Monday, October 19

APPLE CRUMBLE CHEESE KEK




Assalamualaikum... 

Hari ni zue nak share resepi yang buat pada cuti hari minggu baru ni. Dah lama teringin buat tapi duk tanguh. Kebetulan pergi chow kit masa hari jumaat tu beli epal merah rm10 dapat 14 biji. Terlupa resepi ni guna epal hijau.. Tapi tak pe lah.. janji sedap.. serius sedap sangat-sangat. Rasa tak puas makan sampai tak sedar dah tinggal sikit dalam masa sehari. Lagi satu tak muak langsung. Rasa masam lemon tu dah hiris rasa muak cheese. Apa-apa pun zue bagi 10 bintang. Jom try.





Apple crumble cheese kek

(Loyang springfoorm saiz 20cm)

Base
180gm biskut marie (atau biskut yg digemari) - diblend hingga hancur
60gm butter - dicairkan

Apple filling
400g epal merah (3 bj saiz sedang) - kupas dan potong dadu
3 sb gula castor
1/2 biji jus lemon
1 sb serbuk cinnamon
1 1/2 sk tepung gandum






Cheesecake
250g cream cheese
120ml non diary whiping cream (tawar)
4 sb gula kastor
1 sb tpg jagung
2 biji telur saiz kecil
1/2 bj jus lemon
1 sb serbuk cinnamon
1 sk esen vanilla
Sedikit jem blueberry

Crumble
120g tpg gandum
80g butter - yg disejukkan
1 1/2 sb gula kastor






Caranya

Base
- campurkan biskut yg diblend bersama butter cair dan kacau rata
- mampatkan pd dasar springform
- masukkan dlm peti ais

Apple filling
- epal yg didadu masukkan ke dlm periuk bersama gula, jus lemon dan cinnamon
- dgn api sederhana gaul rata selama 2 minit
- dan masukkan tpg gandum, kacau rata. Tutup api

Cheesekek
- pukul cream cheese bersama gula, jus lemon, tpg jagung dan cinnamon sehingga sebati.
- masukkan whiping cream dan pukul sehingga kembang dan sebati
- masukkan telur satu persatu dan pukul rata
- masukkan esen vanila dan kacau sebati

Crumble
- masukkan tpg gandum, gula dan butter
- kacau menggunakan garfu sehingga menjadi crumble









Cara penyediaan

Panaskan oven 150'c
Ambil loyang yg dlm peti ais tadi, masukkan separuh cheese, dilayer bersama apple filling dan cheese yg selebihnya. 
Letakkan sedikit jem blueberry dan lorekkan
Taburkan crumble sehingga rata
Bakar menggunakan waterbath selama 60 minit
Sejukkan dan masukkan dlm peti ais (sedap dimakan sejuk2)





Yummy.... 

Friday, October 16

ROJAK BETIK TERENGGANU




Assalamualaikum...

Hari ni zue nak share resepi acar orang terengganu. Makan saja pun sedap. Gabungan masam, manis dan pedas tu amat menyelerakan. Tambah sedikit belacan kasi ada 'Ummpp'.. Mantap... Sapa yang tak pernah rasa harus kena cuba (tapi kalau tak makan belacan tak payah letak belacan).. Apa-apa pun jom kita tengok resepinya...





Rojak Betik

Makanan tradisi Terengganu

Bahan-bahan:

1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun (potong 2 hiris halus-halus)
1/2 biji nenas separuh masak (potong 3 segi yang nipis)

Bahan untuk Kuah

9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air
sedikit belacan (sebagai perisa)



Cara Membuat:

  • Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Hancurkan kapur makan dengan sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik tadi.
  • Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.


Utk membuat kuah: 
  • Rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
  • Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, belacan, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
  • Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. 
  • Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas. 




Utk. menghidang: 

Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan nanas bagi yang sukakan makan nanas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dimakan..

Thursday, October 15

YEE MEE SIZZLING




Assalamualaikum...

Salam 2 muharram.. Semalam cuti uols mesti malas masak sebab nak bawa family jalan-jalan. Zue semalam plan nak keluar tapi memandangkan sangat letih sebab marhaban baru ni terus tak jadi dan duk kat umah apa lagi.. masaklah.. Google punya google jumpa yee mee sizling yang memang pebret sangatlah. Terus buat. Jom try buat murah dan ringkas je. 



YEE MEE SIZZLING

Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)

3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air


 

 Caranya:


  • Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi. 
  • Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk. 
  • Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air). 
  • Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. 
  • Biarkan mendidih dan ayam masak. 
  • Masukkan cendawan. 
  •  Biarkan 2 - 3 minit. 
  • Masukkan air tepung jagung. 
  • Gaul rata dan kuah akan pekat. 
  • Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api. 
  • Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. 
  • Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. 
  • Jika perlu, tambahkan lagi kuah. 
  • Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. 
  • Tutup api dan angkat mee. 
  • Ulang langkah 8 untuk hidangan yee mee yang lain. 


Wednesday, October 14

JUS PEPPERMENT LEMONANDE




Assalamualaikum...

Selamat malam.. Entry malam ni zue nak share cara kempiskan perut dengan mudah dan sedap. Insha Allah ia akan berjaya kalau kita bersistematik. 

Actually zue baru 8 bulan bersalin twins. Kalau twins imaginekan perut besar mana pastu nak kempiskan cam mana?. Google punya google dapatlah ilmu dari fb. So far sangat berkesan.. Cuma yang tak tahan pagi otw nak gi keja tengah drive meremang bulu roma nak ke toilet.. Macam2 ayat duk baca... Sampai je opis berlari 100km sejam gi kat toilet sebab perut tak tahan. Apa2 pun jom try.

 

Jus pepermint lemonade untuk kempiskan perut 

Bahannya;

3 biji limau nipis (buang kulitnya)
2 biji air perahan limau nipis
3 biji limau kasturi
1 biji jus lemon
8 helai daun pudina
Gula secukup rasa
Air

Caranya

Blendkan limau nipis yg dibuang kulit, jus perahan limau nipis, jus limau kasturi, jus lemon, gula, air dan daun pudina. 
Siap blend, tapis dan sedia diminum bersama ais batu (saya x letak)