Thursday, December 31

TEMPAHAN LAGI



Unbake cheesecake RM70 with deco


APPLE CRUMBLE RM60



DURIAN CREPE RM10



CUP CAKES PANDAN GULA MELAKA RM2.00 /pc



HASIDAH RM1.60/PC



BROWNIES KEDUT RM45



OREO BROWNIES CHEESE RM60



PUFF INTI KASTAD RM2/PC



MILLE CREPE RM65



CIK MEK MOLEK...terbaikkk....sedapp




Assalamualaikum...

Lagi beberapa jam kita akan menghadapi tahun 2016. Rasanya sekejap je.. Pejam celik-pejam celik.. dah pun naik lagi umur kita..Uban pun dah pandai pilih tempat kat kepala. Anak-anak pun dah membesar dengan cepat. Rasa cam hidup ni tak terkejar lak. Banyak urusan 2015 yang tertunda dan banyak memori 2015 yang sangat manis.... Terutama dalam melahirkan si wiwin.. Sekarang wiwin dah 10 bulan.. Lagi sikit nak dapat kaki lak.. Isshhh... Manisnya hidup yang bersulamkan karenah pelangi si wiwin.. 

Berbalik pada resepi hari ni. Saya nak share resepi dari pantai timur iaitu cik mek molek. Sedapppp... Asalnya balik kampung beli keledek 1 plastik besar kes kesian peniaga tu agak berumur jual pisang dan keledek tengah panas. Sementara cik hubby pergi ambik kereta kat parking, saya tunggu tepi-tepi peniaga pisang.. Alang-alang tu beli je lah.. Kesian tengok tengah panas berniaga.. Kita lak duk umah  dan kerja dalam aircond.. ;(


RESEPI CIK MEK MOLEK

Bahannya:-

Ubi keledek oren 
Tepung gandum 
Sedikit gula



Caranya:-

  • Rebus ubi sampai empuk kemudian lenyekkan sampai hancur.
  • Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. 
  • Agak bila dah agak lembut dan boleh digentel. 
  • Jangan terlebih gandum, nanti adunan akan menjadi keras.  
  • Bentukkan kuih cek mek molek. 
  • Masukkan sesudu gula dan bentukkan dengan bujur.  
  • Goreng dalam minyak panas yang banyak dan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula ketika digoreng. 
  • Bila agak kekuningan, angkat. 
  • Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas.


Tuesday, December 29

NASI GORENG SHELL OUT



Assalamualaikum....

Minggu lepas sakan bershell out kat rumah. Dengan hanya rm150 kami belanjakan, dapat makan untuk 3 family.. Hasilnya bershell out sampai kenyang. Siap banyak lagi lebihan yang tak habis so bangun pagi esok Zue buat nasi goreng terus makan dengan shell yang tak habis tu... Mabeles tau.. sedapp... Yang syok tak kupas langsung shell siput-siput tu.



Resepi untuk nasi goreng ni zue buat yang biasa-biasa je tak nak lah heavy sangat sebab kerang semua dah heavy sangat.

NASI GORENG

3 mangkuk nasi putih
4 biji bawang merah diblend/tumbuk
1 ulas bawang putih diblend/tumbuk
4 sb cili giling
2 sk garam
1 sk gula
Minyak untuk digoreng


Caranya:

  • Panaskan kuali, masukkan minyak
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan cili giling sehingga naik bau
  • Masukkan nasi yang telah lerai dan gaul rata sehingga sebati
  • Masukkan garam dan gula kemudian kacau sehingga rata dan tutup api
  • Hiaskan seafood atau lebihan shell out semalam atas nasi


Wednesday, December 9

CUP CAKES PANDAN GULA MERAH





Assalamualaikum....

Sekarang musim tak menentu di KL ni. Kejap hujan, kejap panas. Pagi panas terik, petang hujan lebat sangat-sangat. Dah musim tengkujuh sekarang ni. Nak beraktiviti dengan anak-anak kat luar rumah al maklum lah. So Zue beraktiviti dengan kek kat rumah. Ni lah aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak Zue..iaitu makan dan makan...huhuu.. Nak suruh anak-anak tembam...Hihiiii...

Beralih pada resepi kali ini, geram sangat dukviral kat FB pasal cup cakes pandan gula merah. Terus buat tanpa fikir panjang. Alhamdulillah..hasilnya mebeles...sedappp...


CUP CAKES LAPIS PANDAN GULA MELAKA


Cara penyediaan jus pandan

10 helai daun pandan
Sedikit air

Potong kecil-kecil daun pandan.
Tumbuk atau belnd daun pandan dengan sedikit air.
Tapis air pandan dari daunnya dengan menggunakan penapis.

Bahan kek.

200g tepung kek (saya guna tepung gandum biasa)
1/2 sudu teh baking powder
125g unsalted butter ( suhu bilik)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh essen vanila
200g gula caster
2 biji telur (gred a)
*75g santan kotak +25g air
*2 sudu besar jus pandan
*pewarna hijau
(Bahan bertanda * campurkan sekali)

Cara-caranya

1. Panaskan oven 180 darjah celcius.
2. Sediakan kertas cup cakes dlm 20 biji saiz kecil.
3. Campurkan tepung +baking powder. Ayakkan.
4. Pukul mentega, vanila dan garam dengan menggunakan mixer sehingga pucat.
5. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga gebu.
6. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul sehingga sebati.
7. Masukkan tepung dalam tiga bahagian berselang seli dengan adunan santan.
8. Pukul sehingga semua bercampur mesra.
9. Masukkan adunan 3/4 penuh kedalam acuan muffin.
10. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.


Gula melaka swiss meringue buttercream frosting.

Bahan-bahan.

50g gula melaka dihancurkan.
2 helai daun pandan disimpulkan.
1/8 cawan air.

3 biji putih  telur.
110g gula caster.
150g unsalted butter ( suhu bilik)
Secubit garam
1 sudu teh esen vanila.

Cara-cara:-


  • Untuk menyediakan karamel gula melaka, campurkan gula melaka, daun pandan dan air dalam periuk. Gunakan api kecil. Kacau sehingga gula melaka hancur. Karamel ini akan menjadi pekat apabila sejuk.  (Saya sediakan karamel gula melaka awal sehari).
  • Campurkan putih telur, gula dan garam ke dalam bekas kalis panas. Panaskan secara double boil atas periuk yg mengandungi air panas. Kacau perlahan dengan menggunakan whisk. Kacau sehingga suhu telur mencapai 60darjah celcius. Gunakan candy termometer untuk menyukat suhu telur. (Saya tak ada termometer, jadi saya hanya pastikan semua gula telah cair barulah saya berhenti memanaskan telur tersebut. Cuba rasa sedikit adunan telur dengan  menggunakan jari, jika masih rasa berpasir, gula masih belum hancur sepenuhnya).
  • Pukul adunan telur sehingga kental.
  • Perlahankan mixer, dan campurkan butter sedikit demi sedikit. (Butter dipotong dadu). Sebelum mencampurkan butter seterusnya, pastikan butter yg telah dimasukkan sebelumnya dalam adunan telur putih telah sebati bercampur. Pukul dengan mixer lebih kurang selama 5 minit. Biarkan semua Bercampur sebati.
  • Campurkan karamel gula melaka dalam adunan tadi. Pukul sehingga sebati.
  • Sedia untuk dipaipkan atas cup kek.




Atas cup cakes Zue titiskan gula merah untuk nampakkan lagi meriah.. 




Tutorial mendeco roses untuk cup cakes

Tuesday, December 8

CHURROS




Assalamualaikum....

Banyak sangat di viralkan pasal churros sampai tergoda nak buat. Nak rasa sedap ke tidak. Hasilnya.. tadaa... Ermmm sedap sebab makan dengan sos coklat. Nak lagi sedap tabur dengan gula halus.. walaaa.. Cuma agak manis sikit sebab dah ada sos coklat tu.


Cara buat pun agak mudah hanya piping guna nozzle jer. Zue piping direct dalam kuali. Senang tak banyak cekadaknya. Lagipun nak kekalkan bentul bintang ni tak nak bagi penyek sebab letak atas pinggan.






CHURROS

Bahannya:


1 cawan air
1 sudu makan gula
1 1/4 cawan tepung gandum
1 biji telur - saiz L
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan butter 

Caranya:

Didihkan air, garam, butter dan juga gula 
Kecilkan api, masukkan tepung
Kacau cepat-cepat agar tepung tidak berketul
Angkat dari api
Masukkan telur dan kacau sebati
Panaskan minyak
Masukkan adunan ke dalam acuan (boleh guna nozzle bentuk bintang)
Picit dan potong panjang (ikut suka saiznya)
Goreng sehingga keemasan
Angkat dan tos kan
Tabur kan gula atau serbuk cinnamon
Cicah hot coklat