Tuesday, November 12

TIGER MELTY HERSHEY's


Assalamualaikum...

Salam Pagi Selasa.. Pagi ni mood agak ceria so dengan keceriaan ni zue nak share dessert yang boleh menceriakan hari ni dengan kemeriahan coklat m&m dan gabungan warna-warni dalam satu makanan bertambah dengan kesedapannya iaitu MELTY HERSHEY. 

Sana sini orang duk meniaga MELTY HERSHEY. Rasa yang agak sedap, gabungan cheese, coklat putih, sos hershey dan whipping cream membuatkan zue tak jemu untuk ulang alik makan. Actually zue tak suka sangat kalau cheese banyak sebab ia agak muak so zue akan banyakkan whipping cream untuk cover rasa muak cheese, kemudian zue sagat ngan coklat putih atasnyer (Kebanyakkan resepi sagat dengan cheedar cheese). Jom tengok resepi ni ala-ala sendiri punya idea.


TIGER MELTY HERSHEY

Bahannya:

(A)

250 ml non dairy whipping cream (jenama toppin pride)
120 gm cream cheese
150 ml Susu pekat manis (saja zue kurangkan manis)

(B)
Sos coklat Hershey
Sos strawberry Hershey
Biskut tiger 

Hiasan:
Coklat m&m
coklat putih (diparut)
coklat rice
coklat chips


Caranya:

  • Campurkan ke semua bahan A dan pukul sehingga sebati
  • Dalam satu bekas susun masukkan adunan yang di campur tadi dan ratakan bekas tersebut
  • Masukkan biskut tiger dan picit hershey coklat dan stawberry atas biskut tersebut 
  • Taburkan coklat rice dan coklat chips
  • Masukkan semula adunan yang dipukul tadi dan ulang kembali step seperti di atas berulang -ulang sehingga memenuhi bekas
  • Lastly baru taburkan coklat putih yang diparut memenuhi adunan tersebut
  • Taburkan juga coklat m&m, coklat rice dan coklat chips.
  • Sejukkan dalam peti ais dan boleh dihidang untuk makan.

Friday, November 8

NASI KABSA




Assalamualaikum...

Selamat petang dan salam Jumaat...

Hari ni Zue nak share satu resepi dari negara Arab iaitu NASI KABSA. Biasa kita sebut nasi arab ni kita bayangkan ada satu jenis jer, actually ia ada banyak jenis seperti NASI MAKHLUBAH, NASI ARAB HADRAMAUT, MANDY, HANITH dan banyak lagi. Salah satu yang akan Zue share resepi hari ini ialah NASI KABSA.

Resepi ni zue belajar daripada mak sedara yang memang pandai bab masakan Arab ni. Katanya biasa nasi arab menggunakan rempah giling yang dibuat sendiri contohnya buah pelaga ia hanya menggunakan biji dalamnya saja dalamnya saja dan ditumbuk sehingga halus.

Masa zue buat ni banyak kurang antaranya ialah tiada gajus, kismis atau kekacang dan juga tiada saffron so abaikan yang tiada tu tapi zue still letak resepi original...




NASI KABSA


Bahannya:


1 ekor ayam (dibelah 4 dan buatkan sup dengan rendam daun pasley, halia, kayu manis dan buah pelaga)
3 cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 minit, toskan

4 cwn air sup ayam tadi
4 sudu minyak olive oil
1 sudu planta


4 biji bawang holand - dipotong dadu
2 biji buah tomato - dipotong dadu
**1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
**1 sudu kecil lada hitam serbuk

**1 sk serbuk buah pelaga (ambik biji dlm dan tumbuk)
**1 sk serbuk cengkih
**1/2 sk serbuk kulit kayu manis
**1/4 sk serbuk kunyit
**sedikit serbuk lada hitam


1/4 cawan kismis atau kekacang

Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
(Madu dan pewarna saffron untuk warnakan ayam)




Caranya:


  • Panaskan butter dan olive oil. 
  • Bawang Holland dan tomato yang didadu tadi.
  • Masukkan beras yang dicuci dan ditoskan.
  • Kemudian masukkan bahan yang bertanda ** dan bersama gula atau garam secukup rasa
  • Sedia dimasukkan ke dalam periuk nasi bersama sup ayam  yang direneh tadi.
  • Masakkan dalam rice cooker sehingga masak
  • Untuk ayam tadi, sapukan madu atau pewarna saffron untuk mewarnakan ayam tersebut kemudian grill sehingga sedikit garing.



** Sekiranya menggunakan basmati air perlu lebih secawan daripada sukatan beras.
**Disebabkan pewarna saffron tiada so nasi zue lebih kepada warna kunyit. (Abaikan)