Monday, June 22

Juadah berbuka pada 5 Ramadhan NASI PLANTA BERSAMA AYAM ROSTED BBQ



Assalamualaikum.. 

Hari ni dah 5 hari kita berpuasa. Kiranya dah lebih daripada 5 menu kita masak. Zue tak delah nak masak meriah bagai kecuali hari minggu boleh masak sepenuhnya. Kalau hari kerja terkejar-kejar pulak. Sampai rumah pun pukul 6 lebih. Setakat nak masak simple2 boleh lah tapi nak masak yang lebih2 tak sempat.


Resepi semalam zue masak nasi planta. Tak pernah try kira ni 1st time try. Macam nasi ayam dan makan nasi saja pun dah sedap. Mungkin rasa lemak planta pada nasi tu yang membangkitkan selera pada nasi planta. Nasi planta ni zue makan dengan ayam yang dibakar dalam oven bersama sos bbq. Yang ni Zue punya citarasa sendirilah. Kalau uols nak makan ngan gulai pun tak per. Lagi satu zue tambah ngan sup kaki ayam sebab tak nak bagi makan nasi yang kering saja.


NASI PLANTA

sumber; sajian bonda

Bahan-bahannya:
5 cawan beras biasa – dibasuh dan ditoskan 6 cawan air – guna sukatan cawan beras
2 senduk nasi penuh Planta
1 batang serai dititik
2 helai daun pandan – dikoyak dan disimpul
1 kiub ayam Knorr
1/2 sudu besar garam
1 sudu kecil pewarna kuning (yellow egg)
1 ½  sudu besar gula

Bahan-bahan Tumis:
50 gram halia muda   
1 biji bawang besar    
**disatukan di dalam blender dan dikisar lumat 3 ulas bawang putih   
2 inci kulit kayu manis

Bahan-bahan Hiasan:
Timun atau Salad
Tomato

Cara-cara Membuatnya:

  • Basuh beras sehingga bersih dan toskan. Ketepikan.
  • Panaskan periuk (gunakan periuk nasi rice cooker) di atas dapur. Masukkan planta dan kacau sehingga cair sepenuhnya, masukkan kayu manis dahulu diikuti dengan bahan-bahan tumis lain. Tumis sehingga naik bau dan bawang bertukar kekuningan.
  • Masukkan beras yang telah ditoskan tadi dan kacau rata sehingga bergaul dengan bahan-bahan tumisan tadi. Kemudian masukkan 6 cawan air, kiub ayam Knorr, serai, daun pandan, pewarna kuning (yellow egg) garam, dan gula. Masak sehingga air mendidih dan beras ½ masak.
  • Kemudian angkat periuk nasi dan masukkan ke dalam rice cooker. Switch on dan biarkan ia masak seperti biasa. Bila nasi telah masak dan nampak kering, gaul dan gemburkan nasi. Tudung semula.
  • Dah siap.  Boleh dihidangkan bersama ayam goreng berempah atau roasted chicken, beserta sup, sos cili, dan timun.




RESEPI AYAM ROASTED

Bahannya:
7-8 ketul ayam
2 sb sos cili
3 sb sos tomato
2 sb sos tiram
2 sb madu
1 sk rempah

Caranya;
Gaul rata dan perapkan selama 1/2 jam.
Sedia dibakar selama 45 minit pada suhu 150'c atau sehingga masak


RESEPI SOS BBQ SPECIAL

Sumber; sajian dapur

Bahannya:
 3 tbsp minyak
1 tbsp bawang putih cincang
1 biji bawang besar _ dicincang
2 sb sos cili Maggi
5 tbsp sos tomato
3 tbsp kicap cair
1/2 tsp serbuk rempah
5 1 tsp lada hitam kisar
1 tbsp gula
1 tsp garam
300 ml air

Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga terbit aromanya.

Kemudian masukkan kesemua bahan²yang lain dan masak hingga mendidih. 

Perlahankan api dan masak lagi selama 10 minit.  Angkat dan sedia untuk digunakan didalam masakan kegemaran.

Friday, June 19

Tomyam Santan... Menyelerakan




Assalamualaikum.. Salam Ramadhan.. Semalam adalah hari pertama umat islam berpuasa. Macammana dengan menu untuk berbuka?. Mesti ramai yang tercari-cari resepi untuk masak. Sebelum puasa Zue dan family pergi makan kat restoren Puteri Ayu di Padang Jawa. Antara menu disitu tomyam santan. Balik tu terus Zue google resepinya. So untuk 1st buka puasa ni Zue buat tomyam santan. Serius sangat sedap. Lagi sedap daripada tomyam biasa. Jom cuba resepi ni.

   

TOMYAM SANTAN

BAHAN-BAHAN

 500 gm ayam (saya guna isi ayam)
Sedikit sotong dan udang 5 batang serai
15 tangkai cili padi
1 biji kelapa (diambil 4 mangkuk santan) 6 helai daun limau purut
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 peket cendawan tiram
2 tangkai daun bawang
secekak daun ketumbar
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 kiub tomyam
3 tsb paste cili 2 tbsp sos nampla
1 biji limau nipis besar (perah airnya)

 CARA MEMASAK:- 

1. Potong isi ayam nipis-nipis. Serai di potong menyerong kasar. Hiris kasar halia , lengkuas dan bawang besar.Potong wedges tomato.

2. Siat-siat kasar cendawan tiram dan daun limau purut. Ketuk sedikit cili padi.(saya letak banyak cili padi kerana santan membuatkan ianya kurang pedas)

3. Masukkan santan kedalam periuk besar bersama serai, lengkuas dan halia. Didihkan sambil si kacau. Masukkan pula cili paste, sos nampla/ikan dan kiub tomyam.

4.Masukkan pula ayam, sotong dan udang. masak lagi sehingga separuh masak. Masukkan cendawan, daun bawang, daun ketumbar(perlu ada) dan daun limau purut serta cili padi.

5. Masukkan sedikit gula, air limau nipis, bawang besar dan tomato. Didih kan sebentar saja dan boleh di angkat.

Wednesday, June 17

KEK RED VELVET OREO BROWNIES CHEESE



Assalamualaikum dan Selamat Pagi 

Dah lama sangat Zue tak update blog semenjak mengandung dan bersalin. Hari ni ada kerajinan nak update berkenaan resepi yang dibuat dah agak lama. Kek Red Velvet ni sangat sedap memandangkan gabungan oreo brownies dan cheese itu menaikkan lagi kesedapan kek tersebut. Kami makan satu family memang tak cukup. Anak kata rasa gabungan kek dan aiskrim pulak. Kalau tak caya try lah buat. Disini Zue sertakan resepinya: 

KEK RED VELVET OREO BROWNIES CHEESE

Bahannya:
4 Biji telur
1 cawan unsalted butter
1 1/2 cwn gula halus
2 st esen vanila
2 cwn koko powder
1/8 sk garam
2 sb pewarna merah
2 cwn tepung serbaguna



 Caranya: -
*satukan dan ayak 50 gm oreo hancur

Cara untuk buat brownies:-

  • Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bersama gula sehingga sebati.
  • Masukkan telur sebiji sebiji, diikuti dengan esen vanila dan terus pukul sehingga benar-benar rata.
  • Tambahkan pes serbuk koko bersama pewarna yang digaul tadi dan pukul sehingga sebati.
  • Masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik sedikit-sedikit dan kaupbalik bagi rata.
  • Akhir sekali masuk oreo hancur, gaul rata.
  • Tuang dalam loyang bersaiz 8 x 8 x 3 inci yang dialas dengan kertas minyak yang panjang dikiri dan kanan seperti gambaran diatas dan oleskan dengan mentega.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan atas redai tanpa mengeluarkan brownies dari loyang.
  • Tuang adunan cheese (resepi dibawah) dan ratakan dengan menggunakan perata fondant serta padat-padatkan. Sejukkan 30 minit dalam peti sejuk.
  • Akhir sekali, tuang coklat yang telah dicairkan sehingga rata dan masukkan semula di dalam peti sejuk sehingga coklat mengeras.
  • Keluarkan brownies dari peti sejuk, keluarkan juga brownies dari loyang dengan menarik keatas kertas minyak dikiri dan kanan dan potong mengikut citarasa masing-masing serta hias mengikut kreativiti anda.


Bahan untuk cheese:-

200 gm krim cheese - suhu bilik
1 sdk jus lemon
20 gm gula aising - ayakkan
200 gm oreo hancur

Cara-caranya:-

  • Dalam mangkuk pengadun, pukul krim cheese, jus lemon dan gula aising sehingga sebati.
  • Masukkan oreo hancur dan pukul lagi sehingga sebati dan lembut.


Bahan untuk coklat :-
200 gm coklat kompound - cairkan secara double boiler

Wednesday, June 3

TAT TELUR

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan. 
Hari ni Zue plan nak masak ikan siakap 3 rasa. Rasanya kena masak 2 ekor sebab simpan untuk sahur. Nasib baik bos bagi balik awak pukul 4. Almaklum bulan puasa kat KL ni semua berlumba-lumba balik awal. Sempat jugak gi menjala ikan kat pasar jp lagi. Yang lain-lain tu zue tambah je sayur atau ulam. Yang pasti kena ada sambal belacan. 

Resepi hari ni Zue nak share tat telur yang dibuat sebelum puasa. Actually banyak betul entry tertangguh sebab tak sempat nak hupdate. Jom layan resepi ni.

TAT TELUR 

Bahannya:

1 cawan buttercup
1/2 cwn gula halus
1 biji telur
1 sk esen vanila
2 cwn tepung gandum
2 sb kastad

Caranya:


  • Pukul buttercup bersama gula sehingga sebati 
  • Masukkan telur bersama esen vanila dan pukul lagi 
  • Lastly masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan masukkan tepung kastad
  • Bulatkan adunan dan masukkan dalam acuan untuk bentukkan shell


INTI (KASTAD TELUR) 

2 biji telur 
1 sk esen vanila 
1/2 cwn susu cair 
1/2 cwn air 
1/2 cwn gula 
3 sb tepung kastad 
** kacau sehingga sebati 

Caranya 1 

1- Masukkan kastad telur terus ke dalam shell yang dibuat tadi dan bakar selama 150'c selama 15-20 minit 

2- Bakar shell dulu selama 10-15 minit kemudian masukkan kastad telur dan bakar lagi selama 10-15 minit. ** saya buat yang no1