Monday, February 15

NASI AYAM SUP TULANG MUDAH



Assalamualaikum....

Dah plan tengahari nak makan apa?... jom try resepi yang sangat mudah ni... Sebenarnya ia merupakan resepi nasi ayam yang sangat simple. atau boleh dikatakan nasi ayam yang sesuai buat orang yang kejar masa atau pun pemalas... Hahahaa....

Napa saya kata camtu?... Sebab nasi ayam ni nasi ayam yang main campak-campak je... Guna apa yang ada kat dapur tu.. Tak yah nak bazir duit nak pi beli bagai. Kebetulan pertengahan bulan ni... so faham-faham je lah..




RESEPI NASI AYAM SUP TULANG MUDAH

Resepi Nasi Ayam

4 cawan beras dibasuh bersih
5 cawan air rebusan ayam
2 helai daun pandan
2 biji bawang kecil (hiris halus)
1 biji bawang putih (ketuk)
sedikit halia
kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawan
garam dan gula secukupnya
sedikit secukup rasa
2 sb planta
sedikit minyak 


Caranya
  • Basuh beras dan toskan
  • Masukkan dalam rice cooker
  • Tumis menggunakan minyak + planta 
  • Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawan dan bawang putih bersama bawang merah dan halia
  • Kemudian masukkan juga daun pandan
  • Bahan tumisan tadi masukkan ke dalam rice cooker
  • Masukkan juga air rebusan ayam dan secukup rasa
  • Jangan lupa masukkan garam dan gula 
  • Kacau bagi rata dan on kan switch rice cooker




Sup Tulang 


Bahannya: 

1/2 kg tulang lembu ~ rebus dahulu sehingga empuk
2 sudu besar minyak masak
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
1 labu bawang besar - di hiris
1 peket kecil rempah sup - anggaran 2 sudu besar
Air rebusan tulang secukupnya
1 batang lobak merah ~ dadu
1 sudu kecil lada sulah
1-2 sb sos ikan
2 biji limau nipis
Garam secukup rasa
1 biji tomato - potong dadu
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi - ketuk


Caranya: 

  • Masukkan 5-6 cawan air bersama tulang yang dah empuk (buat kuah)
  • Kemudian masukkan juga rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris  
  • Masukkan rempah sup dan sedikit sos ikan  
  • Kacau dan masukkan juga limau nipis yang telah diperah (kalau nak masam letak banyak)
  • Jangan lupa masukkan lobak, daun sup dan cili padi 
  • Akhir sekali masukkan tomato, lada sulah dan garam secukup rasa. 
  • Biarkan dalam 20 minit jam bagi semua sebati
  • Sudah masak taburkan dengan daun sup dan daun bawang

**Jangan terlebih sangat limau nipis nanti rasa pahit lak





Ayam Goreng

1/2 ekor ayam (potong kecil)
Serbuk goreng ayam bistari

Caranya:

  • Rebus ayam agak dalam separuh masak dan sejukkan
  • Gaulkan dengan serbuk ayam goreng bistari
  • sedia digoreng sehingga masak

Hiasan

Timun, tomato dan daun salad

nota kaki:
*** Nak sedap makan sekali sos cili thai

Friday, February 12

VIETNAMESE SPRING ROLL



Assalamualaikum...

Selamat Pagi.. Pagi ni sarapan Zue.. Roti canai kuah kari kambing... Perhh.. mabeles.. tapi rm7.50 sekali teh tarik... Hihiiii... mahal gak.. Dah lah tengah-tengah bulan ni.. Tak pe lah, janji sedap.. Bukan selalu.. sekali-sekala...

Hari ni Zue nak share resepi yang agak sedap buat penggemar sayur Vietnamese spring roll yang di ambil dari blog mamadee's






VIETNAMESE SPRING ROLL

Resepi daripada blog mamadee's


Bahan untuk popia
Rice paper wrapper (boleh dibeli dipasaraya)
Daun pudina
Udang yang direbus dan dibuang kulit
Lobak merah yang dipotong memanjang
Bihun yang telah dicelur
Timun batang yang dipotong halus memanjang

Cara membuat popia
  • Mulakan dengan melembutkan rice paper wrapper. Celupkan rice paper tersebut dalam semangkuk     air suam. Buat perlahan-lahan, kerana rice paper ini senang koyak. 
  • Kemudian, letakkan rice paper yang telah lembut tadi, di atas pinggan. Susun daun 3 helai daun pudina di atas rice paper tadi. Kemudian susun udang (saya letak 3 ekor udang untuk setiap spring roll).
  • Letakkan bihun, lobak merah dan timun di atas udang tadi. 
  • Dengan berhati-hati, lipat rice paper seperti melipat popia.
  • Lipat bahagian tepi dahulu, dan gulung rice paper sehingga selesai.
  • Siap sedia untuk dihidang. Sajikan spring rolls ini bersama sosnya.


Bahan untuk sos
4 sudu besar cuka
4 sudu besar sos ikan
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cili padi dipotong kecil-kecil
Kacang tanah tumbuk

Cara membuat sos
  • Masukkan semua bahan dalam periuk.
  • Masak sekejap sehingga gula larut.

**  Guna sos cili thai pun sedap jugak

Wednesday, February 3

ROTI PIZZA STICK






 Assalamualaikum... 

Selamat tengahari.. Korang masak apa hari ni?.. Mesti yang duk kat umah tu masak best-bestkan... Best jugak jadi surirumah ni. Macam Zue kerja ni ambik konsep masak untuk seminggu terus pada hari Ahad. Hambik ko tak yah fikir. Terus frozenkan je. Time nak makan baru panaskan. Ye lah sampai kat rumah dah pukul 7. Balik rumah memang penat sebab mengadap jem tiap-tiap hari... Adus.. bilalah lah nak bersara ni...

Hari ni nak share resepi yang sebulan sudah.. Kui..Kui..Kui.. Biasalah buat pekasam dulu baru best skit. Resepi hari ni Roti Pizza Stick. Sebijik rasa macam kat Pizza Hut. Resepi ni di ambil daripada Fb (MAHN).. Halal ye buat yang share resepi ni.. Sory tak tahu nama...


 

ROTI PIZZA STICK

Bahan Doh:

3 1/2 cawan tepung gandum
2 st yis
1 1/2 cwn air suam
1 st gula castor
2 sb susu tepung
1 1/2 st garam
3 sb olive oil






Caranya:

  • Campur gula dan air suam.
  • Masukkan yis dan biar berbuih selama 5 -15 minit
  • Satukan tepung, garam, susu tepung dan olive oil.
  • Masukkan air yis yang dah berbuih
  • Uli doh sampai sebati
  • Dah siap uli, gelek doh leper doh menjadi segi empat dan masukkan dalam tray (ikut saiz loyang)
  • Sebelum tu sapu tray pembakar dengan olive oil dan letakkan doh yang dah di gelek
  • Potong dalam anggaran 1 inci setengah dari hujung ke hujung dengan mengunakan cutter pizza
  • Perap selama 40 minit dengan menutup plastik cling
  • Cukup selama 40 minit, panaskan oven 1800cc dan bakar selama 15 minit.
  • Sapu roti dengan topping dan tabur cheese parmesan.
  • Bakar selama 25 minit.

Tuesday, February 2

MANGGO FLOAT YUMMY



Assalamualaikum...

Salam Febuari.. Semalam cuti hari wilayah so mulalah fikir projek apa nak buat. Google punya google jumpa resepi MANGGO FLOAT. Kebetulan dalam peti ais ada lagi cheese dan manggo. Ermmm... terus je turun dapur dan bersilat.

Resepinya agak mudah. Actually Zue main campak-campak jer tapi kalau ikut resepi sebenar ada kat bawah. Resepi dari Surianti Ramli. Rasa memang terbaik buat penggemar cheese. Jom kita buat...






MANGGO FLOAT

Bahannya:
2 biji buah mangga
Biskut cream cracker secukupnya 
1 cawan cream cheese 
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan whipping cream 

Untuk tabur pada bahagian atas :
Biskut cream craker yang telah diramas halus (Blend hancur)



Cara penyediaan : 

  • Putar whipping cream dengan mixer hingga kental (anggaran 3 - 5 minit). Ketepikan. 
  • Putar cream cheese hingga menjadi sedikit kembang. 
  • Kemudian masukkan susu pekat dan putar bersama. 
  • Satukan whipping cream bersama adunan ini dan kacau sebati. 
  • Ambil bekas yang sesuai dan ratakan adunan cream tadi secara nipis pada dasar bekas. 
  • Celupkan kepingan biskut cream cracker ke dalam susu segar dan lapiskan di atasnya. 
  • Ratakan lapisan seterusnya dengan cream lagi. 
  • Kemudian susun potongan mangga diatasnya. 


Cara susunan bermula dari dasar : 
  • cream, biskut, cream, mangga. 
  • Ulangan proses ini hingga habis. 
  • Terpulang kesukaan anda berapa lapis. 
  • Pada lapisan paling atas, taburkan biskut yang telah dihancurkan. 
  • Letakkan potongan mangga. 
  • Sejukkan dalam peti ais 4 jam sebelum dimakan.