Tuesday, November 12

TIGER MELTY HERSHEY's


Assalamualaikum...

Salam Pagi Selasa.. Pagi ni mood agak ceria so dengan keceriaan ni zue nak share dessert yang boleh menceriakan hari ni dengan kemeriahan coklat m&m dan gabungan warna-warni dalam satu makanan bertambah dengan kesedapannya iaitu MELTY HERSHEY. 

Sana sini orang duk meniaga MELTY HERSHEY. Rasa yang agak sedap, gabungan cheese, coklat putih, sos hershey dan whipping cream membuatkan zue tak jemu untuk ulang alik makan. Actually zue tak suka sangat kalau cheese banyak sebab ia agak muak so zue akan banyakkan whipping cream untuk cover rasa muak cheese, kemudian zue sagat ngan coklat putih atasnyer (Kebanyakkan resepi sagat dengan cheedar cheese). Jom tengok resepi ni ala-ala sendiri punya idea.


TIGER MELTY HERSHEY

Bahannya:

(A)

250 ml non dairy whipping cream (jenama toppin pride)
120 gm cream cheese
150 ml Susu pekat manis (saja zue kurangkan manis)

(B)
Sos coklat Hershey
Sos strawberry Hershey
Biskut tiger 

Hiasan:
Coklat m&m
coklat putih (diparut)
coklat rice
coklat chips


Caranya:

  • Campurkan ke semua bahan A dan pukul sehingga sebati
  • Dalam satu bekas susun masukkan adunan yang di campur tadi dan ratakan bekas tersebut
  • Masukkan biskut tiger dan picit hershey coklat dan stawberry atas biskut tersebut 
  • Taburkan coklat rice dan coklat chips
  • Masukkan semula adunan yang dipukul tadi dan ulang kembali step seperti di atas berulang -ulang sehingga memenuhi bekas
  • Lastly baru taburkan coklat putih yang diparut memenuhi adunan tersebut
  • Taburkan juga coklat m&m, coklat rice dan coklat chips.
  • Sejukkan dalam peti ais dan boleh dihidang untuk makan.

2 comments:

  1. Your mode of telling the whole thing in this post is actually fastidious, all be capable of
    easily be aware of it, Thanks a lot.

    Feel free to visit my web page buy soundcloud plays

    ReplyDelete
  2. Hi there, I read your blog regularly. Your writing style is
    awesome, keep it up!

    My web site :: guest post

    ReplyDelete

Comment please..