Tuesday, April 26

BANAFOTE PIE... Serius sedap




Assalamualaikum...

Pernah makan Banafote Pai?... Serius sedap.. Makan sekali nak lagi. Tapi kena letak dalam peti ais untuk mengelakkan crust dia lembek. duk saja-saja mesti teringat kesedapannya. Actually ni resepi yang lama draff kat entry so hari ni kebetulan puasa ganti terus publishkan.. Insha Allah petang karang nak buat.. Jom try.. Rugi sapa tak try..






Banoffee Pie 


Bahannya:-
400gm biskut marie yang diblend halus
200gm butter
3/4 tin susu pekat manis 
½ cawan susu segar 
1 sudu besar butter
Pisang secukupnya (montel atau berangan)
400ml whipping cream
Coklat untuk hiasan



Cara penyediannya
Step 1


  • Cairkan butter dalam pan.Blend kering biskut marie
  • Tuangkan butter yang dah dicairkan dan adunan biscuit yang dah hancur tadi
  • Gaul rata kesemuanya pastu tekan-tekan bagi mampat dan padat. 
  • Ini perlu betul-betul supaya nanti base tak mudah rapuh dan berderai.
  • Simpan base dalam fridge dalam 30 minit. (Lagi lama lagi bagus)

Step 2

  • Sementara menunggu base menjadi firm, kita buat caramel sos nya pula. Tuang susu pekat manis ke dalam periuk. Sebaiknya non stick periuk
  • Tambah 1 sudu besar butter dan kacau sehingga berwarna coklat keperangan. (colour caramel) Sila kacau selalu dan guna api sederhana. Takut hangus part bawah caramel tuu – tak cantik nanti ada bintik-bintik hitam ala-ala jeragat. 
  • Bila dan agak coklat warnanya, masukkan ½ cawan susu segar (susu UTH). Kacau sebentar sehingga rata. 
  • Tutup api dan dibiarkan sejuk.




Step 3 (proses lapisan Pie)


  • Keluarkan base tadi dari fridge , tuangkan sos caramel yang dah sejuk tadi kat atas base. 
  • Potong pisang bulat-bulat dan susun cantik-cantik. Buh 2 layer lagi best
  • Pukul whipping cream non dairy sampai kembang dan kaku
  • Kemudian paipkan kat atas pisang tadi. Tutup keseluruhan
  • Taburkan serbuk coklat kat atas. Simpan dan fridge dalam 1-2jam dan dah ready untuk makan
Step 4 (proses lapisan Banoffee Pie Cake)

  • Selepas tabur serbuk coklat, sediakan air Nescafe ‘O’ pekat (jangan panas). Celopkan biscuit Marry dan susun kat atas serbuk coklat tadi. Nina buat 2layer
  • Lepas tu, letakkan Choc Moist Cake tutup keseluruhan
  • Renjiskan balance air Nescafe ‘O’ tadi atas cake
  • Kemudian paipkan whipping cream kat atas dan deco sesuka hati.
  • Simpan fridge sekitar 1-2jam atau lebih dan kemudian ready untuk makan

Tuesday, April 19

APPLE CRUMBLE PIE in da hoze





Assalamualaikum...

Lama betul tak bersiaran... Kebetulan mood agak malas semenjak si wiwin demam hari tu. Pastu sangkut lak sis demam.. Terus nak buat apa jer malas. Sampai nak gi kerja untuk mekup pun rasa malas.. Sekarang kena cari feel balik untuk merajinkan diri dari kemalasan tu.

Hari ni nak share resepi yang dah tertunggak dalam sebulan dua dah. Dah lama buat tapi duk draf so hari ni merajinkankan diri untuk publish. 

Resepi ni sangat sedap...serius sedap.. Ai ambik dari fb lupa lak nama tuan dia (sory ye tak mention sebab lupa).. Kena mintak maaf dulu takutlah zaman sekarang ni zaman kena sound kat fb.. Sory yer.. tuan punya resepi.. Ampun maaf zahir batin.. Jom layan resepi sedap ni..




RESEPI APPLE CRUMBLE


Bahan2



Untuk crumble
1 1/2 cwn tepung gandum
100gm mentega
1 cawan nestum utk dewasa
1 cwn gula kastor (bleh kurangkan sekiranya tak suka manis)



Untuk inti epal
5-6 biji epal merah (hijau pun boleh)
sedikit serbuk kayu manis
3 sb gula merah/gula pasir
sedikit air
sedikit perahan jus lemon






Caranya:-


Untuk inti:
  • Kupas epal dan potong dadu
  • Asingkan 1 cawan epal dan selebihnya dimasak bersama air, jus lemon,kayu manis dan gula hingga lembut.
  • Selepas dah masak, campurkan epal yang dah diasingkan td. ( tujuan diasingkan adalah kerana nak pastikan masa makan tu ada rasa rangup epal)
  • Sejukkan seketika

Untuk crumble
  • Campurkan tepung dan mentega dan gaulkan guna hujung jari hingga jadi serbuk roti.
  • Masukkan nestum dan gula
  • Gaulkan hingga sebati.
  • Masukkan separuh kedalam loyang dan ratakan. ( Jangan tekan tau)
  • Masukkan inti epal tadi. ratakan di atas lapisan crumble pertama tadi
  • Akhir sekali masukkan lebihan crumble ke atas inti hingga menutupi semua inti epal tadi ye.
  • (Zue tekan ngan acuan bulat dalam 7-10 keping) selebihnya letak crumble
  • Bakar dalam oven pada suhu 180'c atau selama 1/2 jam or hingga masak.