan lada boh hingga garing
- Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi bersama lengkuas.
- Masukkan rempah gulai nasi dagang yang telah dibancuh dengan sedikit air.
- Biarkan sekejap.
- Setelah itu masukkan sedikit air rebusan ikan tadi dan santan.
- Biarkan mendidih baru masukkan ikan tongkol yang sudah direbus tadi.
- Kemudian masukkan gula melaka secukup rasa.
- Apabila mendidih dan naik minyak bolehlah ditutup api lalu diangkat untuk dihidangkan dengan memasukkan beberapa biji cili kecil ke dalam gulai.
Untuk lagi umpp makan bersama sambal dan acar timun.