Friday, September 11

NASI DAGING AIR ASAM




Assalamualaikum...

Dah prepare masakan untuk tengahari?. Hari ni zue nak masak special skit untuk family. Dah lama tak makan NASI DAGING AIR ASAM. Zue tak suka makan nasi kosong yang takde kuah so zue buatkan sup untuk rasa lagi umphhh... Jom layan..







Resepi Nasi Daging Kedah

sumber: anyabdullah.com

Bahan sup untuk dibuat stok 

1kg daging lembu - dipotong kiub besar-besar 
2-3 inci halia - dipotong nipis 
1 ulas bawang besar 
Garam secukup rasa 


Cara : 

  • Rebus daging bersama semua bahan-bahan lain sehingga lembut dan empuk. 
  • Asingkan daging. 
  • Simpan 8-9 cawan air untuk stok nasi. 
  • Baki stok boleh dicampur lagi air untuk dijadikan sup untuk dihidangkan bersama nasi.




Bahan-bahan Nasi

1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak
4 1/2 cawan beras siam
8 cawan air rebusan daging - atau lebih terpulang ikut beras yang kita guna
2-3 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar rempah sup
Bahan kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3- 4 inci halia
Kisar sehingga halus


Cara :


  • Cuci beras dan tapis airnya didalam penapis.
  • Panaskan minyak dan cairkan minyak sapi. Tumis daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk rempah sup. Tumis sehingga naik baunya.
  • Masukkan air rebusan daging,  biar sehingga mendidih, kemudian masukkan beras dan daging yang telah direbus.
  • Masak seperti masak nasi biasa sehingga kering airnya.





Resepi Air Asam Tomato

2 sudu besar belacan bakar - dilarutkan bersama sedikit air dan sedikit cuka

1/2 cawan air asam pekat
4-5 biji tomato - dihiris nipis
2-3 ulas bawang besar - dihiris nipis
4-5 biji cilipadi - dihiris nipis
3-4 biji cili merah - dihiris nipis
3-4 biji cili hijau (cili muda) - dihiris nipis


Cara :

  • Larutkan belacan bakar dengan sedikit air dan sedikit cuka. Biar sehingga betul betul larut. Masukkan cili padi yang dipotong.  Picit-picit  atau tekan sedikit cilipadi dengan sudu untuk keluarkan rasa pedas.
  • Campur cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, dan air asam. Masukkan campuran belacan dan cilipadi tadi. Gaul rata. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.

Thursday, September 10

PUFF PASTRY WITH MUSHROOM SUP... Seyes sedappp




Assalamualaikum...

Sarapan apa pagi ni?. Jom try buat sarapan ala-ala kedai western PUFF PASTRY WITH MUSHROOM SUP. Ada yang panggil PUFF WITH TOP HAT dan ada yang panggil PUFF ngan mushroom sup. Apa namanya yang pasti sedap dan  cara pembuatan yang amat mudah. Tak caye?.. Meh nak ajar cara buat..



Agak-agak tergoda tak?.. Ini belum makan lagi.. Kalau dah makan walaaa.. yummy..



Actually puff ni zue buat sendiri menggunakan resepi disini. Memandangkan buat boleh dapat lagi banyak. Beli je margarine puff kat BWY pastu adun sendiri ngan tepung gandum. Margarine kat BWY tu dalam rm7 (tak silap) boleh guna lebih daripada 10 kali untuk buat puff ngan pelbagai design. Tapi nak mudahkan cerita, kalau malas nak buat, al maklum semua nak instant so beli je puff jenama KAWAN kat tesco, pasaraya EON BIG atau JAYA JUSCO. Harga tak sampai rm10 pun dalam 6 keping tak silap.



PUFF PASTRY WITH MUSHROOM SUP


  • Untuk supnya, beli je powder mushroom sup jenama knor atau apa2 jenama yang kena ngan tekak. (Zue suka jenama knorr).
  • Masak ikut aturan belakang plastik powder sup tersebut.
  • Letak dalam cawan/mangkuk yang boleh letak dalam oven/mickrovawe.
  • Canai puff tersebut dan letak atas cawan macam topi untuk tutup sup tersebut. Jangan sampai puff melenduk masuk dalam sup, nanti puff tak 'membengkak' cantik.
  • Bakar dalam 15-20 minit suhu antara 180-200'c atau ikut oven/mickrovawe masing2.
  • Sedia dimakan... Dijamin sedap.. Tak payah gi kedai roti delicious dah lepas ni.