Tuesday, April 19

APPLE CRUMBLE PIE in da hoze





Assalamualaikum...

Lama betul tak bersiaran... Kebetulan mood agak malas semenjak si wiwin demam hari tu. Pastu sangkut lak sis demam.. Terus nak buat apa jer malas. Sampai nak gi kerja untuk mekup pun rasa malas.. Sekarang kena cari feel balik untuk merajinkan diri dari kemalasan tu.

Hari ni nak share resepi yang dah tertunggak dalam sebulan dua dah. Dah lama buat tapi duk draf so hari ni merajinkankan diri untuk publish. 

Resepi ni sangat sedap...serius sedap.. Ai ambik dari fb lupa lak nama tuan dia (sory ye tak mention sebab lupa).. Kena mintak maaf dulu takutlah zaman sekarang ni zaman kena sound kat fb.. Sory yer.. tuan punya resepi.. Ampun maaf zahir batin.. Jom layan resepi sedap ni..




RESEPI APPLE CRUMBLE


Bahan2



Untuk crumble
1 1/2 cwn tepung gandum
100gm mentega
1 cawan nestum utk dewasa
1 cwn gula kastor (bleh kurangkan sekiranya tak suka manis)



Untuk inti epal
5-6 biji epal merah (hijau pun boleh)
sedikit serbuk kayu manis
3 sb gula merah/gula pasir
sedikit air
sedikit perahan jus lemon






Caranya:-


Untuk inti:
  • Kupas epal dan potong dadu
  • Asingkan 1 cawan epal dan selebihnya dimasak bersama air, jus lemon,kayu manis dan gula hingga lembut.
  • Selepas dah masak, campurkan epal yang dah diasingkan td. ( tujuan diasingkan adalah kerana nak pastikan masa makan tu ada rasa rangup epal)
  • Sejukkan seketika

Untuk crumble
  • Campurkan tepung dan mentega dan gaulkan guna hujung jari hingga jadi serbuk roti.
  • Masukkan nestum dan gula
  • Gaulkan hingga sebati.
  • Masukkan separuh kedalam loyang dan ratakan. ( Jangan tekan tau)
  • Masukkan inti epal tadi. ratakan di atas lapisan crumble pertama tadi
  • Akhir sekali masukkan lebihan crumble ke atas inti hingga menutupi semua inti epal tadi ye.
  • (Zue tekan ngan acuan bulat dalam 7-10 keping) selebihnya letak crumble
  • Bakar dalam oven pada suhu 180'c atau selama 1/2 jam or hingga masak.

No comments:

Post a Comment

Comment please..